Raya Bagus kempen khas Courts untuk menyambut hari raya

Courts ID Workshop & Digital Sofa Maker Contest

Courts Malaysia

Courts Malaysia

Kompleks membeli belah sudah mula dibanjiri dengan orang ramai yang ingin membeli belah. Antara yang menjadi tumpuan ialah sebuah kompleks membeli belah di Jalan TAR. Aku ke sana dua hari yang lalu untuk mencari pakaian Hari Raya Aidilfitri untuk anak-anak. Memang ternyata, ia sudah mula sesak dengan orang ramai. Alhamdulillah, untuk urusan baju raya anak-anak sudah dilangsaikan. Jadi tak perlulah aku ke sana lagi pada bulan puasa nanti yang pastinya keadaan akan menjadi lebih sesak.

Aku juga ada pergi ke kedai perabot dan kedai barangan eletrik. Tujuannya adalah untuk meninjau set bilik tidur dan TV baru. Dalam banyak-banyak kedai yang aku pergi, Courts juga yang menjadi pilihan di hati. Merupakan sebuah gedung membeli belah setempat, Courts – gedung jualan perabot, IT, serta barangan digital dan eletrik terbesar di Asia memang tempat yang paling ideal untuk anda lawati.

Raya Bagus kempen khas Courts untuk menyambut hari raya

Raya Bagus kempen khas Courts untuk menyambut hari raya

Ditambah pula dengan tawaran menarik daripada Courts, sempena bulan hari raya yang bakal tiba nanti iaitu promosi Kempen Raya Bagus. Oh ya untuk kempen ini anda boleh melihat katalog barangan yang ditawarkan ini sebelum ke gedung untuk melihat barangan sebenar.

Ada satu lagi tawaran hebat daripada Courts untuk anda sempena hari raya yang menjelang tiba ini. Courts akan mendakan 2 event pada hari yang sama secara serentak. Ia adalah ID Workshop dan Digital Sofa Maker Contest. Event ini akan diadakan pada 28 Jun 2014 bertempat di Courts Bandar Sri Damansara.

ID Workshop

Workshop ini akan dikelolakan oleh salah satu daripada rakan Courts dalam barangan perabot, Wilbert Liu jurucakap daripada SilentNight. Ia adalah Decorating Workshop yang akan berkongsi dengan anda tips dan trick bagaimana untuk menghias dan mencantikkan rumah anda.

Wokshop yang dijangka akan bermula pada pukul 10.20 ini akan berakhir selepas 1 jam.

Digital Sofa Maker Contest

Sofa Maker adalah satu lagi tarikan untuk anda ke sini. Dengan aplikasi ini, anda bebas membuat design sofa mengikut kehendak anda sendiri dengan hanya memadankan lebih 200 pilihan fabrik dan warna dengan menggunakan aplikasi ini. Aplikasi ini sangat senang untuk digunakan, sangat selesa dan membolehkan pelanggan membayangkan sofa idaman hanya dihujung jari. Harga pun dapat dikurangkan dengan memilih ciri-ciri yang anda mahu sahaja.

Sofa Maker siap diinstall dalam iPad

Sofa Maker siap diinstall dalam iPad

Untuk memberi pendedahan kepada pelanggan tentang aplikasi ini, satu contest akan diadakan. Digital Sofa Maker Contest akan diadakan selepas ID Workshop pada hari yang sama. “Design Your Own Sofa” ini akan diadakan selama setengah jam sejurus selepas ID Workshop.

Sofa yang boleh dipadan dengan fabrik dan warna pilihan sendiri

Sofa yang boleh dipadan dengan fabrik dan warna pilihan sendiri

Peserta contest ini dikehendaki mereka sofa dengan memadankan jenis dan corak fabrik dengan bentuk sofa pilihan mereka mengikut citarasa unik mereka sendiri. Hanya satu hasil yang terbaik akan dipilih sebagai pemenang. Pemenang akan dipilih oleh juri-juri yang terdiri daripada Allard (Country CEO Courts), Bee Yin (Pengarah Pemasaran Courts) & Mr Wilbert Liu (Jurucakap daripada Silentnight). Yang tidak terpilih sebagai pemenang utama jangan risau sangat. Anda akan membawa pulang hadiah saguhati.

ratusan fabrik dan warna untuk dipadankan dengan sofa

ratusan fabrik dan warna untuk dipadankan dengan sofa

Hadiah utama:
– 1 x customized 3 seaterJazine sofa by SilentNight worth RM2399 (retail price).

– Hadiah saguhati

Jadi jom cuba nasib di dalam contest ini. Permohonan kemasukan akan ditutup pada 26 Jun 2014. Jadi usah buang masa. Pohonlah sekarang.

Cara memohon sangat mudah. Apa yang perlu anda buat ialah cuma jawap di ruangan komen di dalam entri ini “Apakah inspirasi ruang tamu kediaman anda?”

Mudah kan? 10 peserta akan disenarai pendekkan dan dipilih sendiri oleh pihak Courts. Sekali lagi tarikh tutup komen ialah Khamis, 26 Jun pukul 6 petang ya…

Jangan tunggu lagi, Tinggalkan komen anda di bawah ini. Pastikan ada alamat email atau contact! Mana tau anda adalah salah seorang yang termasuk di dalam senarai pendek yang yang akan dipilih untuk sertai workshop dan contest dari Courts ini.

Jom…!

16 comments

  1. Ezna Binti Ahmad Khalili 26 June, 2014 at 13:17 Reply

    Ezna Binti Ahmad Khalili / roseqisteena@yahoo.com / eznakhalili.com

    “Apakah inspirasi ruang tamu kediaman anda?”

    Berkonsepkan klasik inggeris inspirasi ruang tamu pilihan saya,
    Eksperimentasi penggunaan warna suai dan padan menambah seri,
    Percikan cat berwarna merah melatari dinding menyuntik gaya,
    Sofa idaman kini hanya di hujung jari,
    Ratusan fabrik dan warna melatari Courts kini,
    Moga sentuhan magis sofa by SilentNight bukan lagi mimpi.
    Ezna Binti Ahmad Khalili recently posted..Trip to USA : San Francisco (Lombard Street/Palace of Fine Arts/Golden Gate Bridge/Jelly Belly Company) Day 9 Part 1My Profile

  2. Nor Ariffin Hamzah 26 June, 2014 at 14:43 Reply

    “Apakah inspirasi ruang tamu kediaman anda?”
    Ruang tamu minimalis dan kontemporari moden sesuai dengan ruang tamu kediaman saya yang sempit. Inspirasi ini juga sesuai untuk orang bujang. Warna yang dipilih juga adalah warna yang cerah. Dengan sentuhan dari Silentlight dan Courts apa yang diidamkan akan menjadi kenyataan.
    Nor Ariffin Hamzah recently posted..Tips Untuk BerhijrahMy Profile

  3. Nor Ariffin Hamzah 26 June, 2014 at 14:43 Reply

    “Apakah inspirasi ruang tamu kediaman anda?”
    Ruang tamu minimalis dan kontemporari moden sesuai dengan ruang tamu kediaman saya yang sempit. Inspirasi ini juga sesuai untuk orang bujang. Warna yang dipilih juga adalah warna yang cerah.
    Nor Ariffin Hamzah recently posted..Tips Untuk BerhijrahMy Profile

  4. ierakan 26 June, 2014 at 18:09 Reply

    Inspirasi ruang tamu kediaman anda:

    mahu merekacipta ruang tamu yang santai dan elegan. Mahukan sofa yang selesa dan dan bergaya dengan pemilihan warna yang sesuai mengikut tema dan harga yang berpaututan. Yang paling penting ianya selesa untuk keluarga bersantai dan mampu memikat hati tetamu yang berkunjung. Tidak lengkaplah sebuah rumah tanpa ruang tamu dan tidak lengkaplah ruang tamu itu tanpa sofa.

    Di courts Malaysia kita berbelanja,
    Pelbagai pilihan pastinya tertawan,
    Inspirasi ruang tamu kediaman anda,
    Digital sofa maker diperkenalkan.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: