Daniel Sturridge dan Tom Ince akan ke Liverpool? Liverpool memang sedang mengalami krisis pemain pada musim ini terutamanya di bahagian serangan. Andy Caroll dilepaskan secara pinjaman kepada kelab West Ham United. Harapan untuk melihat Fabio Borini menjadi penjaring tegar meleset apabila sentuhannya di depan gol agak hambar. Ditambah pula dengan kecederaannya yang memaksa dia berehat dalam jangamasa yang agak panjang. Kini hanya tinggal Luis Suarez seorang sahaja yang boleh diharapkan untuk menjaringkan gol secara kerap.
Pihak pengurusan Liverpool harus berbuat sesuatu jika sasaran tempat ke 4 musim ini ingin direalisasikan. Oleh itu pemain penyerang baru harus dicari segera semasa musim perpindahan Januari nanti. Tindakan ini pada pandangan saya adalah sesuatu yang wajib dilakukan. Untuk menampung kos pembelian penyerang baru untuk bergandingan dengan Suarez, Liverpool mempunyai pemain-pemain yang lebih banyak menghabiskan masa di bangku simpanan, sedangkan memperolehi gaji mingguan yang tinggi. Pemain seperti Joe Cole dan Stewart Downing perlu dilepaskan. Kecuali Stewart Downing dapat membuktikan nilai dirinya dengan mengukuhkan kedudukannya di posisi barunya iaitu di pertahanan kiri. Sekurang-kurangnya penjualan keduanya dapat membantu kos pembelian pemain baru yang mungkin tinggi.
Khabar angin bertiup kencang menyatakan Liverpool berminat untuk mendapatkan Daniel Sturridge sebagai pasangan Suarez di waktu perpindahan Januari nanti. Sebenarnya nama Daniel Sturridge ini sudah meniti dibibir Brendan Rodgers pada waktu perpindahan yang lalu. Dan dia tampak begitu hampir menyarung jersey Liverpool pada masa itu. Namun hajat tidak kesampaian.
Rafa Benitez juga sedang membentuk kembali pasukan Chelsea. Kemungkinan ramai pemain yang akan dilepaskan. Jika tidak pada waktu perpindahan pendek Januari ini, pemain-pemain yang berada di dalam senarai “buangan” pasti akan ditunjukkan pintu keluar juga pada akhir musim nanti. Pemain yang membayangkan akan meninggalkan Chelsea di akhir musim nanti adalah Frank Lampard.
Daniel Sturridge dilihat sebagai tiada di dalam perancangan Rafa Benitez. Kali terakhir dia bermain untuk kelab Chelsea adalah pada perlawanan terakhir Chelsea di bawah kendalian Roberto DiMatteo. Dalam perlawanan tersebut Chelsea tumbang 1-2 kepada West Brom. Sejak itu dia hanya memanaskan bangku simpanan.
Minat Liverpool terhadap pemain ini akan digunakan sepenuhnya oleh Rafa Benitez. Dijangka Daniel Sturridge akan dijual sekitar harga 12 Juta (pound).
Seorang lagi yang dijangka akan dibeli oleh Liverpool ialah bekas pemain pelapisnya iaitu Tom Ince. Tom Ince dijual kepada Kelab Blackpool hanya 18 bulan yang lalu. Namun perkembangan yang cepat dan prestasi permainannya yang menyerlah di kelab tersebut membuka kembali minat Liverpool. Nilai pemain ini bernilai 6 Juta. Tetapi Liverpool boleh mendapatkan dengan hanya 4 Juta disebabkan kontraknya yang mempunyai klausa jualan yang disertakan semasa dia dibeli dari Liverpool dulu.
BBC Sport melaporkan Liverpool semakin dekat untuk menyempurnakan urusan perpindahan kedua-dua pemain tersebut.
Harapan aku sebagai pemerhati dan peminat agar kedua pemain ini akan dapat membantu Liverpool mencari sasarannya.
You’ll Never Walk Alone!!!
harap dengan pembelian ini dapat memantapkan lagi pasukan liverpool.. 🙂
begitu lah harapannya wahai boni yg kacak 😉
sohoque recently posted..Nama Afdlin Shauki Kembali Harum Selepas Balik Dari Gazza
Bagi aku Sturridge memang pemain yg sgt berbakat tetapi ditengelam oleh nama2 besar. Kalau dia dan Tom Ince join Liverpool memang bagus juga
beckhrooy recently posted..Rahsia Trafik Blog Tinggi 10000UV Sehari Beckhrooy.com
itulah.. harapan aku kalau betul dia mai liverpool, mintak2 menyerlah lah
sohoque recently posted..Daniel Sturridge Dan Tom Ince Akan Ke Liverpool?
em speechless kl bab bola ni..hehe
hahahah. x per cik tom. komen kat entri sy yg lain. 😉
harapnya liverpool tak buat silap macam masa transfer window yg lalu dan biarkan player target lepas ke kelab lain.
khairil recently posted..18 Gambar Pemandangan Indah Dan Menakjubkan Di Gurun Sahara
itula.. begitu lah harapannnya..
sohoque recently posted..Skandal Hubungan Bonikacak Dan Broframestone
betul3x!
gua sokong MU. haha..
titan recently posted..Komisen ke 99 dari TNX
ehhehehe.. syaitan merah bro.. hehehhe
sohoque recently posted..Skandal Hubungan Bonikacak Dan Broframestone