Jun 13

Minyak Atar Berbau Wangian Hajarul Aswad

 Minyak Atar Berbau Wangian Hajarul Aswad

 Minyak Atar Berbau Wangian Hajarul Aswad

Minyak atar ataupun perfume wangian Hajarul Asawad

Ini lah minyak atar yang aku beli di madinah di hari-hari terakhir aku berada di madinah 2 tahun yg lalu. Apa yang menariknya tentang minyak atar ini ialah ia berbau wangian hajarul aswad. Aku pernah beberapa kali menitiskan air mata kerana minyak atar ini. Apa tidaknya, bila aku terbau wangian nya aku terus terasa sayu dan rindu untuk ke sana lagi.

Aku pernah ke tanah suci mekah untuk mengerjakan ibadat umrah pada tahun 2011. Aku menyertai rombongan dari Andalusia Travel and Tours. Bersama-sama aku ialah isteri tercinta dan emak mertua. Kami masuk ke Mekah dahulu, barulah ke Madinah.

Aku berada di tanah suci Mekah agak lama daripada jemaah lain iaitu 10 hari. Jemaah lain hanya 7 hari sahaja sebelum bertolak ke kota suci Madinah.

Sewaktu aku pergi pada bulan mac 2011, jemaah umrah agak ramai. Fenomena ini mungkin kerana selepas musim haji 2010, kerajaan Arab Saudi membekukan visa umrah seketika dan hanya dibuka pada bulan Mac 2011. Menurut mutawwif yang memimpin kumpulan kami, suasana ramainya jemaah mengunjungi masjidil haram seperti pada waktu itu adalah amat mirip dengan jumlah jemaah pada musim haji dan waktu bulan Ramadhan.

Oleh sebab itu kami agak sukar untuk mendekati Kaabah apatah lagi untuk mencium hajarul aswad. Nampak agak mustahil untuk bersesak-sesak berebut dengan jemaah lain yang rata-rata bersaiz badan yang agak besar daripada aku.

Percubaan pertama aku di hari kedua ternyata gagal. Ustaz mutawwif tu kata jika tidak mampu pergi dan mencium Hajarul Aswad, cukuplah melambai dan membayangkan kita mencium batu tersebut. Namun perasaan aku macam tak puas hati. Ya la alang-alang dah sampai lebih baik aku usahakan. Bukan senang aku nak sampai lagi ke sini.

Balik daripada beribadah di Masjidil Haram pada malam lepas isyak tu aku berjalan bersama-sama dengan seorang anak muda di dalam rombongan aku yang berasal daripada Subang Jaya. Daripada beliaulah aku mendengar satu cerita yang benar menguatkan hasrat aku untuk pergi dan mencium batu daripada syurga itu.

Beliau menceritakan bahawa pada petang tadi beliau sedang termenung dari jauh melihat orang ramai berebut-rebut untuk mencium Hajarul Aswad. Beliau terasa agak lemah semangat. Namun dalam hati kecil beliau, beliau berdoa semoga Allah kabulkan hasratnya untuk mencium batu yang dimuliakan nabi itu.

Sejurus selepas beliau berdoa, datang seorang berketurunan Arab berjubah putih kearahnya. Lelaki ini mengarahkannya pergi ke arah Hajarul Aswad. Dia lantas bangun dan menuju ke arah batu itu. Lelaki tadi berjalan disisinya seperti menyekat laluan orang lain untuk berebut dengannya. Seperti mimpi kata beliau, beliau terus sahaja sampai di depan Hajarul Aswad tanpa halangan yang sukar. Selesai mencium baru tersebut, beliau beredar ke tempat lain untuk memberi laluan kepada orang lain. Dicarinya lelaki yang menolongnya tadi. Dan lelaki tersebut sudah pun hilang dicelah-celah jemaah yang ramai. Benarlah kata orang, di sini doa kita amat mudah dikabulkan walaupun hanya lintasan hati.

Cerita ini menguatkan azam dan keyakinan aku untuk terus mencuba untuk mencium batu yang turut dicium oleh Rasulullah itu. Usaha aku berjaya pada hari-hari terakhir aku di tanah suci Mekah.

Amat sukar menggambarkan perasaan aku pada ketika mencium batu tersebut. Air mata terus berlinang mengucapkan syukur kepada Allah kerana mengabulkan niat aku. Sehingga sekarang suasana itu masih terbayang di mata aku.

Menciumnya tidak lama. Hanya 5 saat sahaja aku rasa. Namun kepuasannya sukar digambarkan.

Di Madinah, aku tergerak hati untuk beli minyak atar (gambar di atas) sebagai kenangan dan ingatan aku pada peristiwa tersebut.

Sekarang jika aku mengenakan pewangi tersebut pasti kerinduanku untuk ke sana akan membuak-buak. Ya Allah ya tuhanku.. Izinkanlah aku ke sana lagi.. Ameen.

Sep 25

Kalimah Allah Di Langit

kalimah Allah 1.. Kalimah Allah Di Langit

Jika diamati, tertera tulisan kalimah Allah di langit yang ditunjukkan dalam bulatan

 

kalimah Allah 2.. Kalimah Allah Di Langit

Tulisan kalimah Allah yang jelas kelihatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Biasanya saya mendengar cerita dan membaca berita di akhbar dan laman web sahaja tentang langit yang tertera tulisan Allah (dalam bahasa Arab/jawi).

Tetapi pada hari raya yang lalu saya berjaya merakam tulisan-tulisan kalimah Allah di langit tersebut (lihat foto-foto di atas). Pada mulanya saya tidak meyedari akan wujudnya kalimah Allah di langit di dalam gambar tersebut. Sehinggalah saya publishkan di dalam intagram saya. Seorang rakan saya kemudiannya memberitahu akan tanda tulisan kalimah Allah di langit di dalam kedua-dua gambar tersebut. Subhanallah!!!

Tulisan kalimah Allah di langit pada gambar yang pertama agak kurang jelas. Kecuali jika diperhatikan betul-betul. Namun pada gambar kedua, tulisan kalimah Allah di langit itu memang nampak jelas. Anda boleh lihat tulisan kalimah Allah di langit itu di dalam bulatan yang telah saya bulatkan.

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” [QS Ali 'Imran 3:190-191]

Adakah kita melihat tanda-tanda sebegini dengan haya sekadar melihat sebegitu sahaja. Itulah tanda-tanda yang secara terang-terangan Allah zahirkan supaya kita berfikir tentang kejadian ciptaanNya. Dan seterusnya mengakui dengan yakin akan keesaanNya. Lalu pengakuan tadi, kita tunjukkan dengan ibadah-ibadah dan amalan-amalan yang disuruh olehNya disamping kita menghindari amalan-amalan yang dilarang. Perbuatan ini (amar ma’ruf nahil munkar) bukan sahaja kita jaga untuk diri kita, malah kita sebagai khalifah di muka bumi ini hendaklah menyeru manusia lain.

Wallahua’lam. Semoga kita sentiasa diberi peringatan oleh Allah untuk terus mengingatiNya dan tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang lupa dan ingkar. Naudzubillah…

Jul 06

Kisah Pelik FAM

haraimau muda Kisah Pelik FAM

Skuad Harimau Muda

Hasrat rakyat malaysia utk melihat pasukan Harimau Muda B22 melangkah lebih jauh dalam kejohanan Piala Asia 2013 nampaknya telah musnah. Ini adalah gara-gara badan rasmi bolasepak negara FAM enggan membuat bantahan secara rasmi kepada AFC tentang kesalahan Myanmar menurunkan pemain yang melebihi umur sewaktu menentang Malaysia tempohari.

Dalam perlawanan sebelum ini, Malaysia telah tumpas 1-2 kepada Myanmar, sekaligus meranapkan peluang Malaysia untuk maju lebih jauh dalam Piala Asia. Selepas perlawanan tersebut pihak kita telah mengesan penipuan umur di dalam skuad Maynmar. Dan semua pihak menggesa supaya bantahan dibuat kepada AFC. Perkara ini diwar-warkan di suratkhabar-surathabar tempatan keesokan harinya. Ini sedikit sebanyak memberi sedikit pengharapan kepada rakyat Malaysia yang inginkan kemajuan di dalam bolasepak kita.

logo FAM 259x300 Kisah Pelik FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM

Namun hari ini, tup-tup aku dapat berita yang mengatakan FAM tidak menghantar pun bantahan secara rasmi kepada badan induk bolasepak Asia, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

afc Kisah Pelik FAM

Konfederasi Bolasepak Asia, AFC

Mengikut peraturan AFC, sebarang bantahan harus dikemukakan bantahan rasmi dalam masa 48 jam. Dan tempoh tersebut telah tamat pada pukul 7 petang semalam. Ini disahkan oleh Setiausaha Agug FAM, Datuk
Azzuddin Ahmad.

“Kami tidak boleh semata-mata membuat bantahan menggunakan bukti-bukti daripada pihak ketiga (media) atau laman-laman web. Selepas meneliti senarai pendaftaran AFC, kami dapati memang terdapat nama sama tetapi mereka individu berbeza. “Jadi FAM tidak mempunyai bukti kukuh untuk membuat bantahan. Penjelasan lanjut akan diberikan pada sidang media khas esok (hari ini),” kata Azzuddin ketika dihubungi, semalam.

Keengganan FAM untuk menghantar bantahan rasmi itu mungkin bakal memakan diri sendiri apabila diberitakan bahawa jurulatih skuad B-22 negara, Ong Kim Swee mahu meletakkan jawatan berikutan kecewa tidak mendapat sokongan majikan sendiri. Walaubagaimanapun Kim Swee yang dihubungi malam tadi enggan mengulas lanjut kerana beliau sedang bercuti.

Perbandingan profil penyerang Myanmar, Kaung Si Thu yang sebenarnya sudah berusia 25 tahun dalam laman web rasmi kelabnya,Yangon United seperti disiarkan Berita Harian semalam serta biodata umur sebenar kapten Myanmar, Kyaw Zayar Win iaitu 24 tahun dalam laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) nampaknya belum
cukup meyakinkan FAM.

Malah terbaru, senarai pemain untuk aksi Piala Singapura yang menemukan kelab Zayar Win, Kanbawza FC dengan Loyola Meralco Sparks di Singapura malam tadi, turut tertulis umur Zayar Win, 24 tahun.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Alex Soosay turut menyatakan pihaknya sedia melakukan siasatan andai menerima bantahan FAM sambil menganggap isu penipuan umur sebagai serius.

“Sesiapa yang langgar peraturan mesti dihukum. Kredibiliti kejohanan bawah umur mesti dijaga dan AFC tegas dalam perkara ini. Tapi semua kena ikut prosedur. Jika ada bantahan, kita akan rujuk ke Jawatankuasa Tatatertib AFC dan terpulang kepada mereka melakukan bentuk siasatan,” jelas Soosay ketika dihubungi, semalam.

Kenapa FAM bertindak sedemikian? Kita nantikan penjelasan mereka.

 

Sumber

Jun 15

Subhanallah… Kisah Mayat Baca Surah Yasin Di Makkah

lubang kubur Subhanallah... Kisah Mayat Baca Surah Yasin Di Makkah

Gambar lubang kubur Ma'la - perkuburan jemaah haji yang meninggal dunia di Makkah

Cerita dipetik daripada blog melayukini.net.

Mengikut blog tersebut, ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi dan ianya telah disahkan oleh Ustaz Halim Naser, seorang penceramah bebas di Malaysia. Peristiwa ini berlaku di musim haji yang lepas.

Mengikut ceritanya, pada musim haji yang lepas, beberapa orang pelajar Malaysia telah mengerjakan ibadat haji dan telah mengikut seorang Arab untuk urusan pengkebumian satu mayat yang meninggal dunia pada musim haji itu. Makam yang dituju terletak di Ma’la iaitu tempat pengkebumian mayat yang dikhaskan untuk jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.

Di sini cara mereka mengkebumikan mayat agak berbeza daripada di Malaysia. Mereka akan menggali satu lubang yang kemudiannya diletakkan mayat tersebut di dalamnya. Mayat tersebut akan dibiarkan di dalam lubang tersebut yang ditutup selama 8 bulan. Selepas itu lubang tersebut akan dibuka semula untuk meletakkan mayat yang baru. Ini mungkin kerana kerajaan Saudi ingin menjimatkan tanah perkuburan kerana saban tahun ramai yang akan meninggal dunia di Mekah. Jadi ini adalah satu sistem yang mereka buat untuk menyelesaikan masalah tanah perkuburan. Lagipun di sana, udaranya panas dan kering. Jadi masalah bau busuk mungkin tidak seperti di negara kita yang beriklim panas dan lembab.

Jadi pada hari tersebut satu lubang yang telah lebih 8 bulan dibuka untuk menempatkan mayat yang baru meninggal tadi. Apa yang mengejutkan, apabila sahaja lubang itu dibuka, orang Arab tadi telah bertempiaran lari. Apa yang dilihatnya bukanlah pemandangan yang biasa dilihat. Kali ini dia melihat satu mayat sedang bersila, bukannya tidur seperti kebiasaan yang dilihat.

Dihujani dengan perasaan ingin tahu yang mendalam, pelajar Malaysia ini telah memberanikan diri dengan merangkak ke dalam lubang kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al-Quran. Dan Al-Quran itu pula adalah Al-Quran yang asli.

Setelah diamati lagi, ayat Al-Quran yang sedang terbuka ketika itu adalah Surah Yasin. Satu perkara lagi yang menghairankan ialah mayat tersebut tidak reput. Begitu juga kain kafan yang membaluti tubuhnya. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan diantara mayat dengan kain kafan (kain ihram) tersebut.

Setelah diselidiki asal-usul mayat tersebut, ia adalah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah jika ada berlaku tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan, dia akan duduk di suatu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin, yang juga dikenali sebagai Hati Al-Quran.

Lihat… itulah ganjaran dan kelebihan yang diberikan Allah kepada orang yang berbakti kepada Baitullah. Seperti yang kita semua tahu, segala amal kebaikan di sana akan diganjari dan dilipat gandakan ganjarannya.

Ada satu hadith berkenaan perkara ini:

Dari Jabir R.A; bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: satu sembahyang di masjidku (Masjid Nabawi) adalah lebih afdhal (lebih baik) daripada 1,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali di Masjidil Haram di Makkah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain.

Walaupun hadith ini membicarakan khusus tentang ganjaran pahala solat, tetapi itu menunjukkan kelebihan beramal di masjid berkenaan termasuklah berbakti dengan mengelap tumpahan air zam-zam.

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ…

Subhanallah. Itulah janji Allah kepada hambaNya yang berbakti dan ikhlas kepadaNya, tidak kira kaya, miskin, kacak atau buruk seseorang hamba itu. PadaNya, yang paling utama adalah TAQWA.

Wallahua’lam.

Jun 14

Subhanallah! Buah Kelapa Bertunas Pokok Pisang

kelapapisang Subhanallah! Buah Kelapa Bertunas Pokok PisangCerita ni aku dapat dari blog Melayukini.net.

Ianya berlaku di Kampung Peracak, Ogan Komering Ulu (OKU) Timur di Selatan Sumatera. Penduduk kampung tersebut terkejut apabila menemui sebiji buah kelapa yang bertunaskan pokok pisang. Pokok pisang yang tumbuh pada buah kelapa tersebut berketinggian 80 sentimeter semasa ditemui oleh Muhamad Edi, 52, warga RT 02, Kampung Peracak, Mukim Bungamayang.

Diceritakan kepada Sripoku.com, ketika itu dia sedang menanam jagung di ladang kawannya, Komar. Pada mulanya dia terhidu bau bunga melati yang sungguh kuat. Berikutan itu, dia dan Komar mengambil keputusan untuk mencari punca datangnya bau bunga melati itu. Pencarian itu membawa kepada penemuan kelapa pelik ini. Buah kelapa bertunas pokok pisang itu ditemui di atas timbunan kulit kelapa di tempat pengupasan kelapa.

Komen sohoque:

Cerita ini memang pelik. Tetapi itulah kekuasaan Allah. Semuanya di atas kehendakNya. Dan itu adalah tanda-tanda kekuasaanNya yang ditunjukkan untuk kita berfikir dan membesarkanNya. Hanya orang berfikir (Ulul Albab) sahaja yang dapat pengajaran daripada peristiwa ini.

Jun 03

Subhanallah! Mayat masih terpelihara selepas 19 tahun

syabib Subhanallah! Mayat masih terpelihara selepas 19 tahunPalestin – Zionis Israel pada Khamis, 31 Mei lalu menyerahkan 91 cebisan mayat syuhada’ Palestin kepada keluarga masing-masing. Semua mayat tersebut adalah mereka yang melakukan serangan bom berani mati di kawasan-kawasan tumpuan bagi membunuh penduduk Israel beberapa tahun lalu.

Islammemo.cc melaporkan, dari kalangan mayat tersebut, seorang daripadanya, As-Syahid Syahib Ahmad Muhammad yang terkorban 19 tahun lalu masih terpelihara dan sedikitpun tidak terdapat kesan reput atau rosak pada mayatnya seolah-olah baru meninggal dunia beberapa minit yang lalu. Syahib meninggal dunia pada 24 April 1993 ketika melakukan serangan berani mati dan menemui syahid dalam operasi tersebut. Mengulas keadaan mayat Syahib, seorang ulamak tempatan yang juga Pengerusi Majlis Tertinggi Hakim Syar’ie, Syeikh Yusuf Ad’is berkata, “Demikian adalah petanda kemuliaan dari Allah ke atas mereka yang syahid bahawa jasad mereka tidak akan hancur. Ia juga tanda amalan soleh yang dilakukan olehnya diterima di sisi Allah.”

Menurut SAFA, 79 dari cebisan mayat syuhadak Palestin dibawa ke Ramallah untuk tujuan upacara sambutan pada jam sekitar 3 petang, kemudian akan dihantar ke wilayah-wilayah asal mayat syuhada’. Manakala, 12 dari cebisan syuhada’ akan dibawa pulang ke Semenanjung Gaza.

Kita yakin kemuliaanNya juga diberikan kepada sekalian syuhada’ di Syria. Kalian juga wajar menyemai cita-cita untuk syahid kerana kurniaan Allah amat luas buat para syuhada’ Nya. “Syahid cita tertinggi kami!”

 

Sumber

May 30

Restoren Makanan Haiwan Pelik Di Guangzhou

Sewaktu trip ke Guangzhou baru-baru ini, aku ada terserempak dengan satu restoren ini. Ia adalah restoren makanan haiwan pelik-pelik. Sebenarnya tak de la pelik sangat haiwan tu. Cuma kita di Malaysia ni tak makan la haiwan tu. icon lol Restoren Makanan Haiwan Pelik Di Guangzhou Tambah-tambah lagi kita orang Islam.

Lupa pulak aku nak snap gambar signboard nama kedai tu. Tapi restoren ni terletak tak berapa jauh dari hotel tempat kami menginap iaitu Hotel Landmark Guangzhou.

Namun lawatan aku dan kawan-kawan ke kedai ini bukanlah termasuk dalam itinerary Public Mutual ya. Ini adalah inisiatif sendiri, aktiviti di malam hari. Ada masa terluang sikit. Sebenarnya kami sedang dalam perjalanan untuk mencari kebab kambing yang dijual oleh Muslim Iran di sana. Halalan Toyyiban katanya.. icon redface Restoren Makanan Haiwan Pelik Di Guangzhou   So, alang-alang lalu depan kedai kami singgah la kejap untuk meninjau dan snap gambar.

Berikut adalah galeri gambar kat restoren tersebut:

May 17

Subhanallah!!! Siapakah Lelaki Berjubah Putih Ini?

man in white robe Subhanallah!!! Siapakah Lelaki Berjubah Putih Ini?

Video di atas berlaku di Syria. Jika anda perasan dalam video di atas ada seorang lelaki berjubah putih dengan tenang tampil untuk membawa mangsa tembakan rambang tentera upahan regim Basyar Al Assad.

Ketika askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang menggila membunuh penunjuk perasaan, tiba-tiba keluar seorang lelaki berjubah putih dari arah sebelah tentera Basyar Al-Assad. Lelaki itu mengangkat mangsa yang syahid dibunuh askar upahan Basyar Al-Assad dengan tenang sedangkan dibelakangnya ada tentera bersenjata.

Kelihatan lelaki berjubah putih itu tenang mengangkat pemuda yang telah mati syahid itu dengan sebelah tangan sahaja. Subhanallah!!!

Siapakah lelaki berjubah putih itu? Masih menjadi persoalan. Adakah beliau malaikat yang diutuskan Allah? Kebiasaan rakyat Syria jarang memakai jubah putih setahu aku. Adakah beliau wali Allah? Video di bawah ini lebih jelas, saksikan:

May 09

Lelaki Bertukar Kepada T-Rex!!!

Tyrannosaurus Lelaki Bertukar Kepada T Rex!!!Seorang lelaki berusia 23 tahun daripada Nebraska secara sah menjadi T-Rex!!!

Bukan badannya yang menjadi T-Rex tetapi namanya telah berjaya ditukarkan kepada nama Tyrannosaurus Rex. Hakim telah memutuskan untuk membenarkan lelaki tersebut yang nama asalnya Tyler Gold untuk bertukar nama secara sah kepada nama Tyrannosaurus Rex Joseph Gold seperti yang dilaporkan oleh suratkhabar York News-Times.

Mr Gold berkata bahawa sebagai usahawan, nama tersebut adalah penting dan nama barunya tersebut lebih mudah dikenali. Walaubagaimanapun suratkhabar tersebut tidak menyatakan perniagaan yang diceburinya.

Hakim Alan Gless telah bertanyakan Mr Gold (nama lamanya) semasa perbicaraan samada beliau mahukan nama baru untuk bersembunyi daripada pemiutang ataupun perlaksaan undang-undang. Beliau menjawab tidak.

Dilaporkan bahawa Mr Gold telah membuat permohonan melalui saluran undang -undang yang betul untuk menukarkan namanya. Oleh kerana itu hakim telah meluluskan permohonannya.

Sumber

 

Apr 20

Penyokong Bayar Denda Tan Sri Anuar Musa Guna Duit Syiling

tan sri anuar musa Penyokong Bayar Denda Tan Sri Anuar Musa Guna Duit SyilingTan Sri Anuar Musa telah didapati bersalah oleh mesyuarat jawatankuasa FAM kerana didakwa mengeluarkan komen terbuka terhadap FAM. Keputusan mesyuarat adalah timbalan presiden FAM itu dijatuhkan hukuman tidak boleh terlibat dan memegang apa-apa jawatan di dalam persatuan Bolasepak, Kelantan maupun FAM selama dua setengah tahun.

Penggantungan Annuar menjadikan beliau individu ketiga menjadi ‘mangsa’ hukuman FAM selepas dua bekas Naib Presiden FAM sebelum ini, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil yang digantung kerana mengkritik FAM.

Mengikut kod tatatertib FAM edisi 2011, sebarang kos dan perbelanjaan mesyuarat adalah tanggungan pihak yang didapati bersalah. Jadi kos yang berjumlah RM2,124 tersebut telah dibayar oleh penyokong Tan Sri Annuar Musa dan pasukan Kelantan.

Apa yang menarik dan sinisnya adalah jumlah wang tersebut dibayar dengan duit kertas RM1 dan duit syiling. Sungguh ironik…!

Saksikan laporan berita di bawah:

 

Apr 19

Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?

mayat firaun Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?

Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah..

 

Komen Sohoque:

Cerita ini aku hanya salin semula daripada wall kawan aku kat FB. Dan memang dia suruh orang share pun. Jadi sebab cerita ni bukan cerita aku, aku rasa tak perlu lah aku ubah apa-apa.

Apr 12

Subhanallah! Live, Ular Sawa Telan Buaya Hidup-hidup!!!

060906 python Subhanallah! Live, Ular Sawa Telan Buaya Hidup hidup!!!

Gambar hiasan

Selama ini aku pernah lihat video buaya membaham mangsanya seperti lembu, kambing dan sebagainya. Aku juga biasa melihat ular sawa menelan mangsanya seperti ayam, anak kambing dan sebagainya. Malah aku pernah melihat gambar di satu laman web tentang seekor ular sawa menelan manusia! Cuma gambar itu dipertikaikan. Ada yang kata gambar itu diedit. Ada yang kata itu gambar betul.

Tetapi video di bawah ni adalah tentang seekor ular sawa menelan seekor buaya hidup-hidup! Subhanallah.. sungguh mengkagumkan: