DG Smart Plan and my Android Phone

Salam semua..

Hahaha.. Masa mula-mula aku mendengar nama Ice Cream Sandwich ini aku ingatkan ianya sejenis makanan – bunyinya seperti sejenis roti sandwich yang diletak aiskrim. Rupa-rupanya platform terbaru Android.

Sistem Operasi (OS) Android ni terkenal dengan nama-namanya yang agak unik dan pelik. Semua nama-nama makanan. Lihat saja sejarah versi OSnya:

Apa istimewanya platform Android yang baru ini?

Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) ialah platform Android versi terbaru untuk telefon, tablets dan banyak lagi. Ia dibina dengan mengambil kira perkara-perkara yang orang ramai suka kepada Android iaitu “multitasking” yang mudah, notifikasi yang pelbagai, skrin depan yang mudah disesuaikan, “widgets” yang mesra pengguna, dan banyak lagi ciri-ciri baru di dalam komunikasi dan perkongsian. Telefon pintar (smartphone) yang pertama menggunapakai platform ini adalah Samsung Galaxy Nexus.

Antara kelebihan-kelebihan yang terdapat pada Sistem Operasi Android Ice Cream Sandwich ialah:

Google+ Teleconference

  • dilengkapi dengan Google+, pengguna boleh membuat teleconferencing sehingga dengan 10 orang secara serentak dengan applikasi Google Hangout+

User Interface (UI)

  •  lebih advance dan kelihatan lebih “elegant” daripada platform yang sebelumnya, pelbagai ciri notifikasi, tambahan bentuk tulisan (font) dan paparan HD.

Face Unlock

  • mampu mengenal pasti wajah pengguna untuk tujuan membuka kunci telefon

Android Beam

  • mampu bertukar-tukar data dan informasi. Dengan hanya “tap” contact, laman web, video, atau muzik dapat dipindahkan ke telefon Android yang lain sama seperti bluetooth.

Instant voice

  • – anda boleh memilih butang “Voice Command” dan bercakap. Teks akan keluar serta merta walaupun kita belum habis bercakap. Inilah kelainan daripada Android yang sebelum ini.

 

Sekarang aku menggunapakai Samsung Galaxy Tab 7. Platformnya adalah Android Froyo 2.2. Sebab apa aku pilih Samsung Galaxy Tab 7? Sebabnya ia adalah satu pembelian yang sangat berbaloi pada masa aku beli dulu di mana pada masa itu belum banyak tablet yang keluar. Dengan fungsinya yang menyeluruh, ditambah lagi dengan harga yang amat berpatutan, ku kira aku telah membuat satu pembelian yang berbaloi.

Satu lagi ciri yang menyebabkan apa aku memilih Samsung Galaxy Tab 7 ialah ia adalah satu-satunya tablet yang ada fungsi panggilan keluar dan masuk. 2 dalam 1.

Akan tetapi masa berlalu, dengan hobi aku yang baru iaitu menulis blog, ku rasakan Galaxy Tab 7 sudah kurang sesuai dengan aku. Sebabnya aku nak kena selalu update blog. Dan aku perlukan tablet yang lebih besar seperti Samsung Galaxy Tab 10.1.

Oleh kerana aku tidak mahu menggunakan 2 talian telefon, aku terfikir satu idea iaitu aku pakai satu smartphone dan satu tablet. Tablet tersebut tak perlulah aku beli yang ada 3G. Cukuplah sekadar yang ada wifi. Sebabnya kat rumah aku dah ada unifi. Kat kedai mamak ada wifi. In case kat restoren tu tiada wifi, aku “on”kan AP mobile connection dari smartphone aku dan share 3G connectionnya. Aku rasa perancangan aku ni memang canteek.

Untuk itu aku kena cari smartphone yang ada fungsi mobile AP. Selepas membuat survey untuk mencari penyedia perkhidmatan terbaik untuk talian telefon bimbit dan 3G aku, aku terkesima dengan pakej dan pelan yang ditawarkan oleh Digi. Tambahan pula pakej tersebut turut menawarkan pilihan smartphone dan yang terus mematikan hajat aku aku untuk memilih yang lain adalah pakej Samsung Galaxy Nexus tersedia. Untuk makluman Samsung Galaxy Nexus adalah smartphone idaman aku sekarang. Jadi muktamad, service operator aku selepas ini adalah Digi.

Selepas ini aku akan review tentang pakej yang ditawarkan oleh Digi.

Sebelum itu mari kita review samsung Galaxy Nexus dahulu:

Samsung I9250 (Samsung Galaxy Nexus)

 GALAXY NEXUS dilengkapi dengan ciri-ciri Samsung yang terkini seperti skrin HD super Amoled, rekabentuk yang melengkung, nipis, dan lebih kelajuan “dual core processor” yang mendorong kepada prestasi yang mantap. Smartphone yang pertama Menggunapakai OS Ice Cream Sandwich khas untuk smartphone dan tablet, ia menggunakan “user interface” yang baru yang mudah digunakan.

Rekabentuk yang Ringkas & Melengkung

  Simple & Curved Design

Memiliki rekabentuk melengkung yang anggun senipis 8.94mm. Lengkungan yang menakjubkan, premium minimum 4.29 bezel edge dan garis bersih mewujudkan estetika minimalis yang dicemburui. Reka bentuk tanpa kunci memelihara rapi bahagian luaran dengan penutup Kulit Hyper yang menyenangkan apabila disentuh.

PANTAS & BERPRESTASI TINGGI

 FAST & POWERFUL performance

Dengan prestasi tinggi dual core processor – semuanya, daripada “connectivity” yang laju dan muat turun laman sesawang, “multitasking” yang lancar, serta peralihan UI yang lebih lembut. HSPA+ memberikan kelajuan data yang amat pantas, sehingga 3 kali kelajuan (7.2Mbps) HSDPA terdahulu. Jadi anda akan mendapat data yang diperlukan dengan lebih cepat dan menikmati video, filem, muzik dan permainan dalam sekelip mata.

Android 4.0 Yang Pertama – ICE CREAM SANDWICH

 First android4.0 ICE CREAM SANDWICH

Samsung GALAXY Nexus ialah smartphone yang pertama yang menggunakan OS “Ice Cream Sandwich”. Pengguna akan menjadi yang pertama menikmati “User Interface” yang canggih dan applikasi yang baru apabila mereka memasuki “Android Market”.

Google + Hangout

 Google + Hangout

Dengan Google+ yang telah siap terbina di dalamnya, perkongsian akan menjadi jauh lebih mudah. Dengan applikasi Hangouts anda mampu membuat sembang video (video chat) dengan 9 orang secara serentak tidak kira di mana sahaja anda berada. Google + mengandungi Circles (kumpulan/group terpilih), Huddle (sembang kumpulan – group chat), Stream (updates semasa), Photos (muat naik segera kepada “Cloud“). Ataupun hanya untuk log in Google Talk, Gmail, email, SMS dan Google Voice.

Face Unlock

 Face Unlock

Dengan Face Unlock di Galaxy Nexus anda kini boleh membuka kunci telefon anda hanya dengan senyuman. Tiada lagi kata laluan yang rumit untuk diingati, hanya hidupkan telefon dan lihat kamera untuk membuka kunci telefon anda dengan cepat.

Google Yang Sebenar

 Pure Google

Pengguna GALAXY Nexus menikmati akses istimewa untuk kemaskini dan perkhidmatan terkini secara terus dari Google. Pertama dalam kelasnya untuk naik taraf perisian dan ciri-ciri baru berasaskan Google yang telah dikenali ramai seperti Gmail dan Google Talk yang digabungkan dengan tawaran-tawaran baru.

HD Super AMOLED

 HD Super AMOLED

Nikmatilah pengalaman skrin sensasi dengan HD Super AMOLED (1280 x 720) , skrin berdefinisi tinggi  yang canggih dengan warna terang dan paling jelas yang terpancar keluar daripada “frame”. Memberikan imej yang jernih untuk pengalaman tontonan yang dipertingkatkan untuk semua gambar, video dan laman web anda. Nikmatilah pengalaman menonton wayang yang sebenar dalam nisbah 16:09 skrin penuh.

Tangkapan Segera (Instant Capture) – Tiada shutter lag

 Instant Capture – zero shutter lag

Sesuatu berlaku dengan pantas jadi dengan “shutter lag” sifar, pengguna  benar-benar dapat “capture” saat yang berharga itu. Fungsi Zoom-in yang bertambah baik menghasilkan tangkapan (shots) jarak dekat yang lebih besar, lebih jelas dan lebih tajam. Video Rakaman HD pula cemerlang dengan penstabilan video anti-goncang untuk rakaman “on-the-move”.

Ringkas & UI Yang Cantik

 Simple & Beautiful UI

UI Android terbaru bermula pada skrin utama baru yang dilengkapi dengan 360 darjah “Action Bar” dan widget interaktif dalam persekitaran yang holografik yang menarik. “Skrin-lock” yang mengikut citarasa pengguna, tulisan pelbagai saiz dan pemeriksa penggunaan data yang membolehkan anda untuk mengawal sepenuhnya dan menyesuaikan telefon bimbit anda.

Gerakan Tunggal Kamera Panoramic

 Single motion Panoramic Camera

Dengan GALAXY Nexus anda dapat kamera “high-end”, fokus automatik, prestasi “top notch” cahaya rendah dan cara yang mudah serta intuitif untuk mengambil gambar panorama. Ambillah gambar yang besar atau video 1080p, edit dan kemudian kongsilah secara terus dari smartphone anda dengan kawan-kawan.

Android Beam

 Android Beam

Dengan Galaxy Nexus anda kini dengan mudah boleh berkongsi “contacts”, laman web, aplikasi, peta, arahan dan video YouTube kepada orang lain yang berada hampir dengan anda. Hanya peegang dua telefon Android dengan rapat antara satu sama lain dan sentuh untuk “beam” dan berkongsi.
Untuk smartphone yang mantap dan canggih sebegini, hanya pelan mantap dan jjimat yang sesuai untuk kegunaan maksimanya. Selepas melakukan survey ke beberapa pelan daripada penyedia perkhidmatan talian telefon, aku dapati lebih bijak jika kita menggunakan DG Smart Plan.

 

Berikut adalah sebab-sebabnya:

1. Pakej pelan yang murah. Setelah membuat comparison dengan pesaingnya didapati pakej pelan adalah murah. Sila lawati laman web Digi

2. Pilihan smartphone yang banyak dan terkini yang ditawarkan bersama-sama pelan. Pergi saja ke Digi Store Online dan buatlah pilihan terbaik.

3. Boleh membuat segala urusan secara online di Digi Web bermula dari membeli telefon sehinggalah memilih pelan yang sesuai.

4. Pelbagai pilihan pelan mengikut kesesuaian pengguna di sini.

 

5. Rebet dan diskaun yang ditawarkan.

6. Penghargaan kepada para pelanggan – Digi Rewards

Jadi macamana kawan-kawan? Teruja tak? Jom “rembat” Galaxy Nexus dengan dengan Digi Smart Plan sorang sebijik.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: