May 19

Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013 Seminar Hebat #SBDDB13

banner seminar buat duit dengan blog 2013 Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013 Seminar Hebat #SBDDB13

Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013

Salam dan selamat sejahtera.

Aku tak keruan. Aku jeles. Aku dengki. Aku terasa kerugian yang amat sangat.

Kenapa?

Sebab besok akan berlangsung Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013 (SBDDB13) anjuran insan yang sudah boleh aku gelar sifu kepada aku kerana aku pernah mendapat tutorial wordpress secara terus daripada beliau. Kiranya kalau menuntut ilmu agama, menadah kitab cara macam amat digalakkan.

Masih teringat aku ilmu yang beliau dan otai ini kongsikan tanpa sebarang caj di Starbuck Serdang. Anak murid pada ketika itu selain aku ialah Kid dan Ruby. Ilmu itu sampai sekarang aku amalkan dalam penulisan blog aku.

Tahniah aku ucapkan kepada sifu Denaihati kerana berjaya melaksanakan satu lagi event yang menarik untuk para blogger Malaysia, Indonesia dan Brunei. Aku kagum kerana Denaihati dan rakan-rakan berjaya menjadi pelopor kepada blogger-blogger khususnya di Malaysia.

Ya, blogger semua perlukan semacam satu persatuan. Dengan ini banyak event dan seminar boleh dibuat. Banyak ilmu yang boleh dikongsikan bersama terutama para blogger baru seperti aku ini. Jadi aku rasa Denaihati adalah orang yang paling layak menjadi Tok Penghulu para bloggers.

Eh tapi kenapa aku jeles sangat ya..? Ya aku memang JELES.. sebab aku tak boleh hadirkan diri ke event tersebut. Uwaaaa!!! Memang frust beb!

Ilmu dah la tak dapat. Jumpa member-member blogger pun tak dapat.

Namun aku pasrah dan terpaksa bersabar. Itulah kehidupan. Ia tentang pilihan kita. Jadi aku terpaksa memilih bisnes aku yang aku telah bina sejak 10 tahun yang lalu. Untuk pengetahuan, aku terpaksa fokus pada event ini pada besok hari.

Tengaharinya pula aku terpaksa bergegas balik ke Shah Alam untuk memberi latihan dan kelas tutorial kepada 5 orang bakal consultant yang baru menyertai agensi aku dan bakal menghadapi peperiksaan pada masa yang terdekat. 3 orang daripadanya baru menyertai selepas datang ke Seminar ini minggu lepas.

Inilah servis yang aku dan agensi aku tawarkan kepada bakal consultant yang akan menduduki peperiksaan baik takaful maupun unit trust. Aku rasa tak banyak agensi yang buat kelas tutorial sebegini macam agensi aku buat. Tapi aku buat sebab aku rasa inilah kekuatan group aku. Dan aku nak consultant yang baru sertai agensi aku tau yang aku serius untuk mendidik sehingga berjaya di dalam bidang perancangan kewangan ini.

Jadi SBDDB13 terpaksa aku lupakan kerana aku sendiri kena bagi seminar.

Diharap kekecewaan aku ini akan terubat nanti jika ada yang sudi kongsi dengan aku. Nanti aku belanja korang cendol sebab sudi share dengan aku.

Selamat berseminar aku ucapkan kepada para bloggers yang sertai SBDDB13 besok. Korang memang bertuah.

Aku? Moga aku mendapat rezeki yang setimpal ataupun lebih nilainya dengan peluang belajar ilmu yang aku hilang. Allah maha mengetahui. Semua ini berada di dalam perancanganNya. Allahuakbar!!!

May 13

Plugin Mesti Install – Antivirus For WordPress

Salam dan selamat sejahtera.

Dah lama rasanya aku tidak berkongsi review plugin untuk wordpress ini.

Setelah blog aku diserang hebat oleh beberapa gerombolan Malware sedikit masa dahulu, aku menjadi agak berhati-hati dalam mengaturcara blog aku. Apa tidaknya, kesan selepas serangan itu amat dahsyat untuk ditanggung oleh blogger muda (usia berblogging ya, bukan usia sebenar) seperti aku ini. Lain la kalau serangan ini terarah kepada blogger otai seperti blogger ini ataupun blogger ini.

Antara kesan yang amat dirasai ialah ranking alexa blog aku yang pada masa itu di tangga ke 1050 ranking Malaysia terus menjunam tangga 2000 lebih. Purata traffic harian yang singgah di blog aku di sekitar 1000 orang sehari sudah jatuh teruk. Sekarang average pembaca yang singgah hanyalah sekitar 500 orang sahaja sehari. Ya la, dua minggu blog aku kena kuarantin. Siapa yang mau singgah ya tak?

Nasib baik la penyedia hosting aku amat pantas bertindak. Terima kasih kepada Syafeeq dan rakan-rakan di DataKL yang bertungkus lumus mencari punca code injection malware di dalam blog aku.

Tidak mau terjerumus kali kedua di dalam masalah ini aku lantas mencari antivirus yang mampu mengesan injection ini. Sekarang aku pasang dua plugin antivirus di blog ini. Satu daripadanya ialah Wordfence Security yang aku telah kongsikan tentangnya di sini.

Plugin kedua yang aku pasang ialah Antivirus For WordPress. Plugin ini sangat berguna untuk mengesan samada template yang kita gunakan itu selamat daripada malware atau tidak. Yang menarik, apabila plugin ini sudah dipasang ia akan melakukan tugasan scanning secara otomatik pada setiap hari kepada template yang sedang kita gunakan.

 Plugin Mesti Install   Antivirus For Wordpress

Antara ciri-cirinya:

  • amaran virus di bar admin
  • pembersihan selepas pugin dibuang
  • terjemahan di dalam banyak bahasa
  • Scan harian dengan notifikasi ke dalam emel
  • memeriksa database tables dan template tema
  • boleh digunakan dengan wordpress versi 3.x secara visual dan teknikal
  • penyelesaian senarai putih: tandakan kes yang disyaki dengan “tiada virus” (no virus)
  • memeriksa fail amaran secara manual

Cara pemasangan plugin:

  1. Muat turun fail antivirus di sini
  2. Di dashboard blog anda –> plugin –> add new –> Upload
  3. Masukkan nama fail yang dimuat turun di langkah no 1 tadi –> install now
  4. Activate

Siap!!! Selamat memasang plugin Antivirus For WordPress ini. Moga anda dpat manfaat daripada perkongsian ini.

Apr 27

Live Blogging: Sesi Ngeteh Blogger Sementara Menunggu Iron Man 3

wpid 2013 04 27 20.18.32 Live Blogging: Sesi Ngeteh Blogger Sementara Menunggu Iron Man 3

Malam ni hampir 40 orang bloggers berkumpul di GSC One Utama sempena tayangan Iron Man 3. Antara bloggers yang aku dah kenal ialah Fazrol Amer, Boni Kacak, Bro, dan Hafiz. Mereka ini aku dah jumpa masa Majlis Sepetang Bersama Blogger itu hari. Alhamdulillah, terima kasih kepada Advertlet dan BroFramestone yang sudi sponsor tiket.

Aku sebenarnya dah tonton movie ni pada 25hb itu hari bersama Mr Jocko. Yang itu disponsor penuh oleh Nuffnang. Tetapi tayangan pada malam ini agak istimewa kerana ianya versi tayangan 3D.  Jadi, aku cukup teruja untuk menonton sekali lagi. Lagipun cerita Iron Man 3 ni best sangat!. Oleh kerana aku mendapat 3 tiket daripada BRO, aku bawa anak-anak aku sekali iaitu Iqbal dan Iffah.

Yang best jugak, sebelum tayangan yang akan bermula pukul 9 mlm nanti, bloggers dapat la duduk bersama-sama sambil mengeteh. Boleh la kenal siapa empunya blog yang di follow selama ini.

wpid 2013 04 27 20.43.44 Live Blogging: Sesi Ngeteh Blogger Sementara Menunggu Iron Man 3

Adios, movie dah nak mula. Zasss!!!

Posted from WordPress for Android

Apr 17

Iron Man 3: My Way

Lagi filem yang ditunggu-tunggu akan tiba. Iron Man 3. Filem sequel daripada Iron Man dan Iron Man 2.

iron man 3 202x300 Iron Man 3: My Way

Promo terbaru Iron Man 3

Jika dilihat daripada sequel pertama dan kedua, kostum Iron Man melalui proses penambahbaikan.

iron man 202x300 Iron Man 3: My Way

Kostum Iron Man sequel pertama

iron man 2 300x208 Iron Man 3: My Way

Kostum Iron Man 2

Dengar ceritanya Iron Man 3 ini pun kostum Iron Man 3 akan mengalami perubahan dengan penambahbaikan untuk menjadi hero yang lebih baik.

iron man1 300x169 Iron Man 3: My Way

kostum iron man 3

Apa penambahbaikan tersebut? Sama-samalah kita tonton di pawagam pada 26 April ini di pawagam seluruh Malaysia.

Pada pandangan aku Iron Man sekarang mempunyai kemahiran di udara sahaja. Tony Stark sepatutnya mencipta kostum yang boleh menyesuaikan diri dalam 3 keadaan iaitu udara, darat dan air.

Jadi kostum yang hebat sepatutnya dilengkapi dengan ketiga-tiga keadaan ini. Biarlah ianya kelihatan seperti Mospeada sedikit, janji ianya hebat dan tidak terkalah.

mospeada Iron Man 3: My Way

Kostum Iron Man yang sepatutnya diterap oleh Tony Stark

Dengan kostum yang baru ini Iron Man lebih berupaya untuk mengadaptasikan diri di saat kecemasan. Ingat tak dalam filem pertama (Iron Man) dulu. Iron Man terkandas dan jatuh dari udara akibat kostum gagal berfungsi?

Dengan kebolehan baru ini kedaan seperti itu akan dapat ditangani. Jika ia terjatuh dari udara ke daratan, ia akan berupaya menanganinya dengan mengeluarkan payung terjun dan bersedia dengan tayar motosikal berkuasa tinggi untuk bergerak di daratan.

Jika terjatuh di dalam air ia berupaya menyediakan ciri-ciri kenderaan air seperti kipas putaran untuk membantunya bergerak di air.

Jika idea ini diguna pakai oleh jutawan playboy Tony Stark, pasti Iron Man sukar untuk di kalahkan.

Apr 16

Pelancaran Dumex Dugro 5 Power Nutri

Dumex Dugro 5 Power Nutri 300x163 Pelancaran Dumex Dugro 5 Power Nutri

Dumex Dugro 5 Power Nutri

Ini adalah entri yang tertangguh.. hehehe.. Kena la buat entri juga sebab dah hadir event dia. Lagipun keterlewatan ini bukannya apa. Ia disebabkan blog aku yang pada masa itu masih belum pulih daripada serangan malware.

Keluarga aku adalah pegguna susu jenama Dumex ini sejak lama dahulu. Anak aku sendiri daripada anak pertama sehingga anak ke 3 menggunakan susu formula Dugro.

Yang bagusnya Danone Dumex ini sering melakukan research untuk menambah nilai produknya dari masa ke semasa. Lihat sahaja Dugro. Daripada dulu sampai sekarang ada sahaja perubahan packaging dan nutrisi yang ditambah.

Baru-baru ini di AEON Big Mid Valley, satu majlis pelancaran Dumex Dugro 5 Power Nutri (versi terbaru) telah diadakan. Ramai wakil dari pihak media dan bloggers dijemput hadir.

2013 04 10 14.13.12 300x180 Pelancaran Dumex Dugro 5 Power Nutri

 

2013 04 10 14.18.06 300x180 Pelancaran Dumex Dugro 5 Power Nutri

Refreshment yang disediakan

Dumex Dugro 5 Power Nutri ialah satu formula susu yang menyokong perkembangan tumbesaran menyeluruh untuk kanak-kanak membesar. Tumbesaran menyeluruh termasuklah perkembangan minda, tulang, penghadaman, imuniti dan kecergasan.

Menurut Cik Brendish, Pengarah Urusan Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd, Dumex Dugro 5 Power Nutri adalah satu-satunya jenama susu untuk kanak-kanak membesar yang  menumpukan kepada kesemua lima dimensi tumbesaran .

“kami mempertingkatkan rangkaian susu kami yang sedia ada dengan menghasilkan pilihan varian berasaskan fungsi, dan bukan sekadar menambah perisa, bagi menambahkan khasiat kebaikan produk ini. Varian Asli kini diperkaya dengan Vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi daripada makanan, manakala varian Madu Kurma mengandungi ekstrak kurma sebenar dan kaya dengan Vitamin B kompleks. Varian Coklat Strawberi telah dipertingkatkan dengan ekstrak strawberi sebenar dan kaya dengan Vitamin A, C dan E.” Ujar Cik Brendish.

2013 04 10 15.18.11 300x180 Pelancaran Dumex Dugro 5 Power Nutri

Dumex Dugro 5 Power Nutri

Bagi aku yang dah memang pengguna Dumex Dugro ni tumpang gembira lah dengan penambah baik produk ini terutama dari segi nutrisi yang dibekalkan untuk tumbesaran kanak-kanak.

 

Mar 29

Susah Betul Kalau Blog Kena Serangan Malware

 Susah Betul Kalau Blog Kena Serangan Malware

Ini kali pertama blog aku kena serangan malware sejak aku berblogging lebih kurang setahun yang lalu. Sebelum ni aku melihat sendiri bagaimana tidak keruannya sahabat aku MrJocko apabila blognya terkena serangan malware.

Memang susah la. Terutama apabila kita nak publishkan entri baru dan nak buat blogwalking. Google dah memang blok blog kita dan beri amaran kepada pembaca supaya tidak membuka blog kita. Nak buat blogwalking bimbang kita menyebarkan virus kepada orang lain pula.

Yang mula-mula sekali bagi aku notification akan adanya serangan malware ini ialah plugin Wordfence Security aku. Bagus plugin ni.

 Susah Betul Kalau Blog Kena Serangan Malware

Plugin WordPress Security akan memberi amaran jika ada serangan malware ke blog kita.

Mengikut webmaster kata, ada strange injection code yang ditambah ke dalam blog aku. Sama juga bila sahabat bogger ini tolong pantau. DataKL, provider hosting aku pun cakap ada orang hacked dan masukkan code injection tu.

Yang aku pelik, kenapa la hacker tu kacau blogger picisan macam aku ni. Kalau terer cuba kacau blogger ini, atau ini. Hahaha.

Mungkin juga sebab banyak plugin aku yang tidak dapat aku updates. Ini adalah kerana disk space aku yang sudah nyawa-nyawa ikan.

Kesannya, banyak traffic aku hilang 2 hari ni. Hahahah.. macam la banyak sangat traffik yang singgah di blog aku. Ya betul tak banyak, tapi cecah 500 UV jugak la hilang daripada average UV kebiasaan yang aku dapat. UV tadi pun dalam 200 UV je.

Apa-apa pun, kredit harus diberikan kepada Tuan Abdur Rozak kerana sudi membantu aku mengesan virus dan memantau blog aku dari serangan malware.

Cara paling senang jika anda terkena serangan malware atau virus macam aku ialah hubungi hosting provider anda. Sekejap saja mereka selesaikan masalah ini seperti yang DataKL buat pada blog aku tadi. Syabas DataKL! Saya puashati dengan perkhidmatan anda!

Mar 20

Cerita Tentang Kata Kunci Yang Sedang Hangat Lagi

Ermmm.. Aku baru jer sampai di bandar Kuantan. Lama jugak drive tadi. Walaupun jarak KL – Kuantan bukanlah jauh sangat tapi dek kerana masalah ini, lama juga aku ambil masa untuk sampai sini.

Bateri Samsung Galaxy Tab 7 aku pulak habis langsung. Terpaksa la cari kopitiam yang banyak terdapat kat bandar kuantan ni untuk caj dulu. Batery bank aku ada tapi lupa juga nak caj. Macamana dia nak caj device lain kalau dia sendiri tak tercas. icon biggrin Cerita Tentang Kata Kunci Yang Sedang Hangat Lagi . Kopitiam yang selalu menjadi pilihan aku jika bertandang ke Kuantan adalah Coffee Street.

Sambil caj handphone, terus la buka laptop untuk menatap blog kesayangan. Terus ke analytics untuk tengok kata kunci yang sedang hangat (keyword). Ini hasilnya:

 Cerita Tentang Kata Kunci Yang Sedang Hangat Lagi

Kata kunci “semak tempat mengundi” jadi kata kunci yang sedang hangat menjelang PRU 13

Ini adalah paparan keyword yang singgah di blog sohoque.com sehingga pukul 3 petang ini. Semuanya adalah “semak tempat mengundi”.

Di carian google pula entri aku yang ini berkenaan kata kunci yang sedang hangat menduduki page yang pertama di nombor 4 (setakat pukul 3 hari ini la).

 Cerita Tentang Kata Kunci Yang Sedang Hangat Lagi

Keputusan carian google dengan kata kunci semak tempat mengundi. Entri aku di tempat ke 4

Memang ternyata demam PRU 13 sudah melanda. Untung la siapa yang pernah buat entri tentang PRU 13 ataupun entri yang gunakan keyword yang berkaitan dengan PRU 13.

Benarlah kata-kata nasihat tuan sifoo, kita kena pandai bermain keyword. Kalau tidak jadi keyword hangat pun, jadi keyword organik pun dah ok.

Terima kasih Tuan Sifoo!

 

Mar 19

Cungkil Cara Buat Duit Di Internet Dengan Program KRU Masterclass

 Cungkil Cara Buat Duit Di Internet Dengan Program KRU Masterclass

Orang Kuat dan tenaga pengajar program KRU Masterclass

Dulu seseorang usahawan terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk memperkenalkan jenama mereka ke dalam pasaran tanpa ilmu yang betul.

Dulu usahawan terpaksa mengeluarkan sebahagian bajet/modal mereka untuk mencari staf yang terbaik untuk membuat marketing dan sales untuk produk dan servis mereka tanpa ilmu yang ampuh.

Dulu usahawan terpaksa mengeluarkan sejumlah duit yang agak banyak untuk memperkenalkan jenama mereka di pasaran melalui pengiklanan dengan ilmu yang terhad.

Dulu peniaga/pengusaha terpaksa berkerja keras sehingga malam hari demi memastikan jualan mereka mencapai sasaran mereka tanpa ilmu asas yang kukuh.

Tapi semua tu dulu. Sekarang tidak lagi. Dulu era pertanian, kemudian era perindustrian. Sekarang kita sudah masuk ke era digital. Era sekarang internet di hujung jari.

Sekarang membina jenama telah menjadi mudah. Staf yang ramai sudah tidak relevan lagi. Untuk mengiklan produk sudah tidak lagi perlu menggunakan orang tengah. Masa berkerja boleh dipendekkan.

Semuanya boleh dilakukan dengan kuasa internet. Sekarang sudah ramai usahawan menjadi jutawan dengan pertolongan ilmu internet. Lihat sahaja Irfan Khairi. Beliau telah menjadi jutawan pada usia 25 tahun. Semuanya dengan menggunakan kuasa internet.

 Cungkil Cara Buat Duit Di Internet Dengan Program KRU Masterclass

Irfan Khairi (kanan) pengasas bersama program KRU Masterclass) sudah memiliki kereta mewah Porsche pada usia yang muda

Lihat juga KRU. Jenama KRU menjadi terkenal banyak dibantu oleh internet.

 Cungkil Cara Buat Duit Di Internet Dengan Program KRU Masterclass

KRU – ikon bisnesman yang berjaya. Norman dan Yusry adalah pengasas bersama program KRU Masterclass

Bagaimana mereka yang telah berjaya ini melakukannya?

Ramai yang telah memberi respons kepada saya:

“Saya sudah ada blog, tetapi tiada apa pun yang berlaku…!!!”

“Saya sudah ada akaun, facebook dan twitter, tetapi tidak banyak pun membantu untuk menaikkan bisnes saya?”

Jawapan saya, apa yang mereka buat itu sudah betul. Cuma tekniknya mungkin salah. Setiap sesuatu yang dilakukan mestilah dengan cara yang betul. Ilmunya kena cukup.

Macamana nak tahu teknik yang betul dan berkesan? Macamana nak belajar ilmu internet marketing, media sosial dan blog ini?

Jom! Sertailah seminar sehari, Program KRU Masterclass yang dianjurkan oleh KRU Akademi dengan kerjasama Irfan Khairi Sdn Bhd.

Sila ke link di bawah untuk mendaftar dan mengetahui tentang ilmu / modul yang akan didedahkan dan juga harga promosi program tersebut:

KRU Masterclass: Buat Duit Di Era Digital

Ada diskaun untuk “early birds”. Daftar sekarang dan jumpa anda di KRU Akademi, Cyberjaya.

Saksikan video penerangan seminar program KRU Masterclass dan pelancaran program affiliates KRU Masterclass yang berlangsung pada 18hb Mac 2013 baru-baru ini (video ehsan daripada Astro Awani)

http://youtu.be/PwNNM39vz5c

Mar 18

KRU Masterclass – Belajar Buat Duit Di Era Digital

wpid 2013 03 18 11.42.48 KRU Masterclass   Belajar Buat Duit Di Era Digital

Irfan Khairi dan Norman KRU menerangkan tentang KRU Masterclass dan program affiliate KRU Masterclass

 KRU Masterclass   Belajar Buat Duit Di Era Digital

Cover majalah Irfan Khairi keluaran terkini. Program KRU Masterclass ada diceritakan pada keluaran ini.

Pagi tadi satu penerangan program yang diusaha samakan oleh Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB) dan KRU Studios iaitu KRU MASTERCLASS telah diadakan di IKSB.  IKSB diwakili oleh pemiliknya Irfan Khairi dan wakil KRU iaitu Presiden Eksekutifnya, Norman Abdul Halim.

 KRU Masterclass   Belajar Buat Duit Di Era Digital

Norman KRU sedang menerangkan berkenaan KRU Masterclass

 

 KRU Masterclass   Belajar Buat Duit Di Era Digital

Irfan Khairi sedang menerangkan tentang program affiliate KRU Masterclass

Seminar ini adalah program sehari yang bertujuan untuk membantu usahawan dan bakal usahawan memperkenalkan jenama mereka dan seterusnya menjana pendapatan melalui medium blog dan media social seperti Facebook, Twitter, Stumble Upon, Linked in, Youtube dan lain-lain lagi.

 KRU Masterclass   Belajar Buat Duit Di Era Digital

Antara Bloggers dan wakil media yang hadir ke majlis penerangan KRU Masterclass

 KRU Masterclass   Belajar Buat Duit Di Era Digital

Rakan bloggers sedang bergaya sakan di majlis penerangan KRU Masterclass

Peserta seminar ini akan didedahkan bagaimana teknik dan strategy yang boleh digunapakai untuk memperkasakan jenama, produk dan sebagainya. Dengan teknik penjenamaan mudah, peserta semestinya akan mendapat pasaran yang jauh lebih luas berbanding pesaing anda di pasaran.

Seminar satu hari ini akan dikendalikan oleh 3 personaliti/bisnesman yang dikenali ramai iaitu Norman KRU, Yusry KRU dan Irfan Khairi yang telah membuat jutaan ringgit pendapatan daripada bisnes online.

Seminar ini setakat ini diadakan di KRU Akademi yang terletak di Cyberjaya. Jika seminar ini mendapat sambutan daripada peserta luar Lembah Kelang, kemungkinan besar ianya akan turut diadakan di luar Lembah Kelang di masa yang mendatang.

 KRU Masterclass   Belajar Buat Duit Di Era Digital

Sarapan turut disediakan di bahagian belakang dewan seminar pada majlis sidang akhbar KRU Masterclass

Di samping itu, satu program affiliate telah dilancarkan untuk memberi ruang kepada internet marketer untuk menjana pendapatan dengan mempromosikan program ini.

 KRU Masterclass   Belajar Buat Duit Di Era Digital

Bloggers, irfan khairi dan Norman KRU bergambar di majlis sidang akhbar KRU Masterclass

Sila ikuti entri akan datang untuk penerangan lanjut program affiliate KRU Masterclass.

Posted from WordPress for Android

Mar 14

Cara Terbaik Menjadi Blogger Berkesan

Setiap blogger terutama blogger yang baru sering tertanya-tanya, bagaimanakah cara terbaik menjadi blogger berkesan.

Ada beberapa tips yang dikongsikan oleh salah seorang panelis forum sewaktu di MITBCA 2013 baru-baru ini. Beliau adalah Kiruba Shankar Sivaraman, CEO – Business Blogging dari India. Dia juga adalah penulis buku dan majalah.

 Cara Terbaik Menjadi Blogger Berkesan

Profail Kiruba Shankar

Antara tips beliau kepada bloggers tentang apakah cara terbaik menjadi blogger berkesan ialah:

1. Free Write.

Tulislah secara bebas. Tulis sahaja apa yang terlintas di kepala kita. Cara begini katanya lebih jujur kepada pembaca dan lebih menjimatkan masa kerana kita tidak terikat dengan had-had penulisan tertentu.

Secara praktikalnya, beliau telah memberikan sekeping kertas dan mengarahkan audience menulis tentang bagaimana cara menjadi blogger berkesan. Masa yang diberikan ialah selama 5 minit. Peserta diarahkan menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran tentang tajuk yang diberi.

Buktinya, secara purata peserta dapat menyiapkan penulisan sebanyak 200 – 300 patah perkataan dalam masa yang diberikan. Dan jumlah patah perkataan itu sudah memadai untuk menulis satu entri di blog. Dan ianya menepati teknik SEO agar keyword yang dimasukkan tidak menjadi terlalu padat.

 

2.   Be a producer and not a consumer.

Seeloknya penulisan kita adalah original. Lahir daripada dalam diri kita sendiri. Jangan sesekali membuat “cut and paste” daripada penulisan orang lain.

Penulisan kita sebolehnya biarlah “fresh”. Idea kita adalah datang terus dari kita tanpa merujuk mana-mana penulisan lain di blog orang lain.

Waktu yang paling baik untuk menghasilkan penulisan yang “fresh” adalah di awal pagi sejurus selepas bangun dari tidur.

Ramai bloggers yang silap katanya. Ramai bloggers yang apabila bangkit dari tidur mereka mulakan dengan membaca dan membalas emel, membaca dan meng”update” status Facebook dan membaca dan menulis tweet di Twitter.

 

3. Ambil (Snap) gambar (foto) dan video dan terus terbitkan di blog.

Letakkan tajuk yang sesuai mengikut kata kunci (keyword) yang diingini.

Foto dan video adalah media yang paling original kerana mereka dapat menceritakan sendiri tentang apa-apa tentangnya yang kadang-kadang kita sendiri tidak dapat cerita.

 

4. Muat naik foto yang tidak terlalu besar saiz failnya.

Foto yang failnya bersaiz besar akan menyebabkan blog menjadi perlahan apabila pembaca memuat naik pagenya.

Blog yang perlahan untuk dimuat naik akan menyebabkan pembaca pergi kerana tidak mahu menunggu. Menurut beliau, blog yang mengambil masa lebih daripada 7 saat untuk dimuat naik sudah dikira lambat.

Jadi pastikan blog kita dapat dimuat naik sebelum 7 saat. Kecilkan saiz foto dan kurangkan plugin yang tidak perlu yang menyebabkan kelambatan muat naik tersebut.

 

5. Blog masih dan amat relevan untuk menyampaikan cerita, maklumat ataupun mesej kepada pembaca.

Berbanding dengan page di Facebook, blog amat relevan untuk pembaca mencari maklumat. Ini adalah kerana blog akan di”index” oleh Google dan Bing manakala page tidak di”index”.

Ini bermakna jika seseorang ingin mengetahui tentang sesuatu perkara dan mereka mencarinya di internet dengan menggunakan kata kunci yang tertentu, Google dan Bing akan membawa kepada entri anda yang diterbitkan di blog.

Itulah cara terbaik menjadi blogger berkesan yang dikongsikan oleh Kiruba Shankar, blogger daripada India ini. Moga kita mendapat sesuatu daripada perkongsian tersebut.

Wallahua’lam.

Mar 12

MITBCA 2013 Event Untuk Bloggers

 MITBCA 2013 Event Untuk Bloggers

Di MITBCA 2013 sebagai delegate

Ohh.. dah lama entri ni tersimpan dalam draft post aku. So untuk mengelakkan labah-labah membuat sarang lebih baik aku publishkan segera.

Punca entri terbengkalai sehari dua ni adalah kerana aku terlalu sibuk dengan kursus. Lepas MITBCA 2013 baru-baru ni, terus aku berkursus ini selama 2 hari berturut-turut. Selepas itu sibuk dengan mengisi borang pelaburan dan takaful klien. Sabtu baru ni pula aku sibuk menghadiri Family Day Ambank Group.

Menyebut tentang draft post tadi, teringat aku kepada pesan sifoo sewaktu sama-sama menghadiri event MITBCA 2013 baru-baru ini:

“jika ada idea teruskan sahaja tulis dalam blog. Simpan kat draf dulu pun tak apa. Nanti bila time nak publish edit la.”

Sebab tu dalam draft post blog beliau ada beratus draf yang belum diterbitkan.

Malaysia International Tourism Bloggers Conference and Awards 2013 (MITBCA 2013) ialah event tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Kali ini ia diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre pada 5-6 Mac 2013. Ia bertujuan untuk menghargai bloggers dan pengamal media sosial yang sama-sama menyumbang untuk menaikkan industri pelancongan tanahair melalui karya mereka di blog-blog dan updates mereka di media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, dan sebagainya.

 MITBCA 2013 Event Untuk Bloggers

Melihat pada namanya pun kita dah tau bahawa event ini adalah event untuk blogger dan juga pengamal Media Sosial. Ianya lebih kurang sama dengan MSMW 2013 yang diadakan seminggu sebelumnya.

Oleh kerana event ini adalah untuk blogger, maka amat rugilah kepada bloggers yang tidak hadir terutama kepada bloggers yang fulltime. Amat banyak ilmu yang dapat ditimba daripada event ini samada daripada panelis-panelis yang dipanggil sebagai ahli panel forum (baik dari luar negara dan dalam negara) maupun daripada bloggers yang turut sama menghadiri event yang berlangsung selama 2 hari itu sebagai delegasi.

 MITBCA 2013 Event Untuk Bloggers

Event dirasmikan oleh Menteri Pelancongan Malaysia, YB Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen

Antara bloggers antarabangsa dan tempatan yang menjadi ahli panel forum ialah:

  1. Kiruba Shankar Sivaraman (CEO – Business Blogging, India)
  2. Shane Dallas (Traveller, write – The Travel Camel, Australia)
  3. Anis Ibrahim ( Freelance Writer, Travel Columnist, Malaysia)
  4. Jojo Styrus (Celebrity, Co-founder of Coinachance, Malaysia)
  5. Rayyan Haries (Traveller Blogger, Malaysia)
  6. Blogie Robillo (Blogger, Philipines)
  7. Murni Amalia Ridha @ Mumun (Travel Blogger, Indonesia)
  8. Syafique Shuib (Founder of MotivatioMy.com, Malaysia)
  9. Nik Michael Imran (Celebrity Chef, Malaysia)
  10. Vanessa Workman (Blogger of  The Island Drum.com, USA)

Blogger ini saya dapat bertegur sapa dan sempat mengambil gambar dengan beliau. Beliau berjaya memenangi ipad mini 16″ apabila menjadi orang yang pertama menyudahkan tugasan tweet di twitter.

Aku amat bertuah kerana selama dua hari tersebut aku diapit oleh tuan Tok Penghulu blogger dan brader ni. Baru aku tau, tahap keenseman aku pun tak jauh daripadanya sebenarnya. Adakah ini bermakna aku pun boleh mengumpul “baby-baby” sepertinya? icon lol MITBCA 2013 Event Untuk Bloggers

Beberapa tips daripada panelis forum akan aku kongsikan di entri akan datang.

Oh ya… Selain daripada input yang aku dapat daripada event ini, tea break dan lunch yang disediakan sungguh mewah dan awesome! Berbaloi sangat pergi ke event ni. Dua hari makan free yang amat best!!!

 MITBCA 2013 Event Untuk Bloggers

MITBCA 2013 – lunch hari pertama

 MITBCA 2013 Event Untuk Bloggers

MITBCA 2013 – lunch hari kedua

Walaupun aku masih lagi blogger parttime, kesempatan yang aku dapat dengan menghadiri event tersebut amat aku hargai. Banyak ilmu yang aku dapat daripada bloggers antarabangsa dan tempatan seperti blogger ini dan ini.

Aku pasti akan hadirinya lagi di tahun hadapan jika dijemput lagi.