Daniel Sturridge Dan Tom Ince Akan Ke Liverpool?

Stadium Liverpool, Anfield

Stadium Liverpool, Anfield

Daniel Sturridge dan Tom Ince akan ke Liverpool? Liverpool memang sedang mengalami krisis pemain pada musim ini terutamanya di bahagian serangan. Andy Caroll dilepaskan secara pinjaman kepada kelab West Ham United. Harapan untuk melihat Fabio Borini menjadi penjaring tegar meleset apabila sentuhannya di depan gol agak hambar. Ditambah pula dengan kecederaannya yang memaksa dia berehat dalam jangamasa yang agak panjang. Kini hanya tinggal Luis Suarez seorang sahaja yang boleh diharapkan untuk menjaringkan gol secara kerap.

Pihak pengurusan Liverpool harus berbuat sesuatu jika sasaran tempat ke 4 musim ini ingin direalisasikan. Oleh itu pemain penyerang baru harus dicari segera semasa musim perpindahan Januari nanti. Tindakan ini pada pandangan saya adalah sesuatu yang wajib dilakukan. Untuk menampung kos pembelian penyerang baru untuk bergandingan dengan Suarez, Liverpool mempunyai pemain-pemain yang lebih banyak menghabiskan masa di bangku simpanan, sedangkan memperolehi gaji mingguan yang tinggi. Pemain seperti Joe Cole dan Stewart Downing perlu dilepaskan. Kecuali Stewart Downing dapat membuktikan nilai dirinya dengan mengukuhkan kedudukannya di posisi barunya iaitu di pertahanan kiri. Sekurang-kurangnya penjualan keduanya dapat membantu kos pembelian pemain baru yang mungkin tinggi.

Khabar angin bertiup kencang menyatakan Liverpool berminat untuk mendapatkan Daniel Sturridge sebagai pasangan Suarez di waktu perpindahan Januari nanti. Sebenarnya nama Daniel Sturridge ini sudah meniti dibibir Brendan Rodgers pada waktu perpindahan yang lalu. Dan dia tampak begitu hampir menyarung jersey Liverpool pada masa itu. Namun hajat tidak kesampaian.

Rafa Benitez juga sedang membentuk kembali pasukan Chelsea. Kemungkinan ramai pemain yang akan dilepaskan. Jika tidak pada waktu perpindahan pendek Januari ini, pemain-pemain yang berada di dalam senarai “buangan” pasti akan ditunjukkan pintu keluar juga pada akhir musim nanti. Pemain yang membayangkan akan meninggalkan Chelsea di akhir musim nanti adalah Frank Lampard.

Daniel Sturridge dilihat sebagai tiada di dalam perancangan Rafa Benitez. Kali terakhir dia bermain untuk kelab Chelsea adalah pada perlawanan terakhir Chelsea di bawah kendalian Roberto DiMatteo. Dalam perlawanan tersebut Chelsea tumbang 1-2 kepada West Brom. Sejak itu dia hanya memanaskan bangku simpanan.

Daniel Sturridge

Daniel Sturridge

Minat Liverpool terhadap pemain ini akan digunakan sepenuhnya oleh Rafa Benitez. Dijangka Daniel Sturridge akan dijual sekitar harga 12 Juta (pound).

Seorang lagi yang dijangka akan dibeli oleh Liverpool ialah bekas pemain pelapisnya iaitu Tom Ince. Tom Ince dijual kepada Kelab Blackpool hanya 18 bulan yang lalu. Namun perkembangan yang cepat dan prestasi permainannya yang menyerlah di kelab tersebut membuka kembali minat Liverpool. Nilai pemain ini bernilai 6 Juta. Tetapi Liverpool boleh mendapatkan dengan hanya 4 Juta disebabkan kontraknya yang mempunyai klausa jualan yang disertakan semasa dia dibeli dari Liverpool dulu.

Tom Ince

Tom Ince

BBC Sport melaporkan Liverpool semakin dekat untuk menyempurnakan urusan perpindahan kedua-dua pemain tersebut.

Harapan aku sebagai pemerhati dan peminat agar kedua pemain ini akan dapat membantu Liverpool mencari sasarannya.

 

You’ll Never Walk Alone!!!

 

11 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: