Cendawan Susu Harimau… Kenapalah Baru Sekarang Aku Tau Kelebihannya..!

cendawan-susu-harimau

Cendawan susu harimau…

Terus terang aku cakap, ni pertama kali aku tau kewujudan cendawan ini. Tu pun setelah aku melawat satu-satunya kilang yang menternak cendawan ini, iaitu LiGNO BIOTECH SDN BHD baru-baru ini.

Lawatan sambil belajar ini pada aku sangat bermanfaat. Di sinilah aku tau dan belajar serba sedikit mengenai cendawan ini yang pada hemat aku sangatlah unik. Malah aku dibawa sendiri ke tempat menternak cendawan ini yang nampak mudah tetapi rumit sebenarnya jika tiada pengetahuan dan peralatan yang betul.

LiGNO Biotech Sdn Bhd, Kilang tempat Cendawan Susu Harimau diternak secara organik

LiGNO Biotech Sdn Bhd, Kilang tempat Cendawan Susu Harimau diternak secara organik

Korang tau tak pasal cendawan ini? Hah tak tau??? Bagus..!  Aku ingat aku sorang jer tak tau… Hahaha.

Ok aku cerita pengalaman lanjut yang aku dapat di kilang tersebut.

Cendawan Susu Harimau (CSH)

Namanya saja pun dah cukup unik. Begitulah juga pokok cendawan ini. Pokok cendawan ini mempunyai ubi yang tertanam di dalam tanah secara semulajadinya. Itulah yang dijumpai di habitat asal iaitu di dalam hutan.

Ada cerita di sebalik nama cendawan ini. Mengikut kepercayaan orang dulu-dulu, cendawan ini tumbuh daripada titisan susu harimau sewaktu ibu harimau memberi susu kepada anak-anaknya. Tempat susu itu tumpah, tumbuh cendawan ini. Nama cendawan ini pun diambil sempena kepercayaan itu.

Sukar diperolehi

Cendawan ini amat sukar untuk diperolehi. Jika dijumpai di dalam hutan pun belum tentu kualitinya seperti yang dimahukan.

Cendawan ini ada ubi. Tugas ubi  ialah untuk membekalkan makanan kepada cendawan ini untuk membesar. Cendawan ini akan menggunakan nutrisi di dalam ubinya untuk tumbuh menjadi batang dan payung. Jadi semakin besar cendawan ini yang dapat dilihat oleh kita sebenarnya semakin kurang makanan di dalam ubi. sebabnya ia telah digunakan untuk tumbesaran.

Ubi yang membekalkan makanan kepada Cendawan Susu Harimau

Ubi yang membekalkan makanan kepada Cendawan Susu Harimau

Ternakan CSH

Setelah bertahun-tahun penyelidikan, akhirnya LiGNO berjaya menemui jalan untuk menternak sendiri cendawan ini. Kebaikan menternak sendiri cendawan ini adalah ia memudahkan untuk mendapatkan CSH. Tidak perlu lagi mencari cendawan ini di dalam hutan yang belum tentu terjumpa atau tidak.

Satu lagi kebaikan menternak sendiri ialah cendawan ini dipetik apabila ubinya sudah besar sejurus sebelum ia tumbuh batang dan payungnya. Jadi kualitinya memang terjaga dan terbaik.

Cara menternak CSH

Semasa lawatan tempohari, kami dibawa masuk ke tempat menternak cendawan ini. Fuuuh baru aku tau yang cendawan ini diternak di dalam nasi. hahaha.

Secara ringkas, proses ternakan cendawan ini ialah:

  • beras dibasuh kan dimasak di dalam tempat khas.
beras yang siap dibasuh dan sedia untuk dimasak

beras yang siap dibasuh dan sedia untuk dimasak

    • nasi yang sudah masak disejukkan terlebih dahulu
    • yis (benih cendawan) dimasukkan di dalam nasi.
inilah yis (benih cendawan susu harimau) yang dimasukkan ke dalam nasi

inilah yis (benih cendawan susu harimau) yang dimasukkan ke dalam nasi

    • Bekas nasi yang telah diletakkan yis cendawan tadi disimpan di dalam bilik dengan suhu yang tertentu yang sesuai untuk tumbesaran cendawan ini.
    • selepas 6 bulan, ubi sudah cukup besar untuk dituai
selepas 6 bulan, ubi cendawan harimau sudah terbentuk dan sedia untuk dituai

selepas 6 bulan, ubi cendawan harimau sudah terbentuk dan sedia untuk dituai

    • proses menuai agak unik bila cendawan ini dikeringkan dengan kaedah penyejukan yang unik
proses tuaian yang unik dengan menggunakan kaedah penyejukan

proses tuaian yang unik dengan menggunakan kaedah penyejukan

  • ia kemudiannya di hantar ke makmal untuk urusan kawalan mutu

Manfaat serta kelebihan CSH

Menurut kajian yang telah dibuat, banyak manfaat serta kelebihan yang boleh didapati daripada CSH ini. Antaranya:

  • Batuk yang kronik
  • melegakan hidung tersumbat
  • mengurangkan bersin
  • Mengurangkan selesema
  • Mengurangkan Asthma
  • meningkatkan sistem pertahanan diri
  • mengurangkan sakit sendi
  • mengubati penyakit kulit sepeti allergik kuit, ekzema
  • mengubati sakit kanser dan lain-lain

Memang teruja aku masa dengar Ms Tzu Ting, CEO LiGNO SDN BHD terangkan bahawa CSH ni boleh kurangkan dan ubati ekzema. Anak bongsu aku memang ada ekzema. Teruk jugak. Macam-macam dah usaha aku buat tapi macam tak der apa-apa perubahan jugak.

Jadi selepas lawatan ke kilang LiGNO ni memang aku bagi serbuk CSH ni kepada anak aku. Amalkan dulu sebelum aku tengok hasilnya nanti. Nanti aku cerita lagi pasal ni.

Produk-produk CSH

Setakat ini ada 3 produk yang dihasilkan daripada CSH ini:

3 produk utama Tigerus yang berasaskan Cendawan Susu Harimau

3 produk utama Tigerus yang berasaskan Cendawan Susu Harimau

TIGERUS TMM Tea

Teh yang diletakkan di dalam uncang ini tidak ada kurangnya berbanding dengan teh-teh lain yang biasa kita minum. Cuma bezanya adalah teh ini mempunyai kelebihan untuk memberikan kesihatan yang lebih baik kepada pengamalnya.

TIGERUS TMM Tea

TIGERUS TMM Tea

Teh ini berupaya membersihkan paru-paru kita yang saban hari penapis kotoran daripada udara yang disedut oleh kita. Ia juga boleh meredakan selesema.

TIGERUS Tiger Milk Mushroom

Tablet Tigerus (kredit: Ben Ashaari)

Tablet Tigerus (kredit: Ben Ashaari)

Sangat sesuai diambil oleh orang yang ada masalah paru-paru ataupun pernafasan. Ia juga anti oksida.

TIGERUS TINGGY Cocoa

Tiggy Cocoa untuk kanak-kanak

Tiggy Cocoa untuk kanak-kanak

Yang ini khas untuk kanak-kanak. Boleh kemam je. Makan macam gula-gula. Aku dah cuba makan. Sedap! Rasa coklat. Memang tak de masalah la untuk kanak-kanak nak makan.

Antara khasiatnya ialah ia sangat bagus untuk sistem imunisasi, sistem pernafasan , kesihatan tulang dan juga untuk otak kerana ia juga mengandungi DHA.

LiGNO BIOTECH SDN BHD (LiGNO)

Ok.. Aku sertakan serba sedikit tentang syarikat ini. LiGNO ialah sebuah syarikat yang mengkaji dan menternak cendawan secara bioteknology. Ia telah menjalankan pelbagai kajian terhadap cendawan ini sebelum memperolehi cara menternak CSH di kilangnya. Syarikat ini memberi komitmen yang sangat tinggi dalam menghasilkan CSH yang berkualiti tinggi untuk dijadikan produk kesihatan untuk pengguna.

Syarikat ini adalah pemegang rekod sebagai syarikat pertama yang menghasilkan produk daripada CSH. Semua fasiliti di kilangnya adalah HALAL dan mempunyai sijil Organik (certified organic). Ia adalah syarikat bionexus dan juga tersenarai di dalam 20 syarikat Bionext yang terpilih.

makmal kajian Cendawan Susu Harmau di kilang LiGNO SDN BHD

makmal kajian Cendawan Susu Harmau di kilang LiGNO SDN BHD

Misi syarikat ini adalah untuk menternak, mengkaji dan membangunkan cendawan ini untuk dijadikan produk kesihatan untuk meningkatkan kesihatan dan hidup manusia dan juga binatang.

Beberapa produk telah berjaya dihasilkan berasaskan CSH dengan kajian yang sangat teliti. Antaranya adalah Tigerus, Tiggy Cocoa dan teh berasakan CSH.

prof-sohoque-cendawan-susu-harimau

Ejen jualan diperlukan

Oh ya, LiGNO juga sedang mencari ejen jualan untuk mempromosikan produk Cendawan Susu Harimau serta bersama-sama berkongsi khasiat khazanah Malaysia yang bernilai ini. Sesiapa yang berminat boleh hubungi Ms Szu Ting: szuting@ligno.com.my untuk maklumat lebih lanjut.

Info lanjut Tigerus

Website: www.tigerus.com.my
Email: contact@ligno.com.my
Hotline: 1 700 818 242 (Mon – Fri | 8.30am – 5.30pm)
Facebook: www.facebook.com/tigerusTMM

Note:

Ini update terbaru. Aku sendiri dah jadi ejen jualan untuk produk TIGERUS Cendawan Susu Harimau ni… Aku dah mula yakin akan keberkesanan dan khasiatnya. So, sesiapa yang nak dapatkan produk Cendawan Susu Harimau ni boleh whatsapp aku (lebih prefer whatsapp):

>>013-999 7755<<
>>013-999 7755<<
>>013-999 7755<<

atau emel ke:

sohoque@gmail.com

26 comments

    • sohoque 9 May, 2016 at 12:21 Reply

      dah cuba yg tablet tigerus dgn masukkan serbuk ke dalam susu. setakat ni mcm tak der perubahan sgt. nak try losyen sapu tu pulak

  1. Cik Haniza 9 May, 2016 at 18:23 Reply

    Batuk tu memang bagus, sbb za punya astma yg kurang terkawal sejak2 ni.. 2 kali masuk wad sebab paru2 kuman. Batuk since lepas balik umrah tahun lepas. Tp bila diagnose xde tibi.. cme batuk biasa.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

You might be interested

%d bloggers like this: