Disk Space Sudah Penuh, Apa Yang Perlu Dibuat

wordpress self hosted.jpg

Salam dan selamat sejahtera buat semua…

Pengurusan ruang simpanan data ataupun disk space tidak kurang pentingnya kepada seorang blogger yang menggunakan self hosted wordpress. Ia telah saya bincangkan di sini.

Apa akan jadi jika disk space sudah penuh?

Jika disk space sudah penuh ataupun sudah mencapai had limit yang dibenarkan di dalam pakej hosting pilihan kita, kita tak dapat nak menerbitkan entri terbaru lagi. Tambah-tambah lagi jika entri tersebut mengandungi gambar-gambar ataupun data suara seperti video, muzik dan sebagainya. Biasanya emel akan dihantar kepada kita dari masa ke semasa jika limit disk space sudah hampir kepada limit.

Apa perlu kita buat jika disk space sudah penuh?

 

Upgrade Pelan/pakej webhosting

Ini adalah langkah yang paling mudah.

Hubungi syarikat penyedia webhosting yang kita langgan pakejnya dan suruh mereka upgrade pakej webhosting kita.

Sudah tentu setiap upgrade ataupun peningkatan nilai pakej ada kos tambahan yang perlu dibayar. Namun jika tak nak sakit kepala untuk menguruskan disk space, ini adalah cara yang terbaik.

Gunakan Penyimpanan Di Dalam Talian (Online Storage)

Online storage seperti Picasa, Photobucket dan beberapa software lagi amat berguna untuk mengatasi masalah disk space penuh.

Malah ada plugin yang disediakan untuk memudahkan kita menggunakan online seperti plugin ini.

Langkah ini sekurang-kurangnya dapat menangguhkan sedikit lagi masa untuk kita meningkatkan (upgrade) pakej webhosting kita. Sementara itu kita mungkin boleh review semula entri kita dengan mengecilkan saiz fail gambar-gambar kita di entri-entri lama ataupun padamkan terus gambar-gambar yang tidak perlu di entri-entri tersebut.

Perlu diingat, online storage ini juga ada limit simpanannya. Contohnya Picasa hanya memperuntukkan 5Gb sahaja untuk permulaan. Jika sudah sampai limit, kena fikirkan langkah lain juga nanti.

Selamat menguruskan ruang simpanan data anda. Jika disk space sudah penuh jangan gabra dan bimbang. Boleh ikut langkah-langkah di atas.

5 Comments

  1. Leeza dayasari February 16, 2013
  2. Nakusan Bali February 17, 2013
    • sohoque February 17, 2013
  3. Izzat Eshak February 20, 2013
    • sohoque February 21, 2013

Leave a Reply

%d bloggers like this: