Chimelong International Circus, Guangzhou Best!!!

Dulu masa kecik-kecik ada gak tengok sarkis. Masa tu sarkis datang buat show kat bandar. So, kita orang kampung apa lagi turun la beramai-ramai untuk meyaksikan sarkis. Masa aku kecik lagi. Kalau tak salah belum pun masuk sekolah rendah. Persembahan sarkis tu pun biasa-biasa je. Ada gajah, ada harimau, ada orang jimnastik dan lain-lain.

Tetapi baru-baru ini aku telah melalui satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Aku dapat menyaksikan satu persembahan sarkis antara yang terhebat di dunia. slot ni aku dapat masa aku ikuti trip lawatan ke Guangzhou anjuran Public Mutual. Trip ini sebagai penghargaan kepada Unit Trust Consultant yang cemerlang.

Chimelong International Circus ni diasaskan pada tahun 2000 lagi. Ia adalah sarkis tetap yang terbesar di dunia. Persembahan akan bermula pada tepat pukul 7.30 malam pada setiap malam di sepanjang tahun. Persembahan dijayakan oleh 300 orang pelakon dan 500 haiwan-haiwan yang berlainan. Persembahan eksklusif ini terhasil daripada aksi-aksi yang telah memperolehi pengiktirafan antarabangsa.

Secara peribadi aku memang sungguh terkesima dengan persembahan sarkis ni. Ianya lebih hebat daripada apa yang pernah aku lihat di kaca TV semasa hari-hari perayaan. Tambahan pula debarannya amat terasa apabila aksi-aksi stunt yang dilakukan adalah secara LIVE.

Berikut adalah aksi Cannon Man yang sempat aku rakam:

5 bintang aku bagi kepada Chimelong International Circus. Kalau korang melawat Guangzhou, berkunjung ke sini adalah sesuatu yang tidak boleh korang tinggalkan. Rugi…!

966 total views, 2 views today

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam