logo piala dunia FIFA 2014

Contest Piala Dunia 2014 – Peluang Menang Hadiah Besar

pasukan pilihan aku untuk bergelar juara pada kejohanan kali ini

pasukan pilihan aku untuk bergelar juara pada kejohanan kali ini

Demam Piala Dunia dah bermula. Memang kejohanan 4 tahun sekali ini ialah kejohanan yang ditunggu-tunggu oleh peminat bolasepak di seluruh dunia. Kejohanan ini adalah yang paling berprestij di dalam dunia bolasepak. Di sini kita akan dipertontonkan dengan kemahiran bermain bolasepak oleh bintang-bintang bolasepak di seluruh dunia. Di sini pemain pujaan kita akan menunjukkan kemahiran luarbiasa mereka.

Ia seperti fenomena. Sepanjang kejohanan ini rata-rata topik perbualan akan berkisar kepada bolasepak. Daripada merah mata kerana bersengkang mata menunggu perlawanan di dinihari sehinggalah memakai jersey negara pilihan masing-masing. Itu adalah antara fenomena demam piala dunia.

Pada tahun 2010, kejohanan ini yang diadakan di Afrika Selatan, Sepanyol telah dinobatkan sebagai juara. Pasukan ini telah memukau peminat bolasepak seluruh dunia dengan kemantapan di semua posisi. Posisi tengah pasukan ini yang amat mantap dengan bintang-bintang bertaraf dunia merupakan kunci utama kejuaraan Sepanyol.

Kini kejohanan ini telah beralih ke Brazil selaku tuan rumah. Dalam kejohanan ini, ini adalah kali kedua Brazil dipertanggungjawabkan menjadi tuan rumah. Piala dunia FIFA kali ke 20 ini diadakan di Brazil bermula 12 Jun sehingga 13 Julai 2014.

Walaupun diselubungi pelbagai kontroversi tentang persiapan tuan rumah, 12 lokasi stadium telah pun bersedia untuk kejohanan ini. sebanyak 32 buah negara akan beradu untuk merebut piala nan satu yang paling berprestij ini.

Kejohanan kali ini menjadi lebih istimewa kerana di samping keterujaan anda melihat pasukan kegemaran anda beraksi, anda juga berpeluang untuk menang pelbagai hadiah. Hanya teka keputusan perlawanan di laman web Brazil.com, anda berpeluang untuk membawa pulang hadiah lumayan yang dimaksudkan.

Judi bolasepak?

Tidak, anda jangan risau. Ia bukan judi. Judi ialah anda mengeluarkan modal (duit dan sebagainya) yang sedikit tetapi mengharapkan anda beroleh pulangan yang berkali ganda banyak tanpa usaha yang sepatutnya. Anda hanya berharap kepada nasib.

Tetapi yang ini anda hanya meneka tanpa anda keluarkan sesen pun. Dan yang memberi anda hadiah bukannya diambil daripada duit peserta yang meneka malah disumbangkan oleh pihak yang menganjurkan contest ini. Jadi jangan bimbang ya.

Bagaimana caranya

  • lawati laman web brazil.com
  • Klik butang “Contest Kick Off”
klik "Contest Kick Off" untuk mendaftar, bukan sign up

klik “Contest Kick Off” untuk mendaftar, bukan sign up

  • isi maklumat yang diminta
  • satu emel pengesahan akan dihantar dan anda hendaklah klik link di dalam emel tersebut untuk pengesahan
emel pengesahan dihantar berserta dengan user name dan password

emel pengesahan dihantar berserta dengan user name dan password

  • login dengan menggunakan “user name” dan “password” yang diberikan di dalam emel
  • teka skor perlawanan (anda diberi 2 kali peluang untuk tekaan pembetulan)
teka skor perlawanan

teka skor perlawanan

  • yang penting kena login setiap kali hendak join dan hantar tekaan bagi mengumpul mata dari akaun sendiri

Apa Hadiahnya

Peraduan Pertama : dari 25 Mei 2014 hingga 26 Jun 2014

Hadiah Pertama: 1 tempat – tempat ke-60
T-shirt (nilai e-Sijil Hadiah $100)

Hadiah Kedua: tempat ke-61 tempat-161
Bola Sepak (nilai e-Hadiah Sijil $50)

Peraduan Kedua : dari 27 Jun 2014 hingga 13 Julai 2014

Hadiah Pertama: skor tertinggi (1 hadiah)
Tiket untuk 2 (Kelas Perniagaan) 7 hari, 6 malam penginapan + USD 1,000 elaun makan sama ada Macau, Rio de Janeiro atau London oleh pilihan pemenang

Hadiah pertama

Hadiah pertama

Hadiah Kedua: pemenang kedua (1 hadiah)
Tiket untuk 2 (Kelas Ekonomi) 7 hari, 6 malam penginapan + USD 500 elaun makan sama ada Macau, Rio de Janeiro atau London oleh pilihan pemenang

Hadiah Ketiga: dari 3 tempat tempat-22 (20 hadiah)
Kamera Canon E06 6D atau Nikon D5300 kamera atau MacBook Air atau MacBook Pro

hadiah ketiga

hadiah ketiga 2

Hadiah Keempat: dari 23 tempat tempat-ke-37 (15 hadiah)
iPhone 5C atau Xbox Satu dengan Game Fifa 14 atau Go Pro Hero 3 + Black Edition

hadiah keempat2

hadiah keempat

hadiah keempat 3

Hadiah kelima: dari 38 tempat tempat-minit ke-87 (50 hadiah)
iPod Nano atau Nike Sport Watch

Hadiah Keenam: dari tempat ke-88 – tempat 147 (60 hadiah)
T-shirt (nilai e-Sijil Hadiah $100)

Apa syarat Contest 

  • Berumur lebih 12 tahun
  • Daftar dan login di laman web Brazil.com
  • Jawab soalan ramalan di bahagian Bonus Questions
  • Pilih salah satu daripada kesemua perlawanan sebagai “Joker Ball” (gunanya untuk menggandakan markah yang diperolehi daripada sesuatu perlawanan itu)
  • Mengutip mata sebanyak yang mungkin melalui tekaan yang telah dibuat untuk memenangi hadiah

Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 pertandingan

  1. Kumpulan Perlawanan
  2. Pusingan 16 + Suku Akhir + Separuh Akhir + tempat 3 + Akhir

Objektif pertandingan ini adalah untuk mengumpul mata sebanyak yang boleh mengikut tekaan peserta contest. (Mata yang diperolehi dalam pertandingan yang pertama tidak akan dibawa ke pertandingan seterusnya).

Best kan? Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke Brazil.com untuk melihat sendiri syarat dan pengiraan markah bagi membolehkan mata-mata yang dikumpul.

Anda juga boleh merujuk entri-entri rakan #TeamWork berikut untuk rujukan lanjut:

  1. Menang Hadiah Piala Dunia 2014 Brazil.com
  2. Contest Piala Dunia 2014 USD100 ribu untuk anda
  3. Menang USD100 Ribu Dengan Contest Piala Dunia 2014

7 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: