Cara Untuk Semak Tempat Mengundi

tpt mengundi Cara Untuk Semak Tempat Mengundi

Bahang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) telah mula terasa. Banyak “tanda-tanda awal” telah berlaku. Malah sudah ada pun “tanda-tanda akhir” yang berlaku.

Ada yang mengatakan kenaikan pasaran saham pada masa ini adalah satu tanda bahawa PRU 13 sudah dekat. Serang menyerang antara parti kerajaan dan pembangkang pun makin bertambah hangat.

Bagi kita rakyat marhaen, tunaikanlah kewajipan kita dengan sebaik-baiknya. Pilih lah kerajaan yang “terbaik” untuk kita.

Untuk itu, antara langkah awal yang perlu kita ambil ialah semak tempat mengundi kita. Kerana dikhuatiri ada perubahan tempat mengundi dek kerana persempadanan semula dan sebagainya.

Ada dua cara untuk semak tempat mengundi anda:

Yang pertama, klik di link ini. Anda akan dibawa ke laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

semak kaw mengundi Cara Untuk Semak Tempat Mengundi

Isikan data-data yang diminta iaitu ic baru. Kemudian tekan butang “semak”. Tadaaa…! Keputusan telah keluar…

Cara kedua ialah orang ramai boleh juga semak tempat mengundi secara online iaitu melalui khidmat pesanan ringkas SMS. Cara-caranya adalah seperti di bawah:

  • Untuk Semakan Taip : SPR SEMAK NO.IC
  • Contoh : SPR SEMAK 751010122525
  • Hantar Ke : 15888

 

Sungguh mudah kan untuk semak tempat mengundi? Semuanya dihujung jari.

Selamat mengundi. Pilihlah ketua/kerajaan yang boleh memberikan kita kesejahteraan di dunia dan akhirat. icon wink Cara Untuk Semak Tempat Mengundi

1,306 total views, 5 views today

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam