May 29

Wajarkah Ustaz Azhar Idrus kahwini isteri ke 3

 Wajarkah Ustaz Azhar Idrus kahwini isteri ke 3

Salam dan selamat sejahtera.

Wajarkah ustaz azhar idrus (UAI) kahwini isteri ke 3? Itulah topik yang hangat dibincangkan dk beberapa group whatsapp aku.

Ada yang setuju dan ada yang tidak bersetuju.

Yang bersetuju berpendapat tak apa lah UAI mampu. Lagipun dia ulamak yang tersohor masa kini. Jadi dari segi nafkah zahir dan batin tidak menjadi masalah untuk dia berlaku adil.

Ramai juga yang tidak bersetuju dengan tindakan UAI ini. Antara hujah mereka ialah:

  • Pandangan masyarakat yang akan memandang serong kepada UAI. Masyarakat melayu ini jika seseorang berkahwin satu atau dua, masih normal. Tapi jika seseorang menambah isteri ke 3 atau 4, dia mungkin akan dikatakan menunjuk-nunjuk.
  • Popularity UAI mungkin akan menurun selepas perkahwinan ini. UAI yang ramai pengikut kerana ceramah agamanya yang menarik dan penuh isi dikhuatiri akan hilang pengikut terutamanya daripada kaum wanita yang mungkin tidak setuju dengan tindakan UAI
  • UAI ini ulamak yang dikenali ramai. Jika orang biasa yang kahwin ramai tidak menjadi masalah. Malah jika artis sekalipun mungkin tidak menjadi buah mulut sangat. Lihat sahaja pelakon, pelawak dan dee jay radio Salleh Yaakob. Beliau mempunyai 4 orang isteri, tetapi tidak menjadi buah mulut orang pun. Dikhuatiri UAI akan dipandang serong oleh oleh masyarakat
  • Apa tujuan UAI tambah isteri yang ke 3. Adakah kerana nafsu lelaki semata-mata?  Jika niat beliau nak kahwin untuk tolong wanita tersebut kenapa mesti kahwin dengan anak dara? Kenapa tidak cari sahaja janda-janda ataupun ibu tunggal yang memerlukan pertolongan baik dari segi sokongan kewangan juga sokongan moral

Ada juga yang tidak bersetuju dengan cara UAI meraikan majlis pernikahannya. Ia tidak mencerminkan seperti apa yang UAI sebut dalam ceramahnya.

Pandangan aku:

Pertama:
Dalam Al-Quran (sumber hukum utama) kata boleh/harus kahwin 4. Tapi dengan SYARAT mesti kena adil. Kalu tidak terimalah hukuman daripada bagi orang/ketua keluarga yg tidak adil. Firman Allah:

“…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja…”

(Surah An-Nisa’ 4 : 3)

Keterangan terperinci hukum ini telah dijelaskan oleh amalan Nabi di mana baginda menikahi anak dara (seorang sahaja – aisyah) dan janda (ramai). Pengajaran: dibolehkan untuk menikahi janda atau anak dara. Kalau nak menolong janda ataupun yang miskin itu adalah lebih afdhal.

Kedua:
Yang mana kita nak ikut. Pandangan masyarakat (yang belum tentu ikut syariat) ke ataupun pandangan Allah? Balasan syurga atau neraka Allah tidak ikut pandangan orang ramai ya.. icon wink Wajarkah Ustaz Azhar Idrus kahwini isteri ke 3 . Lagipun jika kita buat sesuatu kerana makhluk kita dikira riak juga tau.

Ketiga:
Kadang-kadang bab agama ni tak boleh fikir dengan akal fikiran manusia biasa semata. Ikut je Al-Quran dan sunnah kata. Amat besar hikmah disebaliknya tu.

Keempat:
Dah. Ni bab furu’ sahaja. Banyak lagi bab pokok yang perlu dan lebih penting untuk dibincang. Contohnya kenapa kadang-kadang kita leka dan malas untuk solat berjemaah.

Itulah perangai masyarakat kita. Suka sangat memperbesarkan isu-isu sebegini. Bincang sikit-sikit tak apa la. Ini berhari-hari duk bincang, macam dah tak ada isu lain dah.

Kalau bab poligami ni aku lebih suka baca entri kat blog ini. Pandangan penulisnya lebih telus aku rasa. Betul tak Kak Siti?

Wallahua’lam bissawaabi

May 22

Entri Merapu Seorang Financial Consultant

Salam dan selamat sejahtera. Ini adalah entri merapu seorang Financial Consultant.

 Entri Merapu Seorang Financial Consultant

Financial Consultant

Mengantuk.

Aku mengantuk sangat. Semenjak dua menjak ni aku selalu tidur agak lewat. Dah seminggu aku tidur sekitar pukul 2-3 pagi. Bangun pulak pukul 5.30 pagi. Siapkan anak ke sekolah dan diri sendiri ke tempat kerja.

Tempat Kerja

Sebulan dua ini tempat kerja aku agak bertumpu. “Ofis” aku sebulan dua ini adalah di Cafe Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia. Tempat yang cukup bagus, selesa dan amat ideal untuk lepak, buat phone call untuk atur temu janji dengan prospek dan pelanggan, Isi borang Unit Trust dan Takaful, tulis entri dan update blog, main top eleven dan lain-lain kerja ofis. Malah “tempat kerja” ini juga amat sesuai juga untuk buat meeting dengan client.

 Entri Merapu Seorang Financial Consultant

Cafe Sasana Kajang

 

Yang penting kat sini wifi amat laju dan percuma, parking pun percuma, dilengkapi dengan penyaman udara dan makanan serta minumannya yang eksklusif dengan harga yang amat berpatutan. Bayangkan secawan coffee latte yang lazat yang jika dibeli di tempat lain berharga Rm5-10, hanya RM2 lebih sahaja di sini. Begitu juga denga pelbagai menu yang lain seperti Tuna Mayo, Chicken Croissant, Chicken Mac Over, Vietnamese Meatball dan lain-lain.

Civic sakit

Aku sebenarnya ada bilik sendiri di TMCC Takaful Malaysia, Tingkat 1 Darul Takaful Sect 13 Shah Alam.

 Entri Merapu Seorang Financial Consultant

Honda Civic

 

Sebelum ini aku akan buat aktiviti yang disebutkan tadi di bilik ofis aku saja. Tapi sekarang Civic aku masuk worksyop. Jadi aku terpaksa berkongsi kereta dengan isteri aku. Yang kurang bestnya dia kerja di Jalan Yap Kwan Seng di tengah-tengah KL tu. Amatlah tidak cost effective nya jika selepas hantar dia aku balik semula ke Shah Alam. Oleh itu Cafe Sasana Kijang lah menjadi ofis sementara aku.

Rakan kerja dan lepak

Rakan lepak sambil berkerja di sini ialah rakan sebisnes aku, mamat ni. Kat sini juga aku merangka business planning bersama baik dalam bisnes perancangan kewangan aku maupun dalam hobi yang semakin bertukar menjadi alat membuat duit iaitu blogging. Di sinilah Bloogers.com lahir.

Jadi apa yang aku nak cerita?

Hahahaha.. tiada apa sangat la yang aku nak cerita. Aku saja nak bagitau kerja macam aku ni sangat best. Masa memang banyak terluang (jika pandai bahagi masa la).

Dan aku nak merapu yang pagi ni aku tak ada meeting dengan prospek maupun klient pun lagi. Jadi target aku sudah lari pagi ni. Tadi ada satu appoinment di Kota Damansara sebenarnya, namun klien batalkan di saat akhir dek kerana dia ada ad-hoc meeting di pejabatnya.

Sekurang-kurangnya satu entri setiap hari.

Dan aku tulis entri ini sebab aku belum buat entri lagi hari ini. Aku kena disiplinkan diri untuk terus menerbitkan sekurang-kurangnya satu entri setiap hari.

Merapu pun kalau kena gaya macam blogger kacak ni, pun boleh buat duit. Tapi aku tak de lah hebat macam dia yang kekacakan dalam arena blogging sudah mencapai status sifu. Apatah lagi jika buat blog yang penuh informasi seperti sifu ini dan brader ini.

Hahaha.. ok lah. Aku rasa nak masuk dalam kereta dan tidur sekejap. Mengantuk sangat lah. Tak tahan dah. Korang yang kerja makan gaji boleh buat macam aku tak? Hehehehe.

Lepas tu nak ke Bangsar untuk buat submission dan ambil cek klien aku yang jual unit trust dia untuk digunakan sebagai belanja persiapan perkahwinan.

Sekian entri merapu seorang Financial Consultant. Wassalam icon wink Entri Merapu Seorang Financial Consultant

May 19

Pameran Beli Barangan Buatan Malaysia

 Pameran Beli Barangan Buatan Malaysia

 Pameran Beli Barangan Buatan Malaysia

Pameran Beli Barangan Buatan Di Hall 5

Salam dan selamat sejahtera.

Anda tau tak yang sekarang ni ada satu pameran beli barangan buatan Malaysia di Kuala Lumpur Convention Centre?

 Pameran Beli Barangan Buatan Malaysia

Suasana hari pertama di awal pembukaan pameran

Aku rasa tak ramai sangat orang yang tau. Aku pun kalau tak ada booth kat situ mesti tak tau juga. Pameran ni sebenarnya sudah bermula pada hari Jumaat lagi. Ia telah berlangsung pada 17hb Mei dan akan berakhir pada hari Ahab 19hb Mei 2013.

 Pameran Beli Barangan Buatan Malaysia

Salah seorang tenaga agensi sedang menyiapkan booth Takaful Malaysia

Pada pandangan aku, pameran ini wajar diadakan dengan lebih kerap lagi. Promosinya kena buat gempak lagi untuk menarik lebih ramai peserta pameran dan orang ramai. Setakat yang aku tengok pada hari jumaat lepas dan tadi, penyertaan agak kurang memberangsangkan.

Syarikat yang menyertai program 3 hari ini ada daripada industri kewangan seperti bank dan takaful. Ada banyak juga penyertaan daripada industri pakaian. Yang aku nampak tadi ada Pearl Haya, Fizo Omar dan beberapa syarikat lagi. Daripada kategori solekan dan penjagaan wajah pula ada Simply Siti.

 Pameran Beli Barangan Buatan Malaysia

Gerai Pameran dan jualan syarikat rakan aku, Pearl Haya

Ada 3 syarikat yang mewakili pengangkutan ialtu Proton, Perodua dan Modenas. Ya la, 3 syarikat ni je pun yang mewakili pengangkutan yang berstatus tempatan.

 Pameran Beli Barangan Buatan Malaysia

Gerai jualan Bola kampung pun ada

Ada juga daripada industri makanan seperti Adabi yang sebenarnya aku sendiri tak tau yang mereka ada mengeluarkan variasi produk mereka. Dan kebanyakkan produknya amat sedap. Aku dah buat food testing sup kambing, sup daging, pasta, sambal udang, sambal kerang dan kopi 3 dalam 1. Kiranya hari Jumaat tu aku breakfast dengan food testing jer. hahahha.

Rugilah pengusaha tempatan tidak merebut peluang ini. Ini adalah kerana event ini adalah untuk mereka. Syarikat bukan syarikat Malaysia tidak dibenarkan membuat pameran di sini. Kiranya persaingan amat sedikit dalam industri masing-masing. Ini akan memudahkan peserta pameran memperkenalkan produk masing-masing.

Tadi sambil pusing-pusing pameran ada RTM interview aku. Masuk TV kot tadi. hehehe

Besok ada satu hari lagi pameran tu. Pada sesiapa yang tak ada rancangan ke mana-mana boleh pergi ke sini. Ok jugak nak shopping kat sini sebab banyak barangan diorang bagi diskaun. Sampai 70% pun ada. Kecuali peserta program ni. Tak dapat la nak jalan-jalan ke sini.

May 15

Menyesal Upload Gambar Di Facebook

Hari Sabtu baru-baru ini ada satu meeting tentang satu program keusahawanan yang akan dilancarkan dalam masa terdekat selepas urusan-urusan terakhir selesai terutamanya melibatkan pelaburan yang besar daripada koperasi.

Terus terang aku cakap program ini akan menjadi salah satu cara bagi bloggers dan para pengguna media sosial untuk menjadikannya salah satu cabang untuk membuat duit. Aku akan kongsikan program ini apabila semua urusan selesai nanti.

Tapi apa yang aku nak cerita kat sini bukan lah pasal program tu. Tapi tentang perasaan aku yang terasa menyesal upload gambar di Facebook. Gambar apa yang aku upload?

Aku meeting tentang program tersebut di Hayaki Kopitiam Seksyen 13 Shah Alam. Kami meeting bertiga. Aku, kawan aku orang kuat Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, dan seorang bisnesman yang sedang meningkat naik.

Habis meeting kawan aku dari Perlis tadi memberi aku buah tangan yang didatangkan khas dari Perlis. Mempelam Harumanis. Ya Allah baru jer sehari sebelum itu aku berbincang dengan kawan-kawan dalam whatsapp pasal mempelam yang glamer di Perlis itu. Dan memang aku pasang niat nak dapatkan mempelam yang hanya berbuah setahun sekali sahaja itu.

Tak lama masa berlalu apabila Allah menzahirkan doa aku. Aku dapat mempelam tu secara percuma hasil dari hadiah seorang kawan. Terima kasih tuan Zawawi.

Eh aku tak cerita lagi pasal sebab apa aku menyesal upload gambar di Facebook. Heheheh.

Apabila mempelam harumanis telah bertukar tangan aku lantas ambil gambar dan seperti biasa aku akan post di dalam akaun Instagram aku yang telah dihubungkan serentak dengan Twitter, Facebook, Tumblr, Flickr dan Foursquare. Maknanya sekali aku post dalam Instagram, secara otomatik ianya akan terpost ke akaun media sosial aku yang disebutkan tadi.

 Menyesal Upload Gambar Di Facebook

Menyesal upload gambar di facebook

Selepas sahaja aku upload gambar ini, seorang rakan aku di kuantan yang sedang mengandungkan anak sulung terbaca status aku. Beliau mengidam mempelam ini rupanya. Kesian pulak aku rasa. Menyesal pulak rasanya upload gambar tu.

Aku harap suaminya dapat carikan beliau mempelam yang beliau idamkan. Kesian dia nak makan mempelam tu. Aku nak kirim pun jauh sangat. Kalau beliau jiran aku, aku hantarkan je 2 bijik.

Menyesal upload gambar tu… icon sad Menyesal Upload Gambar Di Facebook

May 15

Ilmu Formula Modal Insan – Ilmu Kenal Karektor Manusia

Salam dan selamat sejahtera.

 Ilmu Formula Modal Insan   Ilmu Kenal Karektor Manusia

Ilmu Modal Insan (gambar hiasan)

Dulu, 4 atau 5 tahun yang lepas aku pernah belajar ilmu membaca karektor seseorang berdasarkan tarikh lahirnya. Sifu aku yang bertanggung jawab mengajar ilmu tersebut adalah Allahyarham Dr Abdul Zaman Mansur. (Alfathah)

Insan yang tidak mengenal erti sombong ini mendapat pendidikan sehingga ke peringkat PHD di dalam bidang Psychology. Beliau telah melanjutkan kajian seorang professor tentang karektor seseorang yang boleh diketahui melalui tarikh lahir.

Pada masa itu ada seorang lagi pakar motivasi yang terkenal, juga mengajar cara melihat seseorang berdasarkan pengiraan khas tarikh lahir. Oleh kerana pengajarannya yang disertai dengan iklan yang aggresif, kelas motivasinya mendapat sambutan yang hebat. Aku sendiri belum pernah hadiri program motivasinya tetapi cara pembacaannya agak berlainan apabila ia seperti menilik nasib.

Mungkin juga aku silap sebab aku sendiri belum pernah bersua muka dengan beliau. Tetapi aku membuat kesimpulan begitu apabila kawan aku, seorang “anak murid” beliau telah dengan secara sukarela menafsir tarikh kelahiran aku. Mengikut kawan aku ni dengan nombor daripada tarikh lahir aku tu, aku adalah seorang yang akan cepat mendaki tangga kejayaan jika aku terlibat dalam bisnes. Namun aku juga akan cepat jatuh. Untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku aku kena ubah cara kerja aku. Aku perlu berkerja seperti biasa selama sebulan contohnya kemudian aku perlu cari masa untuk berehat seketika untuk bercuti dan melupakan tentang kerja aku.

Aku juga perlu berdampingan dengan wanita untuk lebih berjaya dalam bisnes. Contohnya jika aku majikan aku kena lebih banyak menggaji kaum wanita dalam syarikat aku. (Hehehehe.. Ini sudah bagus…)

Entah betul entahkan tidak pengajarannya sebegitu kerana aku mendapat tahu daripada kawan ku yang turut serta di dalam program tersebut bukan secara langsung dengannya. Mungkin kawan aku yang tersalah faham. Wallhua’lam.

Hasil daripada pendedahan yang agak keterlaluan, pembacaan nombor untuk karektor manusia ini dirujuk kepada Jabatan Agama Islam. Dan ianya diklasifikasikan sebagai amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Cuma bezanya dengan ajaran Dr Abdul Zaman Mansur ini, kajiannya mengatakan kita hanya boleh melihat karektor ataupun tingkah laku seseorang berdasarkan nombor yang dikira daripada tarikh lahirnya. Maknanya orang yang bernombor 1 misalnya, mempunyai karektor dan sifat yang tertentu yang diwakili oleh nombor 1. Itu adalah sifat sahaja. Dan sifat itu boleh diubah dengan azam dan disiplin dalam diri seseorang. Ia bukannya mutlak.

Ini bertepatan dengan firman Allah dalam Al-Quran iaitu:

“sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka” (surah Ar-Rad:11)

Menurut Allahyarham Dr Abdul Zaman Mansur lagi, karektor itu juga kadangkala bukannya 100% tepat dibaca tafsirannya kerana ia kuat dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Antara 3 faktor yang bisa merubah karektor menjadikannya berlainan dengan karektor nombor yang diwakilinya ialah:

  1. Baka/keturunan
  2. Pendidikan
  3. Persekitaran

Sebagai contoh, jika seseorang yang mempunyai sifat nombor 2, ia sepatutnya seorang yang bijak dan cepat memahami apa-apa ilmu yang diajar. Tetapi oleh kerana dia mungkin tinggal dikawasan pendalaman dan kurang terdedah dengan ilmu pelajaran yang diajar, ia mungkin menjadi tidak bijak dan lambat untuk mengikuti ilmu yang diajar. Begitu jugalah dengan pengaruh keturunan dan persekitaran yang akan mencorak karektor seseorang.

Jadi pada aku, ilmu yang diberi nama Ilmu Formula Modal Insan yang dikaji oleh Dr Abdul Zaman Mansur ini sama sekali tidak bercanggah dengan agama. Ini adalah kerana kita hanya belajar untuk mengenal karektor ataupun sifat manusia. Kita percaya yang karektor itu hanyalah seperti program pada komputer yang telah diprogramkan oleh Allah untuk setiap hambaNya yang unik. Dan karektor ini boleh berubah jika individu itu bertekad untuk mengubah demi untuk kepentingan dirinya atau agamanya.

Apa yang bagusnya mempelajari ilmu ini ialah:

  1. Untuk suami isteri
    Ia akan membantu keharmonian rumahtangga. Suami isteri akan lebih memahami akan karektor masing-masing dan tahu apa untuk dibuat untuk menangani karektor pasangan masing-masing.
  2. Untuk Anak-anak
    Kita akan lebih memahami karektor anak-anak kita. Kita boleh mengagak apa minat dan kecenderungan mereka. Jadi kita boleh sesuaikan ilmu pelajaran dengan minat mereka. Ini akan menjadikan mereka insan yang kecemerlang kerana kita menjurus mereka dengan ilmu dan bidang yang mereka minati sedari kecil. Seterusnya menjadikannya ummat yang kecermerlang di dalam bidang kerjayanya kelak.
  3. Untuk kawan-kawan
    Kita akan lebih mengenali kawan-kawan. Apabila kita tahu kerektor kawan kita, kita boleh bertindak sewajarnya sesuai dengan apa yang disukainya.
  4. Untuk perniagaan
    Ianya akan memudahkan kita mengenali pelanggan kita. Jadi kita lebih senang untuk mendekati mereka untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan kita kepada mereka. Aku banyak menggunakan teknik ini dalam bisnes terutama apabila berurusan dengan pelanggan baru dikenali. Ia juga amat berguna untuk aku mengenali karektor consultant dibawah naungan agensi aku.
  5. Untuk pra-perkahwinan
    Bakal suami atau isteri akan boleh mengagak karektor pasangan masing-masing, Jadi mereka boleh merancang masa depan ruma tangga yang bakal dibina nanti.

Wah.. dah panjang bebelan aku ni. Nanti aku sambung semula dengan memberi gambaran serba sedikit ilmu formula modal insan ini. Apakah nombor dan apakah karektor yang diwakilinya. Juga aku akan kongsikan seorang consultant aku yang begitu taksub dengan nombor tarikh lahir ini yang aku rasa tidak patut.

Ok lah. Aku berundur diri. Wassalam

 

Apr 26

Jom Jadi Pengurus Bolasepak Di Top Eleven

manager details Jom Jadi Pengurus Bolasepak Di Top Eleven

Top Eleven Online Game

Siapa pernah main game Football Manager (FM) ataupun Championship Manager (CM)?

Game ini ialah game mengurus pasukan bolasepak pilihan kita. Yang seronoknya data-data pemain yang terdapat di dalam game tersebut hampir sama dengan pemain-pemain bolasepak yang sebenar di seluruh dunia.

kita boleh juga membeli dan menjual pemain pasukan kita. Boleh membina stadium dan lain-lain kelengkapan sebuah kelab bolasepak seolah-olah kita pengurus bolasepak yang sebenar. Itulah antara sebab mengapa ramai yang menggilai permainan video ini terutama peminat bolasepak.

Aku dulu memang hantu game Championship Manager ni. aku ingat lagi masa belajar kat universiti dulu. Tak boleh berenggang dengan PC dek penangan CM ni. Rela tak makan selagi misi mengurus pasukan bolasepak belum terlaksana.

Yang bestnya lagi, besok final exam tapi malam tu main CM sampai subuh. Hahahaha.. Nasib baik dapat score ok. B rasanya untuk subjek tu.

Top Eleven ni lebih kurang sama la dengan game CM dan FM, cuma game ini dimainkan di talian (online). Kita boleh menggunakan PC tau laptop. Atau install sahaja application di Play Store (untuk pengguna android) dan Apps Store (untuk pengguna iOS)

Game ini boleh dimainkan bersama kawan-kawan facebook kita. Kalau kita invite kawan-kawan kita, kita akan dapat token transfer free. Kawan kita invite tadi pula bila dah daftar dan menyempurnakan beberapa aktiviti, kita akan dapat lagi token transfer.

Apa pentingnya token transfer ini. Gunanya ialah semasa kita hendak membeli pemain baru di kelab kita. Tanpa token pemain baru tidak dapat dibeli walaupun kelab ada banyak wang. Token ini jika terdesak boleh dibeli secara online. Di sinilah pemaju permainan ini akan mendapat bayaran.

token Jom Jadi Pengurus Bolasepak Di Top Eleven

Token di Top Eleven

Oleh kerana game ini adalah live game, maka bukan senang kita nak menang kerana lawan kita pun adalah orang sebenar, bukan komputer. Oleh kerana itu, ada yang cuba mencari jalan untuk menipu. Jika kita buat carian di google, ada banyak link yang menawarkan cheat code untuk bermain secara tipu. Tapi awas!!!. Ada di antaranya yang menipu. Jangan jadi macam mamat ni. Setakat ini aku belum lagi jumpa cheat code yang betul-betul untuk game Top Eleven ni.

Jom main Game Top Eleven. Nak cerita secara details pun panjang sangat. Hehehe.

 

Apr 23

LIKE Page Facebook Palsu, Wajarkah Memilih Jalan Tersebut

Di zaman IT ini segalanya cepat. Begitu juga dalam perniagaan. Kalau dulu sesuatu perniagaan memakan masa yang agak lama untuk membina jenama, sekarang tidak lagi. Ianya dapat disingkatkan dengan penggunaan IT dan internet.

Begitu juga cara pemasaran. Dulu pemasaran dibuat secara konvensional iaitu menggunakan pekerja dan pengiklanan di media massa dan eletronik. Kini dengan menggunakan pemasaran internet kos dapat dikurangkan dengan adanya media sosial, blog, twitter, facebook dan sebagainya.

Ramai pemasar internet (internet marketer) membuat pengiklanan dan produk awareness mereka dengan menggunakan Facebook page.

Facebook page ialah page yang dibuat dibawah akaun facebook individu untuk pelbagai tujuan seperti perniagaan dan sebagainya. Dengan page ini pengikut page (followers) hanya perlu LIKE page facebook sahaja tanpa perlu menjadi kawan si pemunya akaun. Jadi ianya tidak memerlukan approval daripada si pemunya akaun. Jumlah followers pula tidak terbatas kepada had bilangan tertentu.

Kelebihannya yang amat ketara ialah internet marketer mampu menyampaikan iklan produk dan perkhidmatannya kepada semua followers yang LIKE page facebook nya. Bilamana sesuatu info dipostkan di timeline page, maka ia akan kelihatan di timeline followers tadi.

Namun untuk mengumpul LIKE bukanlah sesuatu yang mudah. Kita terpaksa juga mempromosikan page kita samada secara online ataupun offline. LIKE akan menjadi berganda apabila page kita semakin hari semakin mendapat ramai followers.

Page peribadi saya sendiri iaitu sohoque dot com dan page bisnes saya iaitu Synergy Khalifs Advisor sendiri pun memakan masa yang agak lama untuk di “LIKE” oleh orang ramai. Semasa entri ini ditulis sohoque dot com yang dibuka akhir tahun lepas baru ada 828 penge”like”.

Sekarang sudah ada pihak yang boleh memanipulasikan LIKE page facebook tersebut. pihak ini boleh menarik LIKE kepada page kita itu tanpa perlu bersusah payah untuk kita mempromosikannya. Dan yang menariknya <dfn title = “ini adalah like yang dibuat di fan page facebook. Like facebook page ini amat penting untuk peniaga produk dan perkhidmatan menyampaikan info tentang produk secara pukal dan meluas”>LIKE</dfn> tersebut adalah original iaitu daripada followers yang betul.

Pihak ini mengenakan caj tertentu untuk perkhidmatan menarik LIKE ini. Saya pernah menerima mesej tentang servis yang ditawarkan ini. Namun setakat ini saya masih belum terbuka hati untuk menerima tawaran tersebut. Ini adalah kerana saya inginkan pengunjung setia ke blog saya yang dihubung terus kepada page tersebut. Biarlah mereka memilih untuk LIKE page dan blog saya  dengan ikhlas.

facebook like 300x166 LIKE Page Facebook Palsu, Wajarkah Memilih Jalan Tersebut

Tawaran LIKE Facebook Page

Seorang kawan saya yang baru hanya beberapa bulan membuka page perniagaan beliau telah berjaya mengumpul 3,000 lebih LIKE setelah membayar Rm100 untuk 1,000 LIKE.

Ada yang memperlekehkan cara ini dengan mengatakan yang cara tersebut sebagai menipu dan tidak asli.

Pada pandangan saya ia bergantung kepada individu dan tujuan page dibuka. Jika tujuannya untuk menjual produk maka ia adalah langkah yang lebih cepat untuk menghasilkan jualan. Ini adalah kerana followers mempunyai hak untuk “UNLIKE” semula jika mereka merasa tidak selesa dengan apa yang dipostkan di timeline page tersebut.

Namun untuk page seperti page ini dan ini, saya rasa followers yang benar-benar inginkan maklumat sahaja yang saya inginkan. Ini adalah kerana ilmu yang disampaikan ini akan lebih bermanfaat jika orang yang membacanya benar-benar inginkan maklumat.

Jan 08

Nombor-nombor Cantik Di Tahun 2013

tahun 2013. Nombor nombor Cantik Di Tahun 2013

Kalau di di tahun 2012, ramai orang yang nak melangsungkan perkara-perkara ataupun peristiwa-peristiwapenting seperti  perkahwinan dan sebagainya pada tarikh-tarikh seperti 01-01-12, 01-02-12, 11-11-12, 12-11-12, 12-12-12 dan lain-lain.

Mungkin tarikh-tarikh ini akan senang untuk diingati.

Tak lupa juga tarikh yang menjadi ketakutan orang yang jahil agama iaitu 21-12-12. Tarikh ini dijangkakan berlaku kiamat. Ini diambil daripada kalendar kaum Mayan yang hanya menamatkan kalendar mereka pada tarikh tersebut.

Di tahun 2013, ada beberapa tarikh-tarikh yang senang untuk diingati. Ia menjadi nombor-nombor yang cantik apabila digabungkan.

Antara tarikh ataupun nombor-nombor cantik di tahun 2013 ialah 01-03-13 (1313), dan 11-12-12 (111213).

Dan bukan itu saja. Jika diambil 2 digit yang terakhir dari tahun kelahiran kita, kemudian ditambah dengan usia anda pada tahun ini (2013). Hasilnya pasti 113.

Contohnya:

  • Lahir tahun 1985,
  • usia tahun ini 28 tahun.
  • 85 + 28 = 113.

Errmmm.. agak menarikkan…?

Mesti ada yang reserve tarikh-tarikh tersebut untuk membuat event yang penting.

Jan 07

Ribut Tropika Sonamu Akan Melanda Kelantan Dan Terengganu

sonamu 1 Ribut Tropika Sonamu Akan Melanda Kelantan Dan Terengganu

Gambarajah Ribut Tropika Sonamu yang akan melanda Kelantan dan Terengganu

sonamu2 Ribut Tropika Sonamu Akan Melanda Kelantan Dan Terengganu

Lagi gambarajah Ribut Tropika Sonamu.

Semalam aku mendapat satu whatsapp dari kawan tentang Ribut Tropika Sonamu akan melanda Kelantan dan Terengganu. Berikut ialah whatsapp tersebut:

“Jangan panik pulak ye… Just forward dari kawan… Tolong jangan forward merata ye. Saya pun tak pasti betul atau tak. Please check berita ini…
 

Assalamualaikum YAS Dato’/Tuan,

 

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat MKN yang dipengerusikan oleh Setiausaha MKN pada 05 Januari 2013 jam 9.30 pagi telah memaklumkan bahawa kejadian hujan lebat dan angin kencang yang boleh mengakibatkan banjir besar dijangka akan melanda di kawasan Negeri Kelantan dan Terengganu. Dijangka Ribut Tropika SONAMU akan melanda  Kelantan dan Terengganu bermula pada 9 Januari 2013 jam 2.00 pagi (Dijangka berlaku lebih cepat iaitu 8 Januari 2013 jam 2.00 petang).  PPO telah mengambil tindakan awal untuk meminta pihak JBPM Negeri Kelantan dan Terengganu untuk membuat persediaan logistik operasi dengan serta-merta termasuklah membekukan cuti semua anggota dan pegawai mulai pada 8 Januari 2013 sehingga diberitahu kelak sebagai persediaan kerja-kerja penyelamatan ketika menghadapi bencana tersebut. JBPM Negeri yang lain seperti Perlis, Kedah dan Pulau Pinang juga telah diminta untuk membuat persediaan yang lengkap dari segi keanggotaan dan keperluan logistik bagi tujuan membantu kerja-kerja menyelamat di negeri-negeri yang terlibat.

 

Sekian dan terima kasih.

 

Ketua Cawangan Pengurusan Pusat Gerak Operasi
Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat
Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia”.

Aku kalau bab-bab terima whatsapp macam ni memang aku payah nak layan. Bukan apa, takut orang main-main.

Tetapi setelah diperiksa memang ternyata berita ini berita benar. Kawan-kawan aku yang kerja “gali minyak” kat offhore pun dah mula update status facebook mengatakan mereka terpaksa dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Malam tadi pun berita ni ada keluar dalam Buletin Utama TV3.

Ribut Tropika Sonamu akan melanda Kelantan dan Terengganu ini akan mengakibatkan angin kencang dan laut yang bergelora yang amat berbahaya kepada bot-bot nelayan dan mungkin akan merosakkan rumah-rumah disekitar pantai. Di samping itu ia menyebabkan paras air laut naik dan mungkin akan mengakibatkan banjir.

Jadi kepada penduduk di kawasan yang dijangka dilanda ribut tersebut, diharap supaya sentiasa berhati-hati dan sentiasa mendapatkan maklumat daripada pihak yang bertanggungjawab.

Apa-apa pun, banyakkan berdoa. Dekatkan diri dengan tuhan. Banyakkan berdoa. Klik SINI untuk doa yang boleh diamalkan semasa ribut kencang.

Nov 14

Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Di Astro Oasis Episod 1

kemah keming poster Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Di Astro Oasis Episod 1

Malam tadi 13/11/2012, pukul 7.30 malam telah berlangsung siaran Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus di Astro Oasis seperti yang di iklankan sebelum ini.

Alhamdulillah.  Sekurangnya Astro berani menerbitkan rancangan agama sebegini. Tambahan pula penceramahnya ialah Ustaz Azhar Idrus yang lantang berkata yang benar tanpa berselindung. Sifat Ustaz Azhar Idrus ini agak digeruni oleh pihak-pihak tertentu yang mungkin ada berbuat salah di sisi agama. Takut kena atas kepala mereka sendiri. Namun Astro adalah rancangan TV pertama yang berani menyiarkannya.

Sebelum ini orang awam yang ingin mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus yang tidak berkesempatan mengikuti kuliahnya secara langsung (live) terpaksa mendapatkan VCD beliau di pasaran. Ataupun mereka boleh melayari laman Youtube untuk mengikuti siri-siri kuliah Ustaz Azhar Idrus yang telah banyak dimuatnaik di situ.

Walaupun siaran Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Di Astro Oasis ini sebenarnya sudah ada dimuatnaik di Youtube sebelum ini, tapi usaha Astro ini amat dihargai. Sekurang-kurangnya mesej di dalam kuliah Ustaz Azhar Idrus dapat juga sampai kepada golongan-golongan yang tidak melayari Youtube.

Apa yang menariknya di kuliah Ustaz Azhar Idrus ini ialah di samping beliau membicarakan kitab “Anak Kunci Syurga”, beliau juga ada menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh hadirin. Dan yang amat saya kagumi, Ustaz Azhar Idrus dapat menjawab soalan-soalan ini secara spontan tanpa perlu merujuk kepada kitab-kitab sokongan.

Cuma rancangan yang disiarkan ini amat singkat masanya. Jika pihak Astro dapat memanjangkan siaran kuliah Ustaz Azhar Idrus ini selama satu jam misalnya (daripada setengah jam), saya rasa kesannya akan lebih mendalam. Pihak Astro sebenarnya tidak perlu risau untuk menyiarkan rancangan ini dengan lebih lama kerana insyaAllah penonton tidak akan jemu. Ini adalah kerana cara penyampaian Ustaz Azhar Idrus amat bersahaja dan diselang selikan dengan lawak spontan. Inilah yang akan membuatkan penonton tidak bosan.

Seperkara lagi, adalah amat baik jika siaran Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Di Astro Oasis ini dijadikan sebagai siaran tetap bukannya siaran khas selama 3 hari sempena Ma’al Hijrah sahaja. InsyaAllah akan ada penonton tetap yang akan mengikuti siaran ini.

Waktu siaran juga sebenarnya boleh diubah sedikit kepada waktu yang sesuai, Ini adalah kerana pukul 7.30 malam adalah waktu yang agak sibuk untuk penonton menunaikan solat Maghrib dan mungkin terus menunggu waktu Isyak denan aktiviti baca Qur’an, tazkirah dan sebagainya. Jika waktu siaran dibuat pada pukul 9.00 malam saya rasa lebih sesuai. Namun begitu, pihak Astro ada menyediakan rancangan ulangan iaitu pada pukul 10.00 malam.

Astro juga pada pandangan saya perlu bijak memotong (edit) kuliah Ustaz Azhar Idrus ini kerana dibimbangi akan terjejas isi mesej yang ingin disampaikan. Jika tiada potongan yang dibuat lagi bagus.

Akhirnya, terima kasih dan tahniah kepada pihak Astro amnya dan Astro Oasis khasnya kerana menyiarkan rancangan ini. Jika usaha sebegini diteruskan mungkin akan dapat menaikkan lagi imej Astro seterusnya meningkatkan lagi langganan siaran Astro.

Untuk yang tidak berkesempatan menonton siaran ini, ataupun yang tidak mempunyai langganan Astro, anda bolehlah menonton di saluran Youtube di link dibawah:

Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Di Astro Oasis Episod 1.

Moga mendapat pengajaran daripada Kuliah Ustaz Azhar Idrus tersebut.

Nov 07

Keluar Duit Di ATM Tapi Duit Tak Keluar

atm Keluar Duit Di ATM Tapi Duit Tak KeluarPernah tak anda alami kejadian keluar duit di ATM tapi duit tak keluar? Cemas tak? Saya baru sahaja alami kejadian ni pagi  tadi pada pukul 10.50 pagi (mengikut waktu yang tertera pada resit pengeluaran)

Agak leceh sebenarnya bila ini terjadi. Beberapa langkah harus dibuat. Dan yang paling tragis ia akan mengambil masa yang bukan sekejap. Kalau waktu memang nak guna duit untuk bayar hutang yang dah due, memang parah jugak la.

Macam saya tadi, lepas masukkan kad dan tekan amaun yang dikehendaki, mesin ATM macam terkedu seketika. Nak kata banyak sangat saya buat keluar tak lah banyak, rm1050 je. Selepas 2 minit saya menunggu barulah ada respons dari mesin ATM. Kad saya dikeluarkan semula seperti biasa. Cuma kalau keadaan biasa selepas kita ambil kad ATM kita semula, ia akan diikuti oleh keluarnya duit. Tapi dalam kes saya ini duit yang ditunggu tak kunjung tiba. Skrin paparan ATM telah kembali ke home screen di mana transaksi seterusnya sudah boleh dibuat. Saya masukkan semula kad ATM saya dan memeriksa bakinya. OMG, rm1050 sudah dipotong. Adessss!!! Bala! Hutang-hutang semua dah sampai masa untuk dibayar ni. Ish.. ish.. ish.. Takkan ATM nak mogok lagi sebab kalah Piala Malaysia tempohari kot. Lagipun saya sokong pasukan ATM pada malam tu. icon lol Keluar Duit Di ATM Tapi Duit Tak Keluar

Oh ya lupa nak cakap. Kad ATM saya ialah kad ATM Public Bank dan mesin ATM saya gunakan untuk pengeluaran duit di atm tapi duit tak keluar tersebut adalah ATM CIMB Bank.

Saya lantas dengan pantas mendail nombor telefon tol free yang tertera di belakang resit transaksi tersebut. Selepas bla bla bla mendengar dan mengikut arahan mesin suara, saya dapat bercakap dengan call center. Person inchargedtu cakap saya kena buat aduan dan laporan di Public Bank.

Di Public Bank Section 15, Shah Alam, saya adukan masalah ini. Bila selesai isi borang semua, saya tanya bila duit tu CIMB Bank akan masukkan balik ke dalam akaun saya. Staf customer servistu cakap paling cepat pun 2 minggu. Lagi satu saya buka buku bank dulu kat Kuantan. So, Public Bank Shah Alam (tempat saya buat aduan) akan hantarkan laporan ke Public Bank Kuantan (servicing branch saya). Kemudian Public Bank Kuantan akan menghantar laporan tersebut ke ibu pejabat CIMB Bank di KL. So prosesnya agak lama.

So, yang jadi mangsa adalah saya sebagai customer. Sepatutnya bank terutama CIMB Bank kena lah buat sesuatu untuk compensate klien nya, sebabnya ini bukan kesalahan klien. Tiada klien yang nak kejadian keluar duit di atm tapi duit tak keluar ni berlaku.

Cuba bayangkan, jika pada masa tu klien amat memerlukan duit itu untuk membiayai pembedahan anaknya yang sakit ke, ataupun ataupun klien seorang bisnesman memerlukan duit tu untuk membayar hutang perniagaan yang tertunggak dan sebagainya. Bukan ke ini klien yang menjadi mangsa..? Sekurang-kurangnya bank tadi berurusanlah dengan klien dan cuba menyelesaikan masalah klien yang terjadi bukan disebabkan kesalahannya itu. Antara cara-cara untuk compensate klien ialah menyediakan facility dengan memberi pendahuluan sebanyak duit yang “hilang” tadi. Betul tak?

Inilah cerita saya pagi tadi yang membuatkan saya pening dan terpaksa membatalkan satu appointment saya di KL.

Moga anda tidak menjadi mangsa kejadian keluar duit di atm tapi duit tak keluar seperti saya ini.

Wallahua’lam.

Oct 29

Perancangan Kewangan – Kerja Cuma Despatch Tapi Ada Simpanan

takaful consultant 1 Perancangan Kewangan   Kerja Cuma Despatch Tapi Ada Simpanan

Perancang Kewangan Islam

Minggu lepas adalah minggu yang agak sibuk untuk saya. Banyak appointment untuk unit trust dan takaful. Hinggakan masa untuk update blog agak terhad. Tambahan pula minggu lepas adalah minggu terakhir sebelum menyambut hari raya Eidul Adha.

Antara appointment menarik yang boleh saya kongsikan di sini ialah appointment saya dengan seorang Despatch. Umurnya agak muda tetapi mempunyai lebihan wang untuk simpanan.

Saya berjumpa beliau kerana dicadangkan (refferal) oleh kawan saya, seorang peguam. Pemuda ini selalu berurusan di pejabat kawan saya tadi. Kawan saya mencadangkan saya berjumpa dengannya kerana beliau telah teraniaya dengan seorang ejen insurans (conventional).

Setelah berjumpa dengannya di restoren mamak di KL, saya mula mencari fakta-fakta tentang diri dan simpanan serta pelaburan beliau. Setelah agak lama berbual-bual, 2 benda yang bermain di fikiran saya:

  1. Kagum
    Kagum kerana dengan gaji yang tidak setinggi mana beliau dapat mengenepkan sebanyak RM530 sebulan untuk perancangan kewangannya, walaupun dia sendiri saya rasa (berdasarkan perbualan saya dengannya) tidak faham akan konsep perancangan kewangan (financial planning). Beliau ada membuat pinjaman ASB (Amanah Saham Bumiputera) dengan sebuah bank tempatan dengan pembayaran bulanan semula sebanyak RM280.00 sebulan. Beliau ada membayar premium insurans (conventional) sebanyak RM150.00 sebulan beserta dengan Medical Card. Manakala RM100.00 lagi beliau simpan dalam insurans pendidikan anak beliau yang berumur 2 tahun juga dengan syarikat insurans conventional.Beliau ada satu lagi Kad Perubatan (Medical Card) yang dibayar sebanyak RM150.00 sebulan oleh syarikat tempat beliau berkerja. Juga pelan insurans conventional.Saya tabik dengan keupayaannya ini kerana beliau telah mula menyimpan dengan usia yang masih muda. Saya biasaberjumpa dengan orang yang berjawatan eksekutif tetapi tidak mempunyai pelan simpanan langsung. Apabila ditanya mereka ini menjawab:
    “Macamana la saya nak menyimpan, hutang saya dan perbelanjaan bulanan saya pun cukup-cukup makan je”.
  2. Simpati
    Beliau menceritakan tentang ejen insurans yang dibayar oleh syarikat beliau berkerja yang mengambil duit cash secara bulanan darinya. Suatu hari beliau terkejut apabila mendapati surat dari syarikat inusrans terbabit sampai ke rumahnya dan meminta beliau menambah premium dengan segera kerana sudah 4 bulan beliau tidak membayar.Nasib baik polisi tersebut sudah melebihi satu tahun di mana nilai tunai (cash value) telah terkumpul dan mampu menanggung bulan-bulan yang tidak terbayar itu. Jadi apabila saya memeriksa dengan syarikat insurans tersebut didapati polisi masih lagi berkutkuasa. Syarikat insurans telah menggunakan cash value untuk membayar premium tertunggak. Tetapi cash value ini tidak akan dapat bertahan lama sebelum ianya habis digunakan untuk membayar premium bulanan yang tertunggak.

Setelah mendengar fakta-fakta yang diceritakan dapatlah saya buat rumusan dan mencadangkan jalan penyelesaian.

Pengajaran kepada kita semua;

  • Walaupun bergaji kecil tetapi sebenarnya kita boleh membuat simpanan tetap secara bulanan. Hasilnya kita akan nampak setelah lama kita menyimpan.
  • Jika kita membeli polisi insurans ataupun menyertai mana-mana pelan takaful, TOLONG jangan bagi CASH/TUNAI kepada ejen. Sebaliknya buatlah potongan autodebit terus dari akaun bank kita. Itu adalah lebih baik kerana sekaligus kita boleh melihat samada premium/sumbangan bulan tertsebut sudah dibuat atau belum dengan cara kita update statement akaun bank kita.
  • Dalam sebarang perancangan kewangan untuk masa depan, seelok-eloknya berbincanglah dengan orang yang pakar tentang itu jika kita kurang pengetahuan dalam bidang perancangan kewangan. Jangan takut untuk berjumpa dengan unit trust consultant ataupun takaful consultant untuk bertanyakan tentang ini. Ramai consultant di luar yang ikhlas mau menolong anda.
  • Dalam apa-apa pun keadaan, gunakan pelan perancangan kewangan Islam seperti Takaful, Islamic Unit Trust dan sebagainya.