Doa Penjaga Harta Dan Keluarga

doa tinggalkan harta1 Doa Penjaga Harta Dan KeluargaSama-sama kita amalkan.

Tetapi sebelum baca doa ni, kena lah ada ikhtiar dulu. Kalau tinggalkan kereta dengan tidak berkunci misalnya, itu dah menyalahi konsep berdoa. Sama la doa nak kaya tapi tak buat kerja, macamana nak kaya. Sama jugak berdoa nak masuk syurga tapi tak ikut suruhan dan larangan Allah. Macamana nak termakbul tu…

So, lepas kita ikhtiar, baru lah berdoa. dan kemudiannya kita bertawakkal. Serah segalanya kepada Allah. Aman jiwa.

Indahnya Islam. Indahnya menjadi seorang muslim. Tak ada nak tension-tension. Ya la, buat apa nak tension dan kecoh-kecoh. Kita kan dah bertawakkal. Dah berserah kepada Allah. Jika barang tu nak hilang jugak, itu Allah nak uji kita la pulak tu.

Pada ujian tu kita guna konsep bersabar pulak. Ada hikmah disebaliknya. Yang pasti, setiap musibah yang berlaku kepada hambaNya, akan diampunkan dosa-dosa kecil yang telah dilakukan hamba itu. Kan indah tu.

Jadi, jom sama-sama kita menyelami konsep sebenar ajaran Islam. Dekatkan diri dengan Allah. Bercakap dengan Allah melalui pembacaan Al-Quran. Mengadu dengan Allah melalui solat dan doa. Inilah yang akan memelihara kita daripada stress disamping amalan doa untuk hindari stress.

626 total views, 1 views today

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam