Chelsea Menang Tipis

Rating pemain dalam perlawanan Chelsea menentang Barcelona

Keputusan UEFA Champion League separuh akhir pertama pagi tadi: Chelsea 1, Barcelona 0.

Penjaring gol tunggal perlawanan tersebut adalah Didier Drogba. Pemain ini menjadi pilihan jurulatih Chelsea, Roberto Di Matteo sebagai penyerang pagi tadi berikutan aksi mantapnya ketika menentang Totenham Hotspur dalam separuh akhir piala FA Inggeris sebelum ini. Ini juga bermakna penyerang yang berharga 50 juta chelsea, Fernando Torres terpaksa ditinggalkan dibangku simpanan.

 

Jaringan penyerang yang berasal dari Ivory Coast itu terhasil pada minit ke 45 iaitu sejurus sebelum wisel tamatnya separuh masa pertama ditiup penggadil perlawanan.

Keputusan ini amat penting dan menjadi bekal yang amat berharga buat Chelsea yang akan bertandang ke Nou Camp untuk perlawanan separuh akhir yang ke-2 mereka.

Walaupun kalah, Barcelona yang lebih banyak menguasai perlawanan pagi tadi melahirkan keyakinan bahawa peluang mereka masih terbuka luas di tempat sendiri sekaligus melayakkan diri ke peringkat akhir.

~ sumber

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: