Cuba Menulis Guna Teknik SEO

Selama ini aku ada terbaca entri di sana sini blogger-blogger otai bercakap tentang SEO. Aku yang baru berkecimpung ini antara faham dan tidak, ikutilah apa yang dinukilkan mereka tentang SEO ini.

Selama ini aku menulis tanpa fikirkan sangat apa itu teknik SEO. Pada pendapat aku lebih baik aku banyakkan karya aku di dalam blog ini dengan wacana-wacana yang bermutu dan boleh memberi pembaca manfaat dan ilmu. Mungkin kalau aku terlalu fikir pasal SEO tulisan aku akan menjadi tidak bebas sebebas otak ku yang berfikir. Betul juga apa yang dikatakan oleh blogger sifoo INI.

Suatu hari, terdetik akan hati ini untuk mencuba apa yang aku baca dan ikuti dari penulisan blogger-blogger otai tentang SEO ini. Ya… aku ingin cuba menulis guna teknik SEO.

Oleh kerana tiada tajuk khusus yang berlegar di ruang kepala dan pada pagi itu isu “malware” menyerang blog-blog rakan blogger agak panas, maka aku dengan gaya selambanya menulis tentang serangan virus itu.

Semalam terdetik hati aku untuk melihat apa dah jadi dengan karya sempoi aku itu. Lalu jari jemari ku lantas menekan keyboard komputer riba aku dengan kata kunci “blogger otai” di lapangan carian google. Jeng jeng jeng… inilah hasilnya:

Hasil carian di google dengan kata kunci “blogger otai”

Entri ku yang bertajuk: “Blog-blog Kepunyaan Blogger-blogger Otai Diserang Virus Malware” berada di page pertama hasil carian google. Dan yang lebih manisnya ia di tempat yang ke 4. So kiranya teknik SEO aku berjaya jugak ler… hehehehe.Tidak sia-sia aku cuba menulis guna teknik SEO.

Syabas ku ucapkan kepada diri ku sendiri (nak harap orang lain ucap memang tak der orang nak ucap sebab benda ni perkara biasa kot untuk blogger-blogger otai)! Lepas ni nak cuba menulis guna teknik SEO lagilah. Asah skill. Manalah tau nanti boleh jadi terer. Hehehe

26 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: