Cerita Di Sebalik Majlis Pelancaran Aplikasi Android Chef Jo

Di Majlis pelancaran Aplikasi Android Chef Jo baru-baru ini aku telah diminta secara peribadi oleh Tok Penghulu Bloggers untuk membacakan doa pembuka majlis. Mana mungkin aku dapat menolak permintaan insan yang amat suka “memberi” ini. Ilmu yang beliau curahkan kepada aku tanpa bayaran sesen di Starbuck Serdang dulu pun belum aku lunaskan hutangnya.

untold story di sebalik pelancaran aplikasi android Chef Jo.jpg

untold story di sebalik pelancaran aplikasi android Chef Jo

Aku terus terdiam tanda setuju. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku membaca doa di majlis-majlis rasmi. Tetapi yang sebelum ini aku sudah diberitahu terlebih dahulu. Kali ini aku sebagai bidan terjun!

Kursus Affiliate

Lantas aku pantas mencatatkan doa di dalam bahasa melayu dengan Samsung Galaxy Tab 7.0 aku agar ianya bersesuaian dengan majlis tersebut. Mengarang doa dalam bahasa melayu sambil bersembang dengan Chef Jo dan rakan-rakan yang lain agak mencabar minda. Sebab tu la sejurus sebelum majlis bermula aku sibuk dengan tablet old school aku ni.

berbual dengan Chef Jo sambil tangan mengarang doa dalam bahasa melayu.jpg

berbual dengan Chef Jo sambil tangan mengarang doa dalam bahasa melayu

Doa dalam bahasa arab aku dah hafal. Aku ingat aku nak selang selikan doa dalam bahasa arab dan melayu yang bersesuaian dengan majlis pelancaran aplikasi android Chef Jo tersebut. Harapan aku agar semuanya faham apa yang didoakan mereka.

Ok, siap jer catatan aku, aku terus savekan note tersebut di dalam aplikasi Evernote aku. Terima kasih kepada pengacara majlis saudara Zainal Alam Kadir yang terlambat datang. Legalah rasa hati sebab dah ada doa melayu untuk diselitkan nanti.

Tetapi aku hanya merancang. Yang menentukan adalah Allah belaka. Tablet old school aku ni yang seringkali hang buat masalah lagi. Sebelum ni ia hang dalam keadaan yang biasa, bukan di dalam suasana yang penting macam ni. Parah!

Zainal Alam sudah sampai! Selepas beliau meminta maaf atas kelewatan beliau tibalah masa aku membaca doa pembuka majlis. Nama aku dipanggil. Aku pun dengan konfidennya ke depan untuk bacaan doa. Aku buka Samsung Galaxy Tab old school aku. Apa! Dah hang!!! Arrgghhh… sudah!!!

Aku terpaksa restart. Sementara menunggu proses restart selesai, aku cover suasana cemas itu dengan meminta hadirin membaca surah Al-Fatihah. Ngam-ngam selesai sahaja bacaan Al-Fatihah proses restart selesai.

Tapi oleh sebab peluh renik sudah keluar di dahi dan masa yang sudah lama terbuang, aku tinggalkan sahaja doa melayu tadi dan teruskan bacaan doa dalam bahasa arab. Itu pun sudah tergagap-gagap angkara gabra. Hahahaha.

Terima kasih kepada tablet aku kerana sudi memberi masalah kepada aku di saat yang kritikal. Lepas ni perkhidmatan awak akan saya tamatkan. Awak hanya akan menjadi tempat anak-anak saya bermain game sahaja. Terima kasih di atas jasa-jasa awak selama ini!!!

Selamat datang kepada smartphone baru dlam masa terdekat. S4? iPhone 5? Bergantung kepada bajet pada masa nak beli tu nanti.

19 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: