Cuti Sekolah Sudah Bermula, Rancanglah Cuti Dengan Bijak

gambar kawin Cuti Sekolah Sudah Bermula, Rancanglah Cuti Dengan Bijak

Gambar hiasan, diambil dari internet

Sekarang dah mula cuti sekolah. Antara tanda-tanda musim cuti sekolah dah bermula banyaknya jemputan ke majlis-majlis orang kahwin, akikah, naik rumah baru (house warming) dan berjawi (bersunat).

Hari Sabtu dan semalam (Ahad) menjadi pilihan ramai untuk melaksanakan kenduri tersebut terutama kenduri kahwin. Ini adalah kerana tarikhnya yang cantik dan senang diingati. Hari sabtu 1ohb November 2012 nampak cantik ditulis dan disebut, 10/11/12. Hari Ahad pun sama, 11/11/12. Hari ini pun cantik juga, 12/11/12.Ini termasuklah rakan blogger broframestone yang memilih 10/11/12 sebagai hari akad nikah.

Ramai yang mengambil cuti pada hari ini dan 14hb November kerana besok 13hb November adalah cuti Deepavali manakala 15hb November pula adalah cuti Awal Muharram. Jadi ada yang merancang cuti dengan mengambil kedua hari ini dan 14hb November. Jadi, lama la sikit dapat cuti. Cuti yang lama ini boleh lah digunakan untuk membuat kenduri yang disebutkan tadi.

Bagi yang tiada jemputan kenduri ataupun yang tidak terlibat dengan kenduri pula, cuti yang lama ini bolehlah digunakan untuk membawa anak-anak bercuti ke tempat-tempat pilihan di Malaysia ataupun diluar negara.

Kepada yang tak kemana-mana pula, hendaklah sentiasa memantau aktiviti anak-anak. Ini disebabkan keadaan hujan yang tidak menentu dan banjir di beberapa tempat. Dikhuatiri anak bermain air dengan kawan-kawan tanpa kawalan. Ingat, bahaya sentiasa menanti. Jangan jadikan cuti sekolah mereka cuti yang sedih.

Kepada ibu bapa, rancanglah aktiviti anak-anak dengan bijak. Banyak pengisian yang bermanfaat di musim cuti sekolah boleh diberikan kepada anak-anak. Banyak kem-kem motivasi yang boleh dihadiri,. Ada juga kelas intensif belajar Al-Quran. Ada juga kelas-kelas tahfiz Al-Quran. Hantarlah mereka untuk mendalami ilmu tersebut.

Ataupun paling kurang bawalah mereka ke perpustakaan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Galakkan mereka meminjam buku di perpustakaan untuk dibaca diantara kunjungan ke perpustakaan seminggu sekali itu. Galakkan mereka habiskan pembacaan sebelum lawatan yang seterusnya. Sediakan buku log untuk catitkan buku-buku yang telah dibaca, beserta penulis, tarikh meula dan habis baca dan sedikit sinopsis. Jadikan ini sebagai pertandingan diantara adik beradik. Nanti diakhir cuti sekolah, bagilah sedikit hadiah untuk menyukakan hati mereka.

Apa-apa pun rancanglah cuti anda dan cuti sekolah anak-anak anda dengan bijak.

312 total views, 1 views today

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge