More

    Contest Bersama Cik Tom dan Exabytes

    Contest bersama Cik Tom dan Exabytes ini adalah contest pertama yang aku sertai sejak aku berkecimpung dalam arena penulisan blog sejak Januari 2012 yang lalu. Sebelum ni ada je nampak contest kat blog-blog lain tapi rasa macam tak konfiden je nak masuk. Almaklumla “saya budak baru belajar”. Ranking dan traffic pun tak sehebat peserta lain.

    Tapi kali ni rasa macam nak cuba pulak. Salah satu sebabnya ialah CikTom terjah blog aku sendiri untuk mengomen dan di akhir komennya terselit jemputan ringkas supaya aku menyertai contest ini. Jadi malam ni jari jemari kasarku tanpa disedari menari menaip artikel untuk contest CikTom. 😉

    Blog CikTom ni dah lama aku follow entri-entri dia. Cuma dulu tak pandai nak menyampuk mengomen. Tambahan pula rasa rendah diri masih amat tebal di dada. Ya lah siapalah aku nak bagi komen di blog otai yang ilmunya aku pelajari dan cuba amalkan.

    ciktom

    Blog Cik Tom merupakan niche blog yang membicarakan tentang Personal, Tips, Tutorial, Resepi, Review & $ideincome. Dalam banyak-banyak kategori tersebut kategori tips dan tutorial  yang paling aku suka. Kalau Cik Tom buat entri pasal resepi maka terkedulah aku tanpa boleh nak komen apa-apa. 😉

    Kategori Tips aku suka kerana Cik Tom dah bagi aku tips dan cara-cara macamana nak berblogging tanpa perlu aku melalui pengalaman sendiri. Biasanya apa perkara asas yang aku nak tau dah ada dalam kategori ini. Jadi ianya amat menjimatkan masa aku tanpa perlu aku bertanya kepada pakcik Google.

    Manakala kategori Tutorial di blog Cik Tom sedikit istimewa kerana dia memuatkan tutorial untuk kedua-dua platform blog iaitu Blogspot dan WordPress. Oleh kerana blog aku menggunakan platform wordpress maka page INI memang sentiasa menjadi tatapan aku.

    Satu lagi aku suka bila Cik Tom cerita tentang Side Income yang diceburinya. Ini secara tidak langsung memberi laluan untuk aku ikut serta apa yang Cik Tom ceburi.

    Jadi kategori-kategori yang aku sebutkan tadi aku mintak tolong sangat supaya Cik Tom dapat kekalkan. Ianya akan menjadi sumber rujukan buat blogger-blogger baru dan lama.

    Dari segi interface blog Cik Tom aku rasa dah ok. Cuma jika header blog Cik Tom tu dapat dibesarkan lagi seperti blog INI ataupun blogger INI aku rasa akan lebih mantop. Ia akan menjadikan Cik Tom jenama yang lebih berkredibiliti dan gah.

    Tentang Exabytes pula, aku sebenarnya ada pengalaman kurang manis dengan Exabytes ni. Dulu masa aku mula-mula buka blog untuk blogging aku memang mencari domain dan hosting provider. Ini adalah kerana bagi pengguna platform WordPress, kita memang perlu register untuk webhosting. Jika tidak kita tidak akan dapat kontrol secara total blog kita. Nak masukkan kod iklan Nuffnang pun tidak boleh. Jadi oleh kerana niat aku selain daripada ikhlas berkongsi ilmu, membuat blog ini aku harapkan akan menjana pendapatan sampingan aku. Jadi untuk ini ruangan iklan adalah wajib.

    Jadi aku memilih Exabytes sebagai provider. Cuma disebabkan kejahilan aku dan tiada mentor aku memilih pakej yang asas. Aku melanggan pakej Personal iaitu Xtudent Hosting.

    pakej Xtudent hosting
    pakej Xtudent hosting

    Aku pilih hosting ini adalah kerana ia agak murah berbanding yang lain. Aku sebenarnya tidak berapa faham pun akan ciri-cirinya. Pada masa itu aku hanya terfikir, aku ini orang baru dalam dunia blogging. Siapa yang nak baca karya aku. Jadi pakej yang murah cukup la untuk aku bermula.

    Namun sangkaan aku meleset apabila bandwidth yang menjadi masalah. 5 Gb sebulan ternyata tidak mengcukupi. Di bulan kedua selepas aku melanggan pakej ini sahaja blog aku sudah 2 kali di “blocked” bandwidth telah melebihi limit. Setiap kali bandwidth kehabisan limit setiap kali itulah aku terpaksa membayar RM5 untuk tambahan bandwidth sebanyak 1 Gb. Tak sangka ya. Ramai juga yang sudi terjah ke blog picisan aku ni.

    Ini amat menyulitkan aku bilamana aku terpaksa menunggu selepas staf Exabytes yang bertugas untuk mengesahkan pembayaran secara online sebelum mengaktifkan semula blog aku, Ini telah memberi kesan kepada status “Glitterati” ku di Nuffnang. Pernah aku diturunkan status daripada Glitterati kepada status biasa. Bila ditanya kepada pihak Nuffnang mereka memberi respon bahawa ada beberapa kali “crawler” Nuffnang tidak dapat access blog aku disebabkan kena block gara-gara bandwidth melebihi kuota.

    Perkara ini berlanjutan untuk beberapa bulan sebelum aku mengambil keputusan untuk menukar kepada webhosting provider yang lain. Namun untuk domain (sohoque.com) , aku masih lagi pelanggan Exabytes.

    Semua ini aku nukilkan bukanlah menyalahkan Exabytes. Tapi aku harus menyalahkan diri sendiri kerana tidak menyelami dahulu tentang ciri-ciri pakej tersebut. Pakej tersebut mungkin tidak sesuai denganku tapi ianya untuk orang lain yang jatuh dalam kategori ciri-ciri yang disediakan.

    Apa-apa pun, di sebalik semua yang berlaku, aku masih lagi menganggap Exabytes sebagai salah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan domain dan hosting yang terbaik di negara ini. Di samping pakejnya yang pelbagai, ia juga mempunyai khidmat selepas jualan yang baik.

    Ia juga ada menyediakan latihan pengenalan percuma untuk sesuatu produk baru keluarannya. Contohnya aku pernah dijemput untuk menghadiri satu bengkel membuat website untuk perniagaan yang lengkap dengan sistem sokongan pembayaran melalui kad kredit dan paypal. Aku pernah menghadiri bengkel itu sewaktu ia diadakan di Wisma MCA pada tahun lepas.

    “Contest ini dianjurkan oleh ciktom.com dan ditaja oleh Exabytes.”

    Latest articles

    Related articles

    20 Comments

    Leave a Reply to ohcikgu Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge