Doa Menduduki Peperiksaan

doa menduduki peperiksaan

Mengamalkan doa menduduki peperiksaan membuatkan kita lebih berserah yang yakin kepada Allah

Peperiksaan semakin hampir terutama peperiksaan UPSR. Kepada yang ada anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan, selain daripada usaha yang telah dibuat selalu ini, doa dan solat hajat yang telah diamalkan selama ini, doa menduduki peperiksaan ini juga boleh diamalkan ketika peperiksaan sedang berjalan.

Amalan doa dimulakan daripada keluar rumah sehinggalah waktu-waktu terakhir peperiksaan dijalankan.

Berikut adalah amalan doa menduduki peperiksaan:

1. Tatkala keluar rumah

Bismillahi tawakkaltu ‘alallah

Amalan ini ada tersaran di dalam hadith:

Dari Anas bin Malik, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ قَالَ « يُقَالُ حِينَئِذٍ هُدِيتَ وَكُفِيتَ وَوُقِيتَ فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِىَ وَكُفِىَ وَوُقِىَ ».

“Jika seseorang keluar rumah, lalu dia mengucapkan “Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa hawla wa laa quwwata illa billah (Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Nya), maka dikatakan ketika itu: “Engkau akan diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga”. Setan pun akan menyingkir darinya. Setan yang lain akan mengatakan: “Bagaimana mungkin engkau bisa mengganggu seseorang yang telah mendapatkan petunjuk, kecukupan dan penjagaan?!” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)

2. Semasa di dalam perjalanan ke tempat peperiksaan:

Ya zal jalaali wal ikraam

3. Ketika masuk ke dalam dewan peperiksaan:

Salaamun qaulan min rabbil raheem

4. Ketika mengambil tempat duduk di dalam dewan peperiksaan:

Iyyaaka na’budu wa iyyaaka nasta’een

5. Ketika membuka kertas peperiksaan:

Ihdinassiraatakmustaqeem

6. Ketika menjawab soalan peperiksaan

Innalaha kaana a’leeman hakeema

7. Jika soalan yang sedang dijawab terasa susah

wakaana zaalika ‘alallahi yaseera

8. Ketika memeriksa semula jawapan selepas habis menjawab

Innallaha bikulli shai’in ‘aleema

9. Ketika menghantar jawapan peperiksaan

wakafa billahi waliyyan wakafa billahi yaseera

Demikian doa menduduki peperiksaan yang boleh diajar kepada anak-anak kita yang sedang menduduki peperiksaan.

Semoga ia menjadi usaha terakhir kita sebelum bertawakkal kepada Allah.

Selamat menduduki peperiksaan kepada adik-adik yang terbabit.

nota:
Doa di dalam bahasa arab akan menyusul. Saya sedang mengumpulkan ayat-ayat doa di dalam bahasa arab. Sabar ya..

Wallahua’lam bissawaabi

8 comments

  1. Naem Asfa 23 May, 2015 at 22:29 Reply

    Sgt2 membantu … mohon share info yg diberikan .. mudah2an, dirahmati Allah krn berkongsi doa ini … sy nk tnye, doa ini dlm versi arab bersama nama surah ada? Nk guna sbgai rujukan nnti …

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: