May 20

Petua Kalau Telefon Bimbit Jatuh Dalam Air

“Bang.. Telefon Sayang jatuh dalam air la…!!! Macamana nak buat ni?” Ucapan pertama isteriku bila pintu kereta dibuka masa balik dari kerja hari Jumaat itu hari.

 Petua Kalau Telefon Bimbit Jatuh Dalam Air

Gambar hiasan: Petua kalau telefon bimbit jatuh dalam air

Antara ceritanya selepas aku tanya sebab dan punca adalah ianya berlaku akibat isteriku tergopoh gapah ke bilik air. Dan yang bestnya telelefon bimbit itu terjatuh dalam mangkuk tandas.. hahaha. Cool!! Tapi beliau dah basuh la lepas diambil dari mangkuk tandas tu… Hehehe.

Sepanjang jalan daripada Jalan Yap Kwan Seng ke Shah Alam tu aku lihat isteriku asyik dengan HP nya sahaja. Tiup situ, lap sini, gosok lagi. On dan off berulangkali. Agak resah beliau dengan HP nya itu. Maklum la, bukan murah nak beli HP baru sekarang ni. Dan aku memang tak ada bajet lagi untuk belikan beliau HP yang baru. Walaupun memang ada dalam perancangan aku.

Jadi kalau kejadian sebegini terjadi kepada anda, apakah yang anda akan buat?

Aku ada satu petua kalau telefon bimbit jatuh dalam air. Entah daripada mana aku dapat petua aku pun tak ingat dah. Tapi aku dah buat beberapa kali, dan kesannya amat memuaskan.

Sebelum ni aku buat pada walkman aku masa zaman belajar kat University dulu. Masa tu walkman aku terkena air hujan. Kali kedua aku buat pada mp3 player anak aku si Iqbal. MP3 player dia letak dalam poket seluar dan aku dengan selambanya masukkan seluar itu ke dalam mesin basuh.

Ok. Petua kalau telefon bimbit jatuh dalam air ialah anda letakkan telefon bimbit atau alatan eletrik yang terjatuh ke dalam air itu ke dalam kepuk beras. Pastikan ia terkambus di dalam beras. Biarkan di situ selama 1 hari satu malam.

Keesokan harinya ambil semula dan caj. InsyaAllah HP tersebut masih boleh digunakan.

Tapi ini hanya boleh dibuat pada HP yang terendam hanya seketika di dalam air sahaja ya. Jika dah terendam di dalam air selama satu hari satu malam misalnya, tak dapek la den nak nolong.. hahahaha.

Ok, moga petua ini berguna untuk anda. Selamat mencuba.

Tapi petua yang paling best ialah beli je HP yang kalis air seperti HP ini.

Apr 18

Nursery Ditutup Disebabkan Demam Campak (Measles)

Hari ni aku cuti. Rehat di rumah menjaga Ifza. Ifza kena duduk rumah selama 21 hari atas nasihat pakar perubatan untuk mencegah demam campak (measles) yang menjangkitinya merebak kepada kanak-kanak lain di nursery tersebut.

Dalam pada itu, dalam waktu yang sama rupa-rupanya minggu lepas ada lagi 3 bayi di nursery tersebut yang dijangkiti demam campak. Dua daripadanya diberitakan telah dimasukkan ke wad ICU.

Pagi semalam aku telah dihubungi oleh pegawai kesihatan daripada Pusat Kesihatan Daerah Petaling membuat kaji selidik berkenaan Ifza yang telah dijangkiti. Pegawai tersebut seterusnya pergi ke nursery dan membuat pemeriksaan di sana. Rentetan daripada itu nursery tersebut digesa supaya ditutup selama 21 hari untuk membendung gejala demam campak ini.

Bahaya juga demam campak ni ya.. aku ingat biasa-biasa saja. Sebab dulu-dulu kat kampung ada je orang demam campak tapi tak ada lah sampai kena tutup nursery macam ni.

Jadi hari ni sambil jaga Ifza aku cubalah cari maklumat tentang demam campak (measles) ni. Ini hasilnya:

Demam Campak (Measles)

measles 290x290 Nursery Ditutup Disebabkan Demam Campak (Measles)Penyakit ini amat mudah berjangkit. Apabila ia menjangkiti mangsanya, tanda-berikut akan kelihatan:

  • Demam panas (suhu tinggi)
  • Ruam merah kecil
  • Selesema dan hidung berair
  • Batuk
  • Mata merah berair/konjuktivitis

Antara komplikasi yang disebabkan oleh demam campak ini ialah:

  • Radang paru-paru (Pneumonia)
  • Jangkitan pada telinga yang boleh menyebabkan pekak
  • Mata merah, bengkak dengan lelehan berair atau nanah yang boleh menyebabkan buta
  • Radang otak (encephalitis)
  • Kematian

Demam Campak (measles) ini disebabkan oleh virus campak. Ia disebarkan melalui titisan kecil air liur dan titisan hidung yang terpercik semasa batuk, bersin atau bercakap.

Virus campak juga boleh tersebar apabila menyentuh permukaan yang tercemar. Virus campak mampu bertahan selama 2 jam di permukaan yang terkontaminasi.

Bayi yang berumur kurang setahun, kanak-kanak yang tidak mendapatkan imunisasi, dan sesiapa sahaja yang belum pernah mendapat demam campak atau tidak pernah mendapat pelalian demam campak adalah golongan yang berisiko untuk mendapat demam campak.

Tiada rawatan khas untuk demam campak. Cuma komplikasi tadi boleh dielakkan jika demam campak dapat dikenalpasti dengan segera. Jadi ibubapa dan penjaga hendaklah peka dengan sindrom yang ditunjukkan dan bertindak segera jika mengesaki anak-anak terkena penyakit tersebut.

imunisasi demam campak 300x168 Nursery Ditutup Disebabkan Demam Campak (Measles)

Bawalah anak anda mendapatkan suntikan imunisasi demam campak dengan segera

Jadi langkah awal dan pencegahan ibubapa sebelum demam campak menjangkiti anak anda ialah, bawalah anak ke klinik berdekatan untuk diberikan suntikan pelalian. Sekurang-kurangnya kita telah mengambil langkah inisiatif untuk mencegah.

Mar 29

Susah Betul Kalau Blog Kena Serangan Malware

 Susah Betul Kalau Blog Kena Serangan Malware

Ini kali pertama blog aku kena serangan malware sejak aku berblogging lebih kurang setahun yang lalu. Sebelum ni aku melihat sendiri bagaimana tidak keruannya sahabat aku MrJocko apabila blognya terkena serangan malware.

Memang susah la. Terutama apabila kita nak publishkan entri baru dan nak buat blogwalking. Google dah memang blok blog kita dan beri amaran kepada pembaca supaya tidak membuka blog kita. Nak buat blogwalking bimbang kita menyebarkan virus kepada orang lain pula.

Yang mula-mula sekali bagi aku notification akan adanya serangan malware ini ialah plugin Wordfence Security aku. Bagus plugin ni.

 Susah Betul Kalau Blog Kena Serangan Malware

Plugin WordPress Security akan memberi amaran jika ada serangan malware ke blog kita.

Mengikut webmaster kata, ada strange injection code yang ditambah ke dalam blog aku. Sama juga bila sahabat bogger ini tolong pantau. DataKL, provider hosting aku pun cakap ada orang hacked dan masukkan code injection tu.

Yang aku pelik, kenapa la hacker tu kacau blogger picisan macam aku ni. Kalau terer cuba kacau blogger ini, atau ini. Hahaha.

Mungkin juga sebab banyak plugin aku yang tidak dapat aku updates. Ini adalah kerana disk space aku yang sudah nyawa-nyawa ikan.

Kesannya, banyak traffic aku hilang 2 hari ni. Hahahah.. macam la banyak sangat traffik yang singgah di blog aku. Ya betul tak banyak, tapi cecah 500 UV jugak la hilang daripada average UV kebiasaan yang aku dapat. UV tadi pun dalam 200 UV je.

Apa-apa pun, kredit harus diberikan kepada Tuan Abdur Rozak kerana sudi membantu aku mengesan virus dan memantau blog aku dari serangan malware.

Cara paling senang jika anda terkena serangan malware atau virus macam aku ialah hubungi hosting provider anda. Sekejap saja mereka selesaikan masalah ini seperti yang DataKL buat pada blog aku tadi. Syabas DataKL! Saya puashati dengan perkhidmatan anda!

Mar 20

Cerita Tentang Kata Kunci Yang Sedang Hangat Lagi

Ermmm.. Aku baru jer sampai di bandar Kuantan. Lama jugak drive tadi. Walaupun jarak KL – Kuantan bukanlah jauh sangat tapi dek kerana masalah ini, lama juga aku ambil masa untuk sampai sini.

Bateri Samsung Galaxy Tab 7 aku pulak habis langsung. Terpaksa la cari kopitiam yang banyak terdapat kat bandar kuantan ni untuk caj dulu. Batery bank aku ada tapi lupa juga nak caj. Macamana dia nak caj device lain kalau dia sendiri tak tercas. icon biggrin Cerita Tentang Kata Kunci Yang Sedang Hangat Lagi . Kopitiam yang selalu menjadi pilihan aku jika bertandang ke Kuantan adalah Coffee Street.

Sambil caj handphone, terus la buka laptop untuk menatap blog kesayangan. Terus ke analytics untuk tengok kata kunci yang sedang hangat (keyword). Ini hasilnya:

 Cerita Tentang Kata Kunci Yang Sedang Hangat Lagi

Kata kunci “semak tempat mengundi” jadi kata kunci yang sedang hangat menjelang PRU 13

Ini adalah paparan keyword yang singgah di blog sohoque.com sehingga pukul 3 petang ini. Semuanya adalah “semak tempat mengundi”.

Di carian google pula entri aku yang ini berkenaan kata kunci yang sedang hangat menduduki page yang pertama di nombor 4 (setakat pukul 3 hari ini la).

 Cerita Tentang Kata Kunci Yang Sedang Hangat Lagi

Keputusan carian google dengan kata kunci semak tempat mengundi. Entri aku di tempat ke 4

Memang ternyata demam PRU 13 sudah melanda. Untung la siapa yang pernah buat entri tentang PRU 13 ataupun entri yang gunakan keyword yang berkaitan dengan PRU 13.

Benarlah kata-kata nasihat tuan sifoo, kita kena pandai bermain keyword. Kalau tidak jadi keyword hangat pun, jadi keyword organik pun dah ok.

Terima kasih Tuan Sifoo!

 

Feb 22

Doa Untuk Keluarga Bahagia

Saya baru terbaca kisah pergolakan keluarga ini dari blog SweetKurma. Sedih la kalau berlaku macam tu pada family kita. Na’udzubillah.. Moga kita dan keluarga kita dihindarkan oleh Allah daripada kebejatan masalah sebegitu.

Lalu saya terpanggil untuk berkongsi satu doa yang selalu kita dengar, tapi saya tak pasti selalu ke tidak kita amalkan. Doa ini ialah doa untuk keluarga bahagia.

Berikut adalah doanya:

 Doa Untuk Keluarga Bahagia

Ayat 74 daripada surah Al-Furqan dipetik daripada www.tanzil.net

Untuk mendapatkan bacaan Al-Quran secara online, sila ke sini.

Doa untuk keluarga bahagia ini adalah juga ayat Al-Quran iaitu daripada Surah Al-Furqan ayat 74. Kelebihan membaca dan mengamalkan doa daripada ayat Al-Quran adalah kita akan mendapat pahala tambahan kerana yang kita baca itu adalah ayat Al-Quran yang pada setiap hurufnya akan diganjari dengan pahala.

Tambahan pula doa untuk keluarga bahagia ini disaran untuk kita membaca dan mengamalkannya. Berdasarkan awal ayat tersebut menyatakan Allah meredhai orang-orang yang berdoa dengan doa di atas.

Selain diamalkan untuk dikurniakan keluarga bahagia, doa ini juga diamalkan untuk meminta pertolongan daripada Allah supaya menjadikan kita ketua bagi orang-orang yang bertaqwa.

Kita meminta supaya kita dikelilingi (menjadi ketua) oleh orang-orang yang baik-baik ataupun bertaqwa. Supaya kita dipertemukan dengan kawan-kawan yang baik-baik, supaya kita dipertemukan dengan pelanggan perniagaan kita yang baik-baik dan tidak menyusahkan kita.

Jom jadikan doa ini sebagai amalan! Bacalah ia di mana-mana sahaja (kecuali di tempat-tempat yang tidak dibenarkan membacanya). Jangan nanti lepas solat sahaja. Di dalam kereta di dalam kesesakan lalulintas pun boleh baca dan hayati.

Moga kita dikurniakan keluarga yang mendamaikan jiwa dan kawan-kawan yang baik-baik. Ameen…

 

 

Jan 18

Tips Murah Rezeki: Amalkan Solat Sunat Dhuha

Tips Murah Rezeki Solat Sunat Dhuha Tips Murah Rezeki: Amalkan Solat Sunat Dhuha

Tips Murah Rezeki – Solat Sunat Dhuha

Antara amalan-amalan sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasululah SAW ialah Solat Sunat Dhuha. Ia adalah antara solat sunat tinggi rankingnya di dalam amalan-amalan sunat selain daripada Solat Witir dan sebagainya.

Solat Sunat Dhuha termasuk dalam amalan murah rezeki. Ini berdasarkan hadith nabi SAW:

Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman dengan maksud:

Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang.

– Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

Di dalam Hadith Qudsi ini Allah telah berjanji akan mencukupkan segala keperluan pengamalnya di sepanjang hari.

Seperti yang telah dijelaskan di dalam artikel ini, sedeqah adalah suatu amalan yang dapat mengundang rahmat Allah kepada hambaNya dan ia adalah amalan yang mendorong Allah memurahkan rezeki kita. Sayugia, kita harus bersedeqah bagi setiap ruas anggota tubuh badan kita sebagai tanda ketaatan kita kepada Allah SWT.

Ada hadith berkenaan hal ini:

Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda yang bermaksud:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha.

- Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720

Jadi kepada yang inginkan perhatian Allah kepadanya, yang inginkan rahmat Allah kepadanya, boleh lah amalkan Solat Sunat Dhuha ini. Ini adalah tips murah rezeki.

Orang yang mengamalkan Solat Sunat Dhuha ini secara istiqamah, inshaa Allah akan mendapati rezeki nya senang diperolehi. Rezekinya didapati akan datang dari punca dan ketika yang tidak disangka-sangka.

Jom kita amalkan amalan dan tips murah rezeki ini. Moga kita dapat ikhlaskan diri demi mencari keredhaan Allah.

Jan 07

Doa Ketika Angin Kencang Atau Ribut

Seperti semua sedia maklum negeri Kelantan dan Terengganu mungkin akan dilanda Ribut Tropika Sonamu bermula 8 atau 9 Januari 2013.

Ada doa yang dikhususkan untuk diamalkan sewaktu kejadian angin kencang. Sila amal dan baca doa ketika angin kencang atau ribut ini:

doa ketika angin ribut1 Doa Ketika Angin Kencang Atau Ribut

Diharap penduduk-penduduk di kawasan terbabit lebih berhati-hati dan sentiasa mengikut nasihat daripada pihak berwajib.

Moga mereka sentiasa di dalam peliharaan Allah SWT jua hendaknya. Moga tiada kerosakan yang teruk akan dialami oleh penduduk terbabit.

Ameen.

Jan 04

Tips Murah Rezeki: Selalu Bersedeqah

sedeqah Tips Murah Rezeki: Selalu Bersedeqah

Tangan di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah

Hari ini adalah hari Jumaat, penghulu segala hari. Hari yang saya gunakan untuk membuat entri berkenaan agama dan Islam.

Hari ini kita sambung lagi berkenaan dengan Tips Murah Rezeki. Tips murah rezeki kali ini ialah selalu bersedeqah.

Sedeqah ini mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”
(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

Harta yang dikurniakan dan dipinjamkan kepada kita ini sebenarnya bukan semuanya untuk kita. Sebahagiannya adalah hak orang lain yang memerlukannya.

Lalu Allah mewajibkan zakat untuk menunaikan hak orang lain ke atas harta yang dipertanggungjawabkan kepada kita.

Namun di antara zakat itu ada medium lain yang boleh juga kita salurkan kepada orang-orag yang memerlukan. Caranya ialah melalui bersedeqah. Amalan bersedeqah ini amat digalakkan di dalam Islam.

Lihat sahaja contoh sahabat-sahabat yang hidup sezaman dengan Rasulullah SAW seperti Usman Bin Affan, Umar Alkhattab, Aisyah dan lain-lain lagi.

Saidina Usman Bin Affan contohnya pernah meninfaqkan sebahagian besar hartanya untuk membiayai kos peperangan yang akan dihadapi oleh ummat Islam.

Saidatina Aisyah RA pula pernah dihadiahkan oleh khalifah di zaman pemerintahan khalifah selepas khulafa’ Al-Rasyidiin. Saya sudah lupa akan nama khalifah tersebut.

Aisyah ini apabila mendapat hadiah berupa wang yang banyak daripada khalifah sibuk membahagikan wang tersebut kepada orang ramai. Masanya seharian dihabiskan dengan membahagikan wang tersebut.

Hari itu beliau sedang berpuasa. Setibanya waktu berbuka puasa orang suruhannya menyediakan makanan untuk berbuka yang merupakan sebuku roti.

Lalu orang suruhannya bertanyakan kenapa tidak dibelinya daging untuk tujuan berbuka puasa.

Lalu Aisyah menjawab: “Kenapa engkau tidak mengingatkan aku semasa aku sedang membahagikan duit kepada orang ramai tadi. Sekarang duit itu sudah aku bahagikan semuanya tanpa aku tinggalkan kepada diriku sendiri. Jika engkau ingatkan aku tadi nescaya aku ambil sedikit untuk membeli daging”

Lihatlah para sahabat. Hartanya yang ada sibuk dibahagikan sehinggakan terlupa akan keperluan diri sendiri. Mereka ini telah dididik oleh Rasulullah secara langsung. Dan mereka menyedari besarnya pahala bersedeqah itu.

Berbalik kepada hadith diatas, Allah telah meletakkan janjiNya bahawa Dia akan melebihkan rezeki kepada sesiapa yang suka bersedaqah. Dan Dia juga akan menyempitkan rezeki kepada yang bakhil.

Jadi, untuk membuatkan Allah murahkan rezeki kita, jadikanlah amalan sedeqah ini sebagai amalan kita yang istiqamah. Lakukanlah dengan ikhlas sebagai menyatakan rasa kesyukuran atas rezeki yang Allah berikan kepada kita.

Untuk orang lelaki mulakanlah hari anda dengan bersedeqah. Selepas solat Subuh berjemaah, masukkanlah duit sekadar mampu ke dalam tabung masjid tempat kita solat. InsyaAllah jika kita istiqamah, kita akan nampak terus balasan rezeki yang Allah akan berikan kepada kita.

Saya banyak mendengar cerita daripada orang yang suka bersedeqah tentang rezeki balasan yang Allah kurniakan terus kepada mereka sejurus sahaja bersedeqah. Ini adalah janji Allah. Dan Allah tidak akan memungkiri janjiNya.

Sedeqah juga mempunyai kelebihan kelebihan yang lain selain daripada memurahkan rezeki. Semuanya dinyatakan secara jelas di dalam hadith. Di antara hadith-hadith yang membicarakan tentang kelebihan sedeqah ialah:

1. Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Pada setiap waktu pagi dan petang, dua malaikat akan turun kepada seorang hamba lalu salah satu daripada malaikat itu berkata:

‘Ya Allah! Berikanlah orang yang mengeluarkan nafkah (sedekah) suatu gantian. ‘Kemudian berkata malaikat yang lain: ‘Ya Allah! Berilah kepada orang yang menahan diri daripada mengeluarkan nafkah (sedekah) akan kebinasaan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Daripada Muaz Bin Jabal r.a, Nabi S.A.W bersabda:

“Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu pintu kebaikan: Puasa adalah pelindung,sedekah memadam kesilapan seperti air memadam api, dan seorang insan solat pada penghujung malam.”
(Hadis riwayat Al-Tirmizi dan Ahmad)

3. Daripada Uqbah bin Amir al-Juhani r.a, Nabi S.A.W bersabda:

“Setiap orang berada di bawah naungan sedekahnya sehinggalah diadili di antara manusia (pada hari kiamat).”(Hadis riwayat Ahmad)

4. Daripada Hakim bin Nizam r.a, Nabi S.A.W bersabda:

“Sedekah yang afdal adalah daripada lebihan keperluan.Tangan yang di atas (adalah yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (tangan yang menerima).”
(Hadis riwayat Muslim)

5. Daripada Ummu Bujaid r.ha, beliau berkata:

“Wahai Rasullullah! Sesungguhnya orang yang miskin sering datang ke rumahku, tetapi aku tidak mempunyai sesuatu yang boleh diberikan kepadanya”. Maka rasulullah S.A.W bersabda: “Sekiranya engkau tidak mempunyai sesuatu untuk diberikan kepadanya melainkan kuku kuda yang telah terbakar maka hulurkanlah ke tangannya.”(Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Tirmizi)

Bersedeqah mengundang rahmat Allah untuk memurahkan rezeki kita disamping kelebihan-kelebihan yang lain.

Jom jadikan amalan sedeqah amalan kita bersama.

Wallahua’lam.

Dec 14

Tips Murah Rezeki: Sentiasa Kekal Berwudhuk

gambar orang ambil wudhuk Tips Murah Rezeki: Sentiasa Kekal BerwudhukTips murah rezeki saya kongsikan lagi. Kali ini dengan amalan melazimi diri kekal berwudhuk ataupun sentiasa berada di dalam keadaan berwudhuk.

Ada sebuah hadith yang membicarakan tentang wudhuk dan murah rezeki ini:

Pada suatu hari, Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.”
(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

Diantara tips dan amalan murah rezeki, saya rasa tips ataupun amalan inilah yang paling senang untuk dilakukan. Terutama untuk orang lelaki. Selepas solat subuh mula pastikan diri kekal berwudhuk. Bila tiba masa nak ke tempat kerja mesti nak kena salam dengan isteri kan? Wudhuk mungkin terbatal sebab mungkin ada adegan cium pipi dan peluk pulak. Kena pulak orang yang baru kahwin macam blogger INI. Lepas tu ambillah wudhuk semula. Kemudian bolehlah berterusan kekal berwudhuk. Jika berlaku perkara yang membatalkan wudhuk bersegeralah memperbaharuinya semula.

Untuk perempuan pula, ia kelihatan sedikit sukar, tetapi ianya bukan alasan untuk tidak kekal berwudhuk. Kesukaran berlaku kepada perempuan yang suka bersolek tebal sahaja. Ini adalah kerana setiap kali hendak memperbaharui wudhuk mekap terpaksa ditanggalkan. Dan untuk memakai mekap semula akan mengambil masa yang bukan sekejap. Sebab itulah sebaik-baiknya, pakailah mekap yang nipis sekadarnya sahaja. Bersolek tebal-tebal pun tidak digalakkan dalam Islam sebab ia seolah-olah berhias untuk orang lain (jika perempuan berkerjaya). Kecuali dia memang duduk di rumah sahaja dan bersolek itu khas untuk suaminya.

Bila kita di dalam keadaan kekal berwudhuk, syaitan sukar untuk mendekati kita. Jadi kuranglah sedikit keinginan kita untuk berbuat maksiat. Ini adalah kerana syaitan amat benci kepada orang yang sentiasa berada dalam keadaan kekal berwudhuk.

Apabila kita dijauhi syaitan, Malaikat pula yang akan mendampingi kita. Apabila kita didampingi Malaikat, insha Allah akhlak yang lahir dari kita akan menjurus kepada akhlak yang baik. Keinginan untuk berbuat baik akan bertambah.

Antara akhlak baik yang akan timbul ialah kita akan senang berlapang dada dan memaafkan orang serta mendoakan kebaikan kepada orang lain. Perbuatan INI akan diaminkan oleh para malaikat dan akan membantu memudahkan doa kita diperkenakan oleh Allah.

Apabila akhlak menjadi baik kita akan lebih bertaqwa dan akan disayangi Allah. Rezeki pun akan mudah mendekati kita kerana kita telah dipilih oleh Allah. Kadang-kadang ia akan datang dari sumber yang tidak terfikir oleh kita.

Wallahua’lam. Jom amalkan amalan murah rezeki ini.

Dec 10

Rahsia Sunnah Nabi Menyimpan Janggut Terbongkar

gambar hiasan dr yusuf alqardhawi Rahsia Sunnah Nabi Menyimpan Janggut Terbongkar

Gambar Hiasan (Dr Yusof AlQardhawi)

Dulu saya ada menerbitkan satu entri tentang galakan Rasulullah kepada ummatnya supaya menyimpan janggut. Entri INI mendapat sambutan menggalakkan daripada pembaca dan menjadi salah satu entri yang direkomen.

Seperti yang kita ketahui setiap yang dilarang dan disuruh di dalam Islam itu ada hikmah dan rahsia disebaliknya. Kerana larangan dan suruhan yang terdapat di dalam Al-Quran dan hadith adalah daripada Allah belaka. Allahlah yang maha mengetahui akan sesuatu. Kita sebagai manusia biasa terhad aqal fikiran kita. Kadang-kadang kita tidak terfikir akan hikmah di sebalik itu. Jadi sebab itu kita tidak boleh sesekali melanggar arahan dan larangan dari Allah walaupun hikmahnya tidak tercapai dek aqal fikiran kita.

Rahsia sunnah nabi menyimpan janggut terbongkar kini. Galakan menyimpan janggut telah diketahui rahsia dan hikmahnya. Dan ia telah dibuktikan dengan bukti penemuan sains.

Menurut kajian saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul “The Amazing Fact of Human body”, janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang boleh membantu kesuburan wanita. Ia boleh menstabilkan kitaran haid dan menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.

Bagaimana hal ini boleh terjadi? Ianya boleh berlaku hanya melalui sentuhan. Isteri yang banyak menyentuh janggut suaminya ada peluang untuk meningkatkan lagi kesuburannya. Dan ini sekaligus akan dapat membantu pasangan untuk mendapatkan anak.

Rencana ini menurut Dr Jamnul Azhar telah diulang tayang oleh rancangan National Geographic. Inilah bukti ataupun rahsia sunnah nabi menyimpan janggut dan mengapa ia digalakkan kepada kita untuk mengikutinya.

Subhanallah!. Jadi kepada pasangan yang belum dikurniakan zuriat boleh mencuba cara ini. Ini adalah salah satu cara dan usaha untuk dapatkan zuriat juga.

Sarankan kepada suami untuk menyimpan janggut. Isteri bolehlah selalu membelai janggut suaminya. Disamping ianya adalah usaha untuk membantu kesuburan isteri dengan tujuan mendapatkan zuriat, ia juga akan menambahkan lagi kemesraan suami isteri. Dan yang paling penting si suami akan mendapat pahala kerana mengikut sunnah nabi kita Muhammad S.A.W. Dan rahsia sunnah nabi menyimpan janggut ini telah pun dibuktikan oleh sains akan hikmahnya. Wallahua’lam.

Jom berjanggut wahai lelaki.

Dec 07

Tips Murah Rezeki: Tunaikan Hajat Orang Lain

tolong menolong Tips Murah Rezeki: Tunaikan Hajat Orang Lain

Tunaikan hajat orang lain, inshaAllah Allah akan tunaikan hajat kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Episod tips murah rezeki saya teruskan lagi.

Untuk kita dikurniakan rezeki yang murah oleh Allah S.W.T dari punca yang tidak disangka-sangka, salah satu caranya ialah kita selalu menunaikan hajat orang lain. Di dalam hidup ini ramai orang yang berhajat tetapi tidak mampu memperolehi hajat mereka kerana kekangan kewangan, masa dan sebagainya. Di sinilah adanya kita sebagai insan yang membantu mereka mencapai hajat mereka.

Tunaikan hajat orang lain ini amat digalakkan di dalam Islam sehinggakan nabi S.A.W bersabda di dalam hadithnya yang bermaksud:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”
(Riwayat Muslim)

Demikian Islam mengajar penganutnya supaya tunaikan hajat orang lain untuk memudahkan kehidupan sesama insan. Mereka yang memerlukan berdoa supaya hajat mereka ditunaikan. Dan allah mengabulkan doa mereka dengan menggerakkan hati kita untuk menghulurkan bantuan.

Sebagai ganjaran dengan sebab kita tunaikan hajat orang lain tadi, Allah menunaikan juga hajat kita. Ini akan disokong pula dengan kekuatan doa orang yang ditolong tadi kepada kita kerana membantunya.

Pertolongan dari Allah akan datang dari pelbagai punca. Mungkin ada orang lain pula yang akan menolong kita, ataupun daripada perkara yang tidak terfikir oleh kita.

Ayuh saudaraku. Kita amalkan sikap menolong saudara kita dengan tunaikan hajat mereka. Moga hajat kita tertunai sama.

Nov 29

Tips Murah Rezeki: Berbuat Baik Dan Mendoakan Kepada Ibubapa

doa untuk ibubapa Tips Murah Rezeki: Berbuat Baik Dan Mendoakan Kepada Ibubapa

Antara amalan yang boleh membuatkan Allah membuka pintu rezeki kita seluas-luasnya ialah berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa. Suruhan berbakti serta berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa ini dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran:

17:23: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya ataupun kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka  (sebarang perkataan yang kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)

17:24: Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil

Allah dengan jelas menyuruh kita berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa. Apabila sesuatu suruhan itu ditaati maka pahala adalah imbuhannya. Jika ianya dibelakangi dosa pasti akan ditulis.

Malah bukan sahaja pahala yang merupakan bekal kita ke akhirat akan dicatit jika berbuat baik kepada ibubapa ini. Imbuhan dunia juga akan diberi.

Ini telah disebut di dalam beberapa buah hadith Rasulullah S.A.W:

  1. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
  2. “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.”
    (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
  3. “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.”
    (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

Memang benar! Saya telah melihat beberapa contoh kawan-kawan sekerja saya yang dikurniakan rezeki yang berlipat kali ganda. Mereka memperolehi pendapatan melebihi RM40K setiap bulan sebagai Unit Trust Consultant. Di samping usaha keras mereka dan sistem agensi mereka yang mantap, ada satu lagi faktor yang saya perhatikan. Kebanyakan mereka ini menjaga ibubapa mereka di rumah mereka. Ibubapa mereka yang telah berusia mereka jemput dan tinggal bersama mereka. Dan mereka memberikan sebahagian daripada pendapatan mereka kepada ibubapa mereka. Ini diceritakan sendiri kepada saya. Subhanallah! Allah tidak akan sesekali memungkiri janjiNya yang telah dinyatakan melalui Al-Quran dan Hadith nabiNya.

Memang betul. Faktor ini amat jelas sekali. Kerana jika dilihatkan kepada beberapa kekurangan (dari segi pemahaman agama) ada diantara mereka kurang kemas pegangannya terutama tentang menutup aurat. Namun disebabkan keikhlasan mereka berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa, rezeki mereka berlipat kali ganda.

Maka beruntunglah kepada sesiapa yang masih lagi ada ibubapa. Sentiasalah memohon maaf kepada mereka walaupun sekecil-kecil kesalahan yang kita buat. Peluklah dan ciumlah tangan mereka. Selalulah minta restu mereka. Selalulah bergurau senda untuk mengembirakan mereka. Sentiasalah berdoa untuk mereka. Mintalah mereka mendoakan supaya cita-cita dimaqbulkan. Beritahu mereka apa yang kita mahukan dalam hidup yang selalu kita doakan. Minta ibubapa kita mendoakan perkara yang sama untuk kita. In syaa Allah… Doa ibubapa yang redha akan anaknya akan dikaqbulkan Allah.

Kepada yang sudah ketiadaan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali, selalulah sedeqahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Amalkan setiap pagi selepas bangun dari tidur ataupun selepas solat subuh bacakan Al-Fatihah untuk dihadiahkan kepada mereka di alam barzakh. In syaa Allah, ini pun akan dipandang Allah juga untuk dilimpahi rezeki kita.

Jom kita amalkan. Jom kita berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa. Semoga hidup kita diberkati Allah dunia dan akhirat. Ameen.

 

note:

saya sudah tiada ibu dan bapa. Al-Fatihah. Moga roh mereka ditempatkan dikalangan ahli syurga. Ameen.