Ciri-ciri Wang Kertas Siri Baharu

Imej wang kertas siri baharu yang bakal diedarkan tidak lama lagi

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan satu kenyataan melalui media tentang wang kertas siri baharu.

Menurut kenyataan tersebut wang kertas siri baharu tersebut akan mula diedarkan bermula 16 Julai ini. Selari dengan pengedaran ini wang kertas yang sedia ada akan dikeluarkan daripada pasaran secara perperingkat-peringkat.

Menurut kenyataan itu lagi, wang kertas siri baharu ini akan mempunyai 2 ciri-ciri yang unik yang belum ada pada wang kertas sebelum ini. Ciri-ciri yang dimaksudkan ialah:

  • ia mengguna pakai kemajuan teknologi terkini yang lebih canggih untuk ciri-ciri keselamatannya.
  • ia adalah mesra Orang Kelainan Upaya (OKU)

“Ciri keselamatan wang kertas siri baharu ini termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya.

“Golongan kurang upaya penglihatan boleh menggunakan ciri khusus seperti pengenalpastian secara sentuhan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan,” kata kenyataan itu hari ini.

Dengan itu BNM turut menggesa pihak-pihak yang berkaitan supaya mempercepatkan pengubahsuaian mesin supaya dapat menerima transaksi yang menggunakan wang kertas siri baharu ini nanti demi kemudahan orang ramai.

Kenyataan itu menyebut lagi, orang ramai ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan wang kertas siri baharu ini supaya dapat menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 atau 03-2698 8044 sambungan 8658.

“Orang ramai boleh juga melayari laman web BNM di www.bnm.gov.my untuk mendapat maklumat lanjut,” tambah kenyataan itu.

1 comment

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: