More

    Digi Tawarkan Tambahan 7GB Pelan Internet Kepada Pengguna Prabayarnya. Hanya RM28 Sahaja!!

    Data internet dan bloggers

    Antara perkara yang paling penting untuk bloggers selain daripada gajet-gajet yang boleh membantu memudahkan kerja menerbitkan entri ialah data internet.

    Bagi aku data internet yang mencukupi adalah perkara yang wajib ada untuk seeorang blogger. Mana tidaknya, hidup blogger seperti aku ni memang banyak bergantung kepada internet.

    Tugas-tugas bloggers seperti live updates, membuat research untuk entri, menaip dan menerbitkan entri/artikel semuanya memerlukan sambungan internet.

    Jadi kalau data internet tidak mencukupi mana mungkin tugas-tugas blogger tadi dapat aku lunaskan dengan berkesan. Ia akan sedikit sebanyak menjejaskan kualiti kerja aku sebagai seorang bloggers. Inilah yang aku tak nak berlaku.

    Bagi aku kerja yang aku dapat perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Aku tak suka kerja sambilewa. Aku nak orang yang bayar aku untuk sesuatu kerja berpuashati dengan kerja aku.

    Aku perlukan tambahan data internet

    Kuota data yang aku gunakan sekarang memang tidak cukup..! Sebabnya kalau kat rumah aku memang tiada sumber data internet yang lain. Aku tak langgan pelan internet lain. Aku memang bergantung kepada pelan data internet aku sahaja.

    Kat rumah ni, bukan aku seorang yang guna. Aku akan kongsi data dengan isteri dan anak-anak aku. Haa diorang ni sebenarnya lebih banyak guna data internet daripada aku.

    4 orang sekaligus share data aku. Mana tak cepat habis kalau gini… Hehehe

    Isteri aku selain daripada bermedia sosial, beliau suka melayari Tonton. Drama-drama TV3 yang beliau tak sempat tengok akan diulang tonton kembali menggunakan aplikasi Tonton.

    Anak aku pulak akan melekat dengan Youtube. Walaupun aku kawal penggunaan Youtube daripada menonton perkara yang tidak berkaitan, video siri-siri pembelajaran di Youtube bukannya sedikit.

    episod Buntat meninggal dalam drama 7 Hari Mencintaiku. Aku pun kadang-kadang “teman” isteri tengok Tonton

    Aku pulak selain daripada kerja-kerja berkenaan blog, aku suka juga melayari Youtube dan Astro On The Go terutama perlawanan bolasepak Liga Perdana Inggeris dan siaran-siaran hiburan Astro yang menarik.

    Semua aktiviti ini melibatkan penggunaan data internet yang banyak. Dan pelan internet aku sekarang memang tidak dapat menampung semua aktiviti ini.

    Jadi aku mula mencari penyelesaian. Aku membuat keputusan untuk mencari pelan tambahan internet untuk aku khususkan untuk kerja-kerja blogging sahaja. Dan semestinya aku mencari yang betul-betul berbaloi – murah bayaran dan luas penggunaannya. Aku akan gunakan pelan ini di smartphone kedua aku.

    Digi Prabayar dengan lebihan 50% data internet

    Pencarian aku berakhir dengan pelan internet prepaid / prabayar terbaru Digi yang ternyata lebih murah. 7GB data internet dengan hanya Rm28. Pelan ini memang mencukupi untuk aku buat kerja-kerja blogging.

    Ini adalah pelan internet bulanan Digi yang terbaik dan berbaloi untuk Digi Live dan pelan prabayar Digi terbaik untuk pelanggan menikmati 50% lebih data internet.

    Sebelum ada tambahan data 7 GB macam sekarang ni, untuk pelan Prabayar Digi RM28, pengguna hanya mendapat 4GB data sahaja. Untuk data 7GB ini pula ia ada perincian penggunaannya seperti berikut:

    3GB – untuk sebarang penggunaan internet
    2GB – untuk Digi Video Freedom (Main partner: Youtube, iFlix, Tonton, Viu)
    2GB – untuk Digi Music Freedom (Spotify, Apple music, Joox, Raku)

    Haaa… Jimat bukan..?!

    Inilah pelan yang bakal menjadi jalan penyelesaian untuk aku. Lepas ni takkan ada lagi masalah tak cukup data. Senang hati aku…!

    2GB untuk Digi Video Freedom seperti  Youtube, iFlix dan Tonton. Ketiga-tiga aplokasi ni memang kegemaran aku. Ini bermakna aku lebih bebas untuk menonton channel dan rancangan serta filem  kegemaran aku.

    Begitu juga dengan peruntukan 2GB untuk Digi Music Freedom. Apple music dan Joox memang kesukaan aku. Aku akan melepak di aplikasi ini hampir setiap masa terutama semasa aku mengarang entri.

    Cara untuk melanggan

    Untuk pengguna Digi yang sedia ada, untuk korang langgan pelan jimat ni, korang hanya perlu mendail *116*1#, di smartphone korang.

    Untuk yang ingin mengetahui berkenaan pelan ini, silalah ke link berikut:

    Pelan internet prepaid Digi terkini yang lebih murah dapat menyelesaikan masalah kuota internet aku. Jika korang menghadapi masalah seperti aku, pelan ini juga akan dapat menyelesaikan masalah korang.

    Latest articles

    Related articles

    31 Comments

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge