Doa Untuk Anak Hadapi Peperiksaan UPSR

upsr

 

Besok akan bermulalah peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Setelah segala yang diusahakan oleh pihak sekolah, anak kita malah kita sendiri dalam mendorong dan mengajar anak sebagai persediaan peperiksaan ini, tibalah masanya untuk kita berserah dan pasra.

Kita bertawakkal. Segalanya kita serahkan kepada Allah. Dialah yang maha merancang. Apa-apa yang berlaku di atas kehendakNya. Dan setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya samada kita dapat membacanya ataupun tidak. Berserahlah.

Namun walaupun seperti tiada apa lagi yang boleh dilakukan menjelng peperiksaan ini, sebenarnya ada lagi usaha terakhir yang boleh kita lakukan. Usaha terakhir kita ialah doa. Doa boleh mengubah takdir. Takdir anak kita boleh diubah dengan doa.

Ada satu hadith berkenaan doa dapat mengubah takdir ini:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَرُدُّ الْقَضَاءَ
(إِلَّا الدُّعَاءُ وَلَا يَزِيدُ فِي الْعُمْرِ إِلَّا الْبِرُّ (الترمذي

Bersabda Rasulullah saw: “Tidak ada yang dapat menolak taqdir (ketentuan) Allah ta’aala selain do’a. Dan Tidak ada yang dapat menambah (memperpanjang) umur seseorang selain (perbuatan) baik.” (HR Tirmidzi 2065)

Jadi sebagai ibubapa tidak ada apa lagi usaha yang boleh dibuat mulai sekarang selain daripada berdoa. Perbanyakkanlah doa dengan bersungguh-sungguh disertai dengan amalan-amalan baik yang boleh membantu termakbulnya doa seperti bersedqah dan sebagainya.

Pilihlah waktu-waktu yang mustajab doa dengan harapan doa kita dimakbulkan Allah dengan serta merta. Ada juga beberapa tempat atau waktu yang afdhal untuk berdoa di dalam solat yang boleh kita amalkan.

Bertepatan dengan perkara doa ini, aku mendapat satu pesanan mesej whatsapp yang memaparkan doa yang dipetik daripada sesi tazkirah Pegawai Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Al Fadil Ustaz Mohd Fauzi Mohd Yatin.

exam upsr

 

Doa untuk anak hadapi peperiksaan UPSR dan peperiksaan lain yang penting

Ya Allah, Ya Tuhan kami

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah

Ya Allah, Ya Tuhan kami

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak-anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan kami

Ikhlaskan hati anak-anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan semata-mata kerana Mu ya Allah. Semata-mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak-anak kami akan menduduki peperiksaan (UPSR/PMR/SPM/STPM). Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan ini yang mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan ini nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan ini. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah, Ya Tuhan kami

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak-anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Alah,

Berikanlah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak-anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamkanlah sihat mahmunah dalam diri dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertaqwa

Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak sahabat kami ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang mahu mereka berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Jauhkanlah hati mereka dariapda melakukan amalan-amalan yang membawa ke neraka Mu ya Allah. Tetapkanlah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,

Kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.

Ya Alah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkau tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang mencipta kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.

Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang vakan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin

Selain daripada berdoa, ada juga amalan-amalan yang boleh ibubapa lakukan semasa anak sedang berjuang di dewan peperiksaan. Sekurang-kurangnya hati kita sentiasa dekat dengan Allah dengan amalan-amalan ini.

5a

Semoga anak-anak kita cemerlang di dalam peperiksaaan UPSR yang bakal berlangsung besok dan juga peperiksaan seterusnya seperti PMR, SPM dan lain-lain lagi.

3 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: