Jul 15

Adam AF Menjadi Pengamal Perubatan Islam

Ingat lagi tak posting aku tentang Adam AF yang telah “berhijrah” kearah yang lebih baik baru-baru ini?

adam kopiah 300x274 Adam AF Menjadi Pengamal Perubatan Islam

Menurut Adam yang berjaya diwawancara oleh mStar Online, sudah dua tahun beliau mengikuti pembelaran ilmu perubatan Islam bersama aktor Ashraf Muslim di Klinik Perubatan Syifa Al-Hidayah Gombak.

Apabila ditanya adakah minat barunya ini akan menimbulkan konflik atau kekeliruan dengan kerjayanya sebagai anak seni, ini jawapan Adam:

“Tidak timbul isu konflik atau kekeliruan bagi saya kerana cabang seni dan pengamal perubatan itu berjalan serentak dan berasingan.
“Pada kebiasaannya, saya akan memberikan tumpuan untuk mendalami ilmu perubatan pada sebelah siang dan malam pula untuk aktiviti seni.
“Apa yang penting, niat kena bersih dan saya selesa dengan jalan ini. Biarlah kita peroleh manfaat di dunia dan akhirat, insya-Allah,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Menurut Adam lagi, beliau tidak boleh terus meninggalkan dunia seninya kerana ia melibatkan pelbagai pihak dan komitmen.Jadi cara terbaik yang boleh dilakukan ialah mengimbangi kedua-dua aktiviti tersebut dengan bijak.

“Jalan terbaik adalah dengan mengimbanginya. Walaupun perjuangan seni saya lebih cenderung kepada muzik tari, ia bukan isu kerana saya sentiasa peka pada tindak-tanduk dan pertuturan,” katanya yang mengakui berdepan pelbagai ujian sejak penghijrahan itu.

Adam turut memberi gambaran bahawa mungkin dia akan menyelitkan genre kerohanian dalam muziknya yang akan datang. Kini beliau sedang mengumpulkan lagu-lagu yang bersesuaian.

adam n imam muda 300x225 Adam AF Menjadi Pengamal Perubatan Islam

Jadi, jika anda berkunjung ke Pusat Perubatan Islam Syifa’ Al-Hidayah Gombak anda mungkin dirawat oleh Ustaz Adam. Jangan terkejut  pulak ya..! icon lol Adam AF Menjadi Pengamal Perubatan Islam

Alhamdulillah. Pada aku baguslah Adam mengambil keputusan sebegitu. Moga penghijrahan Adam akan menjadi motivasi dan ikutan kepada anak-anak muda yang lain.

Jul 13

Anita Sarawak Pun Bertudung Jugak?

anita sarawak bertudung Anita Sarawak Pun Bertudung Jugak?

Anita Sarawak bersama suami, Mahathir

Entah betul-entah tidak cerita ni wallahua’lam. Kalau betul Alhamdulillah. Aku buat jugak posting ni sebagai kesinambungan posting-posting “penghijrahan artis” sebelum ni.

Kak Nita (Anita Sarawak) yang dah lama tak kelihatan di kaca TV tempatan sebelum ini dilaporkan menghilangkan diri. Banyak pihak media yang ingin mengundang beliau untuk program-program TV sempena hari raya tak dapat berbuat demikian kerana “kehilangan”nya itu.

Namun, baru-baru ini, sekumpulan peminat mendakwa terserempak penghibur tersohor itu di Texas, Amerika Syarikat (AS) dengan penampilan yang cukup berbeza. Mereka mendakwa, penyanyi yang pernah bermastautin dan menghiburkan pengunjung di Ceaser Palace, Las Vegas itu mengenakan jubah serta bertudung ketika ditemui di sebuah kompleks beli-belah.

Mengikut peminat itu lagi, Anita Sarawak kelihatan berjalan sendirian tanpa ditemani suami, Mahathir Abdullah.

Anita Sarawak sempat menoleh sekali apabila namanya dilaungkan oleh peminat tersebut (yang mahu dikenali sebagai Adi) tetapi bergegas meninggalkan lokasi berkenaan.

Komen sohoque: Kalau betul cerita ni Alhamdulillah. Ya la Anita Sarawak ni bukannya muda lagi. Elok la kalau dah berhijrah. Kalau tak betul cerita ni, anggap la hiburan semata-mata. icon lol Anita Sarawak Pun Bertudung Jugak?

 

sumber

May 04

AlFatihah Buat Bob Kuman

Bob meninggal dunia AlFatihah Buat Bob Kuman

Keratan Akhbar Berita Harian

 

Innalillahi Wainna Ilaihi Raaji’uun.

Alfatihah. Baca dan sedeqahkan kepada arwah Bob. Moga sedeqah kita sampai kepadanya. Dan semoga bila kita meninggal nanti pun orang ramai akan bersedeqah juga kepada kita. Amiin.

Berita kematian Bob aku terima petang semalam melalui laman Facebook. Sumber berita adalah melalui blog Mazidul Akmal Sidek yang juga rakan dan jiran Allahyarham.

Hari ini banyak laporan-laporan daripada akhbar-akhbar tempatan tentang kematian Bob. Walaupun beritanya tidak lah besar namun sedikit sebanyak dapat mengurangkan cerita-cerita lucah yang berleluasa sekarang.

Untuk orang-orang yang berfikir, berita tentang kematian ini bukanlah hanya sekadar berita. Tetapi ianya adalah peringatan besar daripada Allah bahawa kita hidup hanyalah sementara. Yang ada semuanya adalah pinjaman daripada Allah yang akan diambilNya bila-bila masa sahaja. Banyakkanlah amal didunia untuk bekalan disana nanti apabila nyawa sudah terpisah dari badan. “Berkerjalah seperti mana kamu akan hidup selama-lamanya. Beramallah kamu seperti kamu akan mati pada esok hari. “. Ada yang berkata ini hadith. Tetapi saya sedikit ragu dan setelah membuat sedikit research sebenarnya ini bukan hadith. Ianya kata-kata yang diucapkan oleh ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-’Ash.

Bob meninggal dunia disebabkan komplikasi penyakit jantung, paru-paru berair dan darah tinggi yang dihidapinya. Lebih tragis apabila diberitakan Bob baru sahaja mendirikan rumahtangga buat kali kedua pada bulan lepas. Arwah belum pun sempat berbulan madu. Moga isterinya tabah menghadapi dugaan.

Bob di akhir hayatnya saya tengok begitu berminat untuk mempelajari agama Islam dan mendekati ulama’. Ini dapat dibuktikan apabila Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang datang melawat Allahyarham sewaktu sakit. Moga kematian Bob merupakan “Husnul Khatimah” kepada Allahyarham. Dan moga Allah kurniakan husnul khatimah kepada saya dan anda juga seperti yang selalu kita minta di dalam doa:

“Allahummakhtim ‘lana bi husnil khaatimah

wala takhtim ‘alaina di suuilkhaatimah”

Ya Allah sudahkanlah (matikanlah) kami dengan kesudahan yang baik

janganlah Engkau sudahkan kami dengan kesudahan yang buruk

Aamiin Ya Rabbal ‘aalamiin.

Apr 16

Loon Rapper Amerika Peluk Islam

Allahuakbar..! Apabila hidayah sudah sampai.. Hidayah ini tidak boleh dianugerahkan oleh manusia. Ianya adalah dari Allah semata-mata. Banyak mana sekalipun seruan agama yang diterima, jika pintu hati ditutup oleh Allah maka takkan berubah seseorang itu.

loon Loon Rapper Amerika Peluk Islam

Terkenal dengan nama Loon, Chauncey Lamont Hawkins, yang dilahirkan pada 20 Jun 1975 di Harlem, New York telah mengambil keputusan nekad untuk memeluk agama Islam sebelum tahun 2010 lagi. Beliau ialah Rapper African-American yang bernaung di bawah Bad Boy Records yang dimiliki oleh P. Diddy. (Bad Boy ialah nama syarikat rakaman, bukannya nama band seperti yang diwarwarkan dalam Facebook). Beliau banyak terlibat dalam music Hip Hop dan R&B. Banyak terlibat dan mengiringi P. Diddy dalam persembahan, seperti dalam lagu “I Need A Girl pt. 1 yang menjadi hit pada tahun 2001. Tahun 2004, Beliau telah meninggalkan Bad Boy Record dan bernaung di bawah syarikat sendiri iaitu Boss Up Entertainment.

Beliau pernah juga mencuba bakat dalam bidang lakonan. Antara filem yang pernah dibintangi beliau ialah State Property 2 dan Death of a Dynasty.

Nama beliau selepas memeluk agama Islam ialah Amir Junaid Muhadith. Selepas itu beliau telah mengembara ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan Umrah. Beliau telah membuat keputusan untuk berhenti terus daripada bidang nyanyian untuk menumpukan perhatian dalam mencari ilmu dan kerja-kerja dakwah.

Pada 26 Mei 2010 beliau pernah pergi ke Fort McMurray, Alberta, Canada dan memberi ceramah tentang diri beliau dan mengapa beliau memeluk agama Islam.

Beliau juga pernah ditahan dan dipenjarakan pada 22 November 2011 di Belgium. Polis berkata bahawa beliau akan di ekstradisikan ke Amerika Syarikat kerana kesalah-kesalahan yang pernah beliau lakukan sebelum memeluk Islam.

Semoga penghijrahan beliau menjadi asset untuk ummat Islam.

Apr 16

Hanya Sebaris Lirik Boleh Tergelincir Aqidah!

Baru-baru ini kecoh pasal lagu nyanyian zizan dan Kaka “Bawaku Pergi”  kena “ban” sebab liriknya kurang sesuai dengan masyarakat Malaysia. Apa status lagu tu sekarang aku tak tau la.

Kalau lagu tu diharamkan, bagaimana pula lagu ni?

brunoo mars it will rain Hanya Sebaris Lirik Boleh Tergelincir Aqidah!

Bait lirik bergaris bermaksud: "tiada agama yang dapat menyelamatkan aku, tak kira walau berapa lama aku melutut dilantai"

Kalau diikutkan makna lirik jelas menyebabkan aqidah tergelincir. Sepatutnya lagu ini pun kena “ban”.

Jadi kita sebagai ibubapa perlu tau juga perkara-perkara macam ni. Sebabnya nanti nak tegur anak-anak kita. Kalau kita pun tak tau, macamana nak tegur. Dengan kita-kita sekali hanyut!!!

Wallahua’lam.

 

 

Apr 04

Suara Anugerah Tuhan

nur atikah 300x215 Suara Anugerah TuhanDikatakan bahawa Nabi Daud mempunyai suara yang paling merdu. Selain daripada kebolehan baginda melembutkan besi untuk dibuat baju perang dan sebagainya, baginda turut dikurniakan suara yang amat merdu. Diriwayatkan burung yang berterbangan pun akan berhenti tatkala mendengar baginda membaca ayat-ayat suci. Subhanallah.

Sekarang ni banyak link dan posting di Facebook tentang seorang kanak perempuan di Brunei yang bernama Nur Atikah Nabilah Thane. Kanak-kanak yang sedang belajar di darjah 5 (ada posting yang mengatakan darjah 6) Sekolah Rendah Serasa, Muara, Brunei Darussalam ini dikurniakan bakat dan suara yang amat merdu.

Berikut adalah klip video nyanyian beliau:

 

 

Yang ini adalah video terbaru adik Nur Atikah, suara pun lebih matang:

Sungguh merdu.

Ada 2-3 klip lagi kat Youtube. Hanya taip jer kata kunci “budak brunei suara merdu” (ni kata kunci yang aku taip tadi) di bahagian carian Youtube.

Nota kaki:

Namun suara perempuan adalah aurat. Harap-harap adik Nur Atikah tak jadikan nyanyian sebagai kariernya.

Apr 03

Chipmunks live in Machang, Kelantan

Alvin And The Chipmunks telah mengorak selangkah ke hadapan apabila mereka berjaya merakamkan lagu di dalam versi Kelantan.

Dengarkan lagu mereka. Sayangnya tiada klip video dihasilkan setakat ini:

Hahahaha.. Amacam? Best tak?

Ni ada lagi satu lagu chipmunks:

Hahahaha.. best kan? Sekurang-kurangnya ada la kelainan sikit daripada lagu asal.

Selepas masuk ke laman Youtube, saya dapati ada banyak lagi lagu-lagu yang telah diubah dengan versi chipmunks. Lihat sini untuk link lagu-lagu versi chipmunks.

Apr 03

Macam Tu La Kalau Dah Glamer

Macam-macam orang akan bercakap pasal kita kalau kita dah glamer. Sebab tu aku ni tak mau glamer, tak macam kawan aku tu Mr Jocko. Dia tu giller glamer.. ahakss..

Ini pula pasal pelakon yang sedang “hot” kita, Encik Aaron Aziz Mustafa yang sehari dua ni kecoh kerana difitnah hebat. Beliau dikatakan menipu nama sebenarnya.

Aku tahu cerita ni melalui radio HotFm semasa aku sedang memandu pagi semalam. Pagi ni pun HotFm sambung lagi cerita tu.

kad pengenalan aaron aziz Macam Tu La Kalau Dah Glamer

kad pengenalan yang dipalsukan

Mengikut penyebar fitnah itu, nama Aaron sebenarnya Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa. Penyebar fitnah itu juga menyiarkan kad pengenalan ‘ciptaan”nya sendiri yang memaparkan nama Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa seperti yang didakwanya. Cerita fitnah ini telah tersebar meluas di forum-forum, facebook dan twitter.

Berikutan dengan itu, isteri Aaron pantas menelefon radio HotFm pagi semalam untuk menafikan fitnah tersebut. Aaron Aziz juga tampil membuat kenyataan di akhbar-akhbar yang disiarkan pada hari ini. Antaranya akhbar Harian Metro.

“Saya kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab mereka-reka nama baru itu sebelum menyebarkannya di Internet,” kata pelakon, Aaron Aziz, 36 yang berang dengan ‘permainan’ individu yang menyiarkan keratan kad pengenalan ‘buatan sendiri’ didakwa miliknya di sebuah forum hiburan, semalam.

 

Nota kaki:

Ish ish ish.. tak der kerja betul la penyebar fitnah ni. Benda cenggitu pun nak buat kecoh..

Mar 31

Bawaku Pergi Diharamkan?!!!

Siapa yang tak pernah dengar lagu ni angkat tangan? Hah.. ada yang belum pernah dengar? Tak pe.. Boleh dengar dulu:

Best la jugak lagu ni pada pandangan aku. Sambil-sambil bawak kereta kadang-kadang menyanyi bersama jugak.

Ni lirik dia:

Bawaku Pergi

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Tengah malam nanti
Tolong jangan lupa
Jangan munkir janji
Aku dah teruja
Sudah cukup lama
Aku tunggu saat ini
Sejak kali terakhir kau hantar pulang
Hidup sungguh sepi
Tolong jangan bilang mama
Tolong jangan bilang papa
Malah jangan bilang teman karibmu
Jangan bilang sesiapa

Oh buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh,ayuh

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Mata dalam kaca, topi berceloreng
Sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
Hanya perlu siul, tidak muka ada topeng
Hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
Kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
Bawa bekal air muka cuci aib bopeng
Lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
Lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari lari baling bola salji depan gua
Sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari lari baling bola salji depan gua
Tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Bila kita pergi
Apakan berlaku
Siapakan peduli
Siapa ambil tahu
Hidup kita tempuh
Untuk apa saja
Tidak kira mana kembara membawa
Kita kan bersama

Oh buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh,ayuh

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Tup-tup petang tadi aku terbaca di blog nurizspace.com yang lagu ni telah diberhentikan penyiarannya ataupun dengan kata-kata lebih keras telah diharamkan. Apa celop!!! Alasannya lirik lagu tersebut tidak sesuai dengan budaya kita.

Hmmm.. entah la. Bila sekali baca lirik tu terasa betul jugak. Liriknya ada berbaur dengan galakkan untuk remaja lari dari rumah. Namun untuk terus menghukum lagu ini secara membuta tuli pun aku rasa tidak adil. Oleh itu mari kita dengar apa kata penciptanya dan penulis liriknya, Malique (bekas anggota kumpulan Too Phat)

malique too phat 300x201 Bawaku Pergi Diharamkan?!!!Malique memberitahu media hiburan dia menulis tentang percutian dia dan isterinya yang mahu makan angin lama-lama..tak mahu sesiapa mengganggu atau terganggu.. dia berasa kecewa kerana lagunya diharamkan tanpa meminta penjelasan dari beliau terlebih dahulu. Malique juga merasakan tindakan mengharamkan lagu ini adalah tindakan dari pemikiran negatif segelintir pihak yang tak menyukai.

Pagi tadi, Zizan menelefon saya mengatakan surat dah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Keputusan dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik.

Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.

Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya.

Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatakan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut?

Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.

Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut.

Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.

Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata. Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari.

Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda. Saya juga ada kehidupan saya sendiri. It’s just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You don’t go around telling the whole country that they shouldn’t taste it too.

To whomever it may concern, you can start by being fair, if not smart. Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang.

Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?

Ini pula komen Zizan Razak (Zizan Raja Lawak):

zizan 200x300 Bawaku Pergi Diharamkan?!!!ZIZAN RAJA LAWAK atau nama sebenarnya, Zizan Razak ketika dihubungi Kosmo! semalam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kontrovesi lagu tersebut.

“Saya minya maaf kepada semua pihak. Saya menghormati pendirian Warner Music untuk tidak masuk campur dalam hal ini.”

Sehubungan itu, Kosmo! menyiarkan sedutan temu bual bersama Zizan sewaktu majlis pratonton filem terbaharu lakonan Zizan, Jangan Pandang-Pandang di TVG Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur pada Rabu lepas.

Kosmo!: Zizan, lagu Bawaku Pergi telah mengundang spekulasi di Internet dan di kalangan umum dengan dakwaan bahawa ia sebuah lagu yang mendorong remaja untuk lari rumah bersama kekasih. Boleh komen?

ZIZAN: Saya rasa orang Malaysia tidaklah sebodoh itu untuk lari dari rumah hanya kerana mendengar sebuah lagu. Kalau awak sendiri dengar lagu ini, adakah ia akan pengaruhi awak untuk lari dari rumah?

Pihak yang mendakwa lagu ini sebegitu (mendorong remaja lari dari rumah dengan kekasih) bermula dengan persoalan yang telah menjadi satu kenyataan. Akhirnya kenyataan itulah yang dikeluarkan.

Mungkin itu yang menjadi masalahnya. Mungkin ada orang yang cuba menjatuhkan atau mungkin ada orang yang sekadar bertanya tentang impak lagu ini. Namun, saya tidak salahkan mereka kerana perkara ini boleh tercetus dengan apa cara sekali pun.

Zizan rasa mungkin ada masalah pada lirik Bawaku Pergi?

Pada saya tidak timbul sebarang masalah kerana semasa kami mencipta lagu itu. Ia dicipta dengan ikhlas untuk pendengar rasa enjoy dan fun. Bukan kami ingin susahkan sesiapa dan lagu ini juga telah ditapis sebelum disiarkan di radio. Jadi ia tidak salah.

Jika mahu dikatakan, orang Malaysia memang begitu. Banyak produksi TV atau filem, sebagai contoh, filem KL Drift, tiada pula orang ramai membuat drift sesuka hati di atas jalan raya selepas menonton filem itu.

Kenapa kerana hanya lagu ini mahu digembar-gemburkan berkait dengan isu menggalakkan remaja lari dari rumah dengan kekasih. Lagu itu pun hanya kebetulan sahaja. Pada saya, janganlah doakan perkara buruk pada karya yang baik dan cuba untuk jatuhkan orang.

Jadi adakah Zizan rasa ada pihak yang cuba menjatuhkan Zizan? Ini kerana bukan semua orang suka dan minat pada seseorang artis itu. Ada juga yang tidak menyukai Zizan.

Sudah semestinya. Perkara itu tidak mustahil bagi saya. Mungkin perkara itu datang dari saya juga. Orang tidak suka atau suka, perkara yang memang tidak boleh hilang. Kita hidup di dunia ini, pasti ada baik dan buruknya. Ada yang suka dan tidak. Ada kontranya. Bagi saya perkara itu memang akan wujud.

Mungkin awak ada nasihat atau apa-apa kata untuk orang yang suka membuat tuduhan sebegitu?

Saya tiada apa-apa yang mahu dikata kepada mereka. Masing-masing ada pendapat dan kita tidak boleh mengubah pemikiran orang. Pada saya, tidak mengapa dan saya akan menjawab apa yang mampu saya jawab sahaja.

Komen aku:

Setelah meneliti penjelasan penulis lirik dan penyanyinya, aku rasa karya seni haruslah diberi kelonggaran dan kebebasan kerana maksud sesuatu karya itu terkadang agak luas. Bukannya mengcakupi ruang lingkup tertentu sahaja.

Lagi satu, kalau pendirian itu yang badan penapisan ambil, mereka harus mengkaji semula lirik-lirik lagu dari luar negara, lirik-lirik lagu dangdut dan sebagainya. Ini kerana banyak lagu-lagu tersebut juga mengandungi lirik-lirik yang kurang sesuai.

Masa lagu ini dikeluarkan dan menjadi popular juga adalah salah pada pandangan aku. Tetapi bukan salah lagu ini..! Apa tidaknya, ia popular di saat isu-isu remaja lari dari rumah sedang hangat diperkatakan di dada-dada akhbar. Isu Siti Nur Fatihah baru saja selesai. Isu seorang remaja dari Shah Alam yang dijumpai di Thailand juga baru selesai kertas siasatannya.

 

Sumber:

Nurizspace.com

Kosmo Online

Feb 28

Taman Tema Upin & Ipin RM700 Juta

upindanipin 565x464 300x246 Taman Tema Upin & Ipin RM700 JutaKUALA LUMPUR – Kejayaan siri kartun Upin & Ipin yang mendapat sambutan para penonton televisyen di Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, Kemboja, Thailand dan Singapura mendorong penerbitnya, Les’ Copaque Production bercadang menubuhkan sebuah taman tema karekter itu.

Menurut Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md. Radzi, pihaknya kini sedang merancang menubuhkan sebuah taman tema berdasarkan karekter Upin dan Ipin di sebuah kawasan di Sepang, Selangor di mana ia dijangka menelan kos mencecah RM700 juta.

“Kami telah mengenal pasti sebuah kawasan bersebelahan dengan Litar F1 di Sepang. Kawasan itu milik MAB (Malaysia Airport Berhad). Kami sudahpun menjalankan perbincangan dengan pihak MAB bagi mendapatkan persetujuan mereka bagi membuka taman tema di situ.

“Kalau proses ini berjalan dengan lancar dijangkakan Taman Tema Upin & Ipin boleh disiapkan dalam masa tiga tahun. Lagi banyak penaja yang tampil ditambah dengan sokongan pihak kerajaan ia mungkin dapat disiapkan lebih awal. Kami mahu jadikan ia seperti Disneyland,” katanya.

Beliau ditemui di Saloma Bistro di Jalan Ampang di sini semalam selepas pelancaran Upin & Ipin The Musical yang dilancarkan oleh isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali di mana pementasan muzikal itu akan diadakan di Istana Budaya pada April ini. – mynewshub.my

 

Sumber: http://mynewshub.my

Feb 08

Hijrah Artis – Terkini

ana raffali 300x300 Hijrah Artis   TerkiniGambar terbaru!!! Penghijrahan Ana Raffali

“Semasa sambutan Maulidur Rasul tempoh hari, Ana terasa satu keinginan, dorongan… Susah sebenarnya Ana nak jelaskan tetapi pada hari itu, Ana nak sangat-sangat pakai tudung,” kongsi Ana Raffali dengan GUA sebentar tadi mengenai keputusannya untuk bertudung.

“Ketika Ana bersiap nak keluar, Ana pun pakai. ‘It felt right.’ Ana tak berbincang dengan sesiapa. Cuma dengan Naim (bakal suami), Ana ada beritahu, hari ini Ana nak pakai tudung. Dia kata ‘Alhamdullilah’. Ibu bapa Ana turut gembira melihat anak perempuan mereka berubah menjadi lebih baik. Sebelum ini, Ana biasanya memakai tudung untuk majlis-majlis keagamaan dan sepanjang zaman persekolahannya.

“Ana membuat keputusan ini atas kehendak dan keinginan Ana sendiri. Ana gembira dan bagi Ana, ini jawapan kepada doa-doa mereka di luar sana. Sebelum ini bila ada yang bertanya (bila Ana nak bertudung), Ana tak pernah ada jawapan. Ana cuma minta mereka doa-doakanlah.

“Ana berasa lebih tenang sekarang dan dengan penghijrahan ini, Ana mengharapkan yang terbaik. Ana masih seperti yang anda semua kenali dulu cuma Ana melihat diri Ana kini mempunyai kehidupan yang lebih sempurna.”
kredit: GUA

(Sumber: kami respek artis mendalami Islam facebook fanpage)