More

    Dana Kecemasan Untuk Blogger Sepenuh Masa

    kerjaya blogging sepenuh masa
    Perancangan kewangan untuk blogger sepenuh masa – dana kecemasan

    Menjadi seorang blogger secara sepenuh masa ataupun fulltime ini memang seronok. Apa tidaknya. Tiada masa kerja yang spesifik, pendapatan tiada had hasil daripada aktiviti buat duit dengan blog, tiada bos peraturan pejabat yang perlu diikut dan lain-lain lagi yang orang makan gaji tak dapat lakukan.

    Namun di sebalik keseronokan tersebut terhidang satu perkara yang harus difikirkan dari sudut perancangan kewangan. Tak tahulah samada blogger yang sudah menceburi bidang blogging secara sepenuh masa dah terfikir apa yang bakal aku huraikan nanti. Kalau dah buat bagus lah. Kalau belum kena buat dengan segera sebelum terlambat.

    perancangan kewangan untuk blogger
    sudahkah anda bersedia untuk menjadi blogger secara sepenuh masa?

    Ada beberapa perkara yang sangat perlu anda lakukan sebelum menjadikan blogging sebagai kerjaya sepenuh masa. Aku akan cuba huraikan satu persatu perancangan kewangan yang dimaksudkan itu di blog ini untuk mengurangkan kebosanan anda membaca artikel yang panjang berjela.

    Perkara yang aku huraikan kali ini adalah berkenaan dengan persediaan dari segi kewangan di kala berlaku perkara kecemasan. Perlu anda sebagai blogger sepenuh masa sedia DANA KECEMASAN.

    perancangan kewangan sewaktu kecemasan
    Binalah dana kecemasan anda sebagai persediaan

    Ini amat penting di kala anda memerlukan duit yang segera untuk perkara-perkara kecemasan seperti sakit dan sebagainya. Tanpanya kita mungkin akan mengalami kesukaran.

    Dana ini perlu disimpan ditempat yang senang untuk dikeluarkan. Ia mestilah assets senang cair berupa wang tunai. Tempat yang paling sesuai untuk menyimpan dana ini ialah di akaun simpanan biasa di bank-bank tempatan. Namun disebabkan sekarang sudah ada tempat simpanan lain yang bersifat mudah cair, seperti simpanan ASB dan Tabung Haji, simpanan ini juga boleh diambil kira.

    Ramai yang bertanya berapakah amaun yang perlu dikesampingkan sebagai dana kewangan ini? Jawapan aku, ianya bergantung kepada berapa banyak perbelanjaan bulanan untuk satu keluarga itu.

    Pada pandangan aku, dana ini mestilah enam (6) kali daripada jumlah perbelanjaan bulanan keluarga. Contohnya jika sebulan keluarga tersebut biasanya berbelanja sebanyak RM4,000 maka dana ini mestilah berjumlah RM24,000. Kalau dana untuk tujuan kecemasan ini boleh dikumpulkan untuk setahun perbelanjaan lagi bagus.

    Berapa banyak dana untuk kecemasan ini masih menjadi perbahasan sebenarnya. Ada juga yang berpendapat cukuplah dana di kala kecemasan ini hanya 3 bulan perbelanjaan keluarga. Ini bergantung kepada individu tersebut. Cuma pada pandangan aku, lebih banyak lebih bagus. Ini adalah kerana perkara kecemasan tidak memberitahu kita berapa banyak kosnya. Jadi bersedia adalah satu tindakan yang bijak.

    Jadi jika dana untuk menjaga kita sewaktu kecemasan sedikit, berusahalah untuk menambahkan lagi dana tersebut dari masa ke semasa. Ini untuk keselesaan kita juga.

    Untuk blogger yang sudah bergerak secara sepenuh masa, sila bertindak segera. Periksa dana di kala kecemasan anda segera. Cukupkah ia menampung perbelanjaan anda jika berlaku perkara-perkara yang drastik di dalam hidup anda dan keluarga anda. Jika belum cukup berusahalah menambahkan lagi dana tersebut.

    Kepada blogger sepenuh masa yang belum ada dana ini, anda sedang berada di dalam zon bahaya. Namun belum terlambat. Sekurang-kurangnya anda sudah sedar akan keperluan dana ini. Jadi bertindaklah dengan segera.

    Kepada blogger yang berhasrat untuk menjadikan kerjaya blogging sebagai kerjaya sepenuh masa, sila kumpulkan dana kewangan untuk waktu kecemasan ini. Anda sebenarnya ada kelebihan di mana di waktu anda melangkah dengan kedua-dua belah kaki di dalam dunia blogging secara sepeuh masa nanti, anda sudah ada dana yang dimaksudkan ini.

    Jom kumpul dana untuk waktu kecemasan! Jom merancang kewangan kita!

    nota:
    perkara-perkara lain akan aku huraikan di dalam entri yang akan datang. Tunggu!!!!

    Latest articles

    Related articles

    28 Comments

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge