Sep 15

Tips Kembalikan Facebook Versi Asal Di Tablet

facebook logo Tips Kembalikan Facebook Versi Asal Di TabletKalau sesiapa yang ada tablet pc dan biasa layari facebook dengan tablet tu, mesti perasan yang sekarang ni laman facebook versi asal dah bertukar ke versi mobile. Taip la sebanyak manapun url www.facebook.com, ia akan tetap bertukar secara otomatik ke url www.m.facebook.com.

Bezanya sikit saja. Hanya penambahan huruf m sahaja di depan perkataan facebook pada url tu. Tapi kesannya amat besar apabila keseluruhan layout facebookversi asal  kita selama ini telah bertukar kepada layout baru iaitu layout facebook mobile. Kesan lanjutannya lagi, ia akan menyebabkan kita tension kerana layout facebook mobile ni amat tidak best. Contohnya kita tidak lagi dapat mention seseorang dengan meletakkan “@” di depan namanya. Fungsi ini tidak wujud lagi pada versi facebook mobile.

Jenuh jugak saya cuba dan cuba dan cuba untuk kembalikan facebook versi asal ni. Tetapi malangnya tidak berjaya. Walaupun saya dengan konfidennya menaik www.facebook.com, namun apabila tekan enter ataupun Go, tetap www.m.facebook.com yang keluar.

Antara usaha saya lagi ialah saya telah cuba “clear cache” dan “delete history” namun segalanya hampa.

Namun sekejap tadi saya telah mendapat satu idea. Idea ni saya dapat apabila saya cari kembali url facebook versi asal dulu yang saya save sebagai favourite. Url tu adalah url daripada kawan saya yang bagi kredit kepada saya setelah saya publishkan entry sohoque.com yang bertajuk: Membunuh Cicak Hukum Dan Hikmah Di Sebaliknya. Saya klik link ini dan saya telah berjaya memasuki facebook dengan versi asal. Tetapi apabila saya klik “Home” facebook versi asal ini telah bertukar kepada versi mobile semula secara otomatik. Saya terfikir bahawa saya sudah semakin hampir bertemu formulanya.

Saya mendapat satu ilham iaitu saya masuk ke laman facebook melalui bookmark. Dan bookmark itu saya tulis di bahagian setting dengan www.facebook.com/home.php. Whalla!!! Facebook versi asal telah kembali semula. “home.php” mesti kena taip kat belakang tu kalau tidak versi m mobile akan tetap datang.

Jadi sehingga sekarang experiment saya berjaya. Tak tau la besok-besok dia akan jadi versi mobile semula. Kalau jadi macam tu sila bagitau saya ya.. Tahniah kepada saya!!! hehehehe.

Selamat mencuba!!!

Apr 05

Jangan Jadi Macam Aku.

Aku mula berjinak-jinak dalam arena penulisan blog baru je beberapa bulan. Sejak itu banyak yang aku telah pelajari daripada otai-otai blogger, dari pembacaan dan juga daripada kesilapan aku sendiri.

Antara kesilapan yang aku telah buat dan menjadi pengajaran kepada aku ialah dalam memilih hosting package. Aku telah membuat kesilapan dengan memilih package yang murah tanpa mengira ciri-ciri yang ditawarkan.

Aku daftarkan domain dan webhosting sohoque.com ni dengan exabytes.com.my. Pada masa tu, domain aku berharga RM38.00 manakala hosting berharga RM39.00 untuk tempoh setahun. Jumlah semuanya hanyalah RM77.00. Ini adalah pakej termurah pada masa itu.

beginner pakej 252x300 Jangan Jadi Macam Aku.Aku memilih pakej beginner tanpa betul-betul memahami ciri-ciri yang disenaraikan. Sangkaan aku untuk permulaan aku sebagai blogger ni cukuplah aku gunakan pakej beginner. Bukan banyak pun traffic ataupun orang yang nak baca apa yang aku publish.

Namun setelah hampir 6 bulan aku “pelan-pelan kayuh” dalam arena blogging ini, traffic ke blog aku boleh tahan juga. purata dalam satu hari antara 200 – 350 orang. Satu pencapaian yang “boleh tahan” bagi blogger baru dan “picisan” macam aku.

Bila traffic dah macam ni, apa yang terjadi pada blog aku? Monthly bandwidth limit sudah melebihi quota yang diberi. Apa dia Monthly Bandwidth ni? Monthly Bandwidth ialah:

jumlah data yang diakses dari laman web anda oleh pelawat-pelawat itu. Setiap kali laman web anda dikunjungi, dan halaman yang dilihat, saiz fail halaman ditambah kepada jumlah bandwidth anda.

Kerana bandwidth adalah penyumbang terbesar kepada kos hosting, had (limit/quota) telah diletakkan pada setiap pakej. Jika anda memerlukan lebih banyak bandwidth, anda hanya boleh menaik taraf pakej hosting dengan had yang lebih tinggi.

Untuk pakej Beginner yang aku subscribe ni bandwidth yang diberi hanyalah 1Gb. Dengan trafffic yang “boleh tahan” masuk ke blog aku setiap hari, bandwidth selalu saja melebihi quota. Apa akan jadi bila bandwidth melebihi quota? Pengunjung tidak lagi dapat akses ke blog kita.

Bila pengunjung blog anda klik ke link blog ataupun taip url blog anda, mereka akan mendapat mesej seperti berikut:

Bandwidth Limit Exceeded
The server is temporarily unable to service your request due to the site owner reaching his/her bandwidth limit. Please try again later.

Ini sedikit sebanyak akan menjatuhkan reputasi blogger tersebut. Bulan Mac 2012 ni saja blog aku dah 4 kali lebih quota bandwidth. Biasanya pihak “hosting provider” akan menghantar emel peringatan apabila limit dah mencecah 80%.

Jadi apa nak buat jika dapat emel daripada “hosting provider”? Kita cepat-cepat beli extra bandwidth. Di exabytes.com.my ni tambahan bandwidth 1Gb boleh dibeli dengan harga RM5. Emel kepada exabytes minta hantarkan invoice dan buat pembayaran online. Kemudian emelkan receipt pembayaran kepada billing department exabytes. Dalam masa beberapa jam kita akan dapat emel mengatakan yang limit bandwidth kita telah ditambah. Bulan lepas 3 kali aku berjaya tambah bandwidth tanpa gangguan. 1 kali aku terlupa dan bandwidth aku lebih quota pada waktu malam sewaktu aku tak online. Maka pada masa tu mesej tadi la yang akan keluar jika pengunjung visit blog aku. Sedikit “kemaluan” di situ. Nasib baik aku blogger baru dan picisan lagi

Tapi amat leceh sebenarnya jika asyik tambah extra bandwidth je. Cara terbaik dan bijak ialah, kita upgrade pakej. Banyak pakej lain yang lebih besar bandwidth limitnya. Kita boleh pilih yang sesuai dengan bajet kita.

Aku pun tengah menimbangkan untuk upgrade kepada pakej yang lebih bandwidthnya. Mungkin aku cuba X-Student pakej ni:

upgrade pakej 241x300 Jangan Jadi Macam Aku.Pakej yang berharga RM99.00 ini adalah “hot selling” di Exabytes.com.my. Pakej ini mempunyai 5Gb monthly bandwidth. Mudah-mudahan aku tiada masalah dengan bandwidth lagi selepas ini.

Antara masalah-masalah yang akan timbul bila bandwidth lebih quota ialah:

  • kredibiliti blogger akan sedikit terjejas
  • pengunjung baru akan terganggu dan mungkin tidak akan lawati blog kita lagi
  • akan memberi kesan kepada blogger yang meletakkan iklan nuffnang di blog mereka. Ini adalah kerana jika semasa blog itu tidak dapat di akses, crawler nuffnang sedang “crawling” blog kita, maka ia akan memberi kesan kepada status kita. Jika status blogger adalah “glitterati” maka dia akan diturunkan kepada status “normal blogger”. Jadi privilege glitterati akan hilang dan akan merugikan blogger itu sendiri.

Jadi untuk blogger yang baru nak mulakan karier/hobi blogging, pilihlah pakej anda dengan bijak.

Sekian Terima kasih icon lol Jangan Jadi Macam Aku.

klik

Mar 31

My Cool Facebook Timeline Cover

Ok.. Hari ni aku try berjinak-jinak dengan “Timeline” Facebook aku. Baru belajar.. icon redface My Cool Facebook Timeline Cover Rupa-rupanya banyak yang kita boleh buat dengan layout baru Facebook ni. Cuma atas diri kita la.. nak belajar ke tak nak.

So hari ni aku try design cover Timeline aku.

Yang ini adalah design Timeline aku yang sebelum ni:

prevoius time line My Cool Facebook Timeline CoverKemudian aku ubah dengan yang lebih cool ini:

inspire prnt screen My Cool Facebook Timeline Cover

Kemudian since bisnes aku melibatkan promosi secara berterusan aku ubah lagi kepada yang lebih bersifat bisnes:

dialog boxedit benefit utc My Cool Facebook Timeline Coversetakat ni yang ni lah Timeline yang sedang aku guna. Lepas ni mungkin bertukar-tukar lagi.

Moral of the story, Facebook timeline lebih fleksibel untuk kita bermain dengan cover page kita. Cover page ni adalah the first impression orang yang tengok profile kita terhadap kita.

Sesiapa nak cuba silakan. Buat ikut kreativiti masing-masing. advantage kepada orang yang pandai photography. Sebab nanti macam-macam gambar dia boleh letak.

 

 

 

 

Mar 27

Cool Facebook Timeline Profile

Facebook telah memperkenalkan feature terbaru iaitu Timeline tidak lama dulu. Facebook sekarang sudah menjadi satu trend atau gaya hidup. hampir semua orang yang boleh acces kepada internet ada akaun facebook.

Jadi bila facebook mengumumkan Timeline ini, ramai yang tidak bersetuju dan lebih suka feature yang lama. Namun tidak kurang juga yang menggemarinya. Cuba buat carian kat ruangan search di facebook. Taip “anti timeline”. Keputusannya anda akan dapati berpuluh-puluh page anti timeline telah dibuka.

Saya sendiri sekarang tanpa disedari telah menggunakan timeline. Saya tak tau macamana, tapi saya sekarang menggunakan timeline feature.

antara ciri-ciri baru Timeline ialah:

1. Cover: ini adalah ruangan yang lebih besar untuk anda meletakkan gambar atau apa-apa sahaja. Ianya akan memberikan first impression kepada anda apabila seseorang melihat profile facebook anda

2. Stories: Kongsikan posts, gambar dan event yang paling anda kenangi di Timeline anda. Di sini anda dapat menceritakan cerita anda daripada awal, pertengahan dan sehingga yang terkini.

3. Apps: Disini applikasi-applikasi yang kita guna seperti Foursquare, movies, lagu-lagu yang kita dengar, cerita ataupun berita-berita yang kita baca akan dipamerkan.

Pengguna-pengguna feature Timeline ini dah semakin creative. Banyak cover-cover yang menarik telah dipamerkan.

Berikut adalah contoh-contoh cover timeline yang menarik:

time line rainy Cool Facebook Timeline Profile

 

 

time line takut Cool Facebook Timeline Profile

 

time line hungry Cool Facebook Timeline ProfileMenarik kan? Saya pun tengah fikir nak buat timeline menarik ni. Tunggu!!! Lepas saya buat nanti saya akan buat posting dengan Cover Timeline baru saya.

Ikuti 11 Best Facebook Timeline Profiles [pics] oleh fbupdates.com. It’s Cool!!!

Mar 26

Macamana Nak Buat PicBadge Untuk Facebook Profile Picture

picbadge example 300x108 Macamana Nak Buat PicBadge Untuk Facebook Profile PictureHari ni aku nak share ilmu macamana nak buat picbadge. Apa itu picbadge? PicBadges ialah social network, yang membolehkan pengguna (individu ataupun bisnes) untuk mencetus dan berkongsi idea, aktiviti, event dan minat di atas gambar profil (profile picture). Websitenya ialah: www.picbadges.com.

Untuk membuat picbadge yang baru, kita kena daftar akaun dulu. Kemudian kita bina picbadge kita sendiri dengan mengikut arahan-arahan yang diberikan di laman web tersebut.

Tapi untuk artikel kali ni aku nak share macamana nak buat picbadge Synergy Planner Group (SPG). SPG ialah satu kumpulan konsultan unit trust yang proaktif dan professional yang bernaung di bawah Public Mutual Bhd. Kami mengamalkan pendekatan perancangan kewangan (Financial Planning) kepada prospek kami. Ini membuatkan mereka tahu objektif sebenar pelaburan mereka dan yang paling penting mereka tidak merasa dipaksa untuk melabur. Kami hanya mempromosikan Unit Trust Islamik sahaja. Setakat artikel ini ditulis, kumpulan kami telah mencecah lebih 200 orang ahli.

Jadi untuk memudahkan orang membuat SPG picbadge, saya telah meletakkan widget/button di blog saya ini, iaitu di bahagian sidebar sebelah kanan page.

wear it now side bar1 208x300 Macamana Nak Buat PicBadge Untuk Facebook Profile PictureHanya klik pada button/widget “wear it now” tersebut.

Anda akan di bawa ke website picbadge.

spg group logo crop 300x251 Macamana Nak Buat PicBadge Untuk Facebook Profile PictureKemudian klik pada “Add to profile picture”.

pic bdge adjust 300x175 Macamana Nak Buat PicBadge Untuk Facebook Profile Picture

Disini anda boleh memilih gambar yang telah disimpan di dalam facebook ataupun anda boleh memilih gambar lain dengan memuat naik (upload) terlebih dahulu untuk meletakkan picbadge tersebut. Adjust betul-betul posisi gambar. Setelah berpuas hati klik button “publish to facebook”. Ia akan mengambil masa beberapa ketika untuk proses “uploading”. Kemudian klik “continue to facebook” apabila proses uploading selesai.

picbadge done1 Macamana Nak Buat PicBadge Untuk Facebook Profile PictureTadaaaaa… Siap!!! PicBadge profile picture anda akan tertera di Facebook.!!!

Untuk SPG members, anda amat-amat digalakkan untuk mengguna pakai picbadge ini untuk menunjukkan support kepada group kita. Untuk pembaca lain, anda boleh menjadikan artikel ini sebagai panduan untuk anda mereka cipta picbadge anda sendiri. Kalau anda nak support SPG pon kami amat mengalu-alukan.. icon wink Macamana Nak Buat PicBadge Untuk Facebook Profile Picture

Selamat mencuba!!!