tempat penyokong liverpool

D’Stall Restaurant And Cafe Mini Anfield Malaysia

tempat penyokong liverpool

D’Stall Restaurant and Cafe (kredit: liverpool-malaysia.blogspot.com)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

D’Stall Restaurant and Cafe ataupun D’Stall Corner adalah sebuah restoren yang menyediakan makanan seperti steambot, makanan barat, sarapan pagi dan pelbagai pilihan masakan panas yang lain.

Dah lama aku teringin nak datang ke sini untuk menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan Liverpool FC. Selama ini aku dengar je daripada kawan-kawan penyokong kelab Liverpool FC Malaysia tentang Mini Anfield Malaysia ni. Dulu ada satu majlis sambutan hari raya puasa yang diadakan di sini. Tapi aku tidak berkesempatan untuk hadir.

Namun malam tadi, tertunailah hasrat di hati apabila aku dengan jayanya menyaksikan perlawanan antara Liverpool menentang Manchester United. Lebih manis lagi kehadiran aku yang pertama kali ke situ adalah untuk menyaksikan pasukan kesayangan aku membelasah Manchester united dengan 3 – 0.

peminat fanatik liverpool

para peminat sedang khusyuk menonton perlawanan

Memang meriah betul kat Mini Anfield tu. Kalau tak silap aku, peminat fanatik Liverpool yang hadir semalam jika tak cecah angka 1,000 pun hampir dengan angka tersebut la.

aksi bakar suar

Suar dibakar raikan jaringan

Sangat meriah. Peminat menyanyikan lagu anthem Liverpool FC bersama-sama, bersorak dan meraikan jaringan demi jaringan bersama-sama. Suasana yang sukar didapati selain daripada di Mini Anfield Malaysia ini.

Turut hadir pada malam tadi ialah wakil daripada kelab peminat Liverpool FC Singapura. Selain daripada ucapan presiden Kelab Penyokong Liverpool malaysia dan ucapan wakil Kelab Penyokong Liverpool FC Singapura, cabutan bertuah juga diadakan. Pelbagai hadiah yang disediakan untuk pemenang.

gambar presiden kelab liverpool

Presiden Kelab liverpool Malaysia sedang berucap

Untuk menghadiri perhimpunan ini, kupon sebanyak RM10 perlu dibeli. Ia amat berbaloi kerana dengan RM10 itu, peminat mendapat 1 burger, 1 Sandwich, 1 air kotak dan 1 air mineral. Air minuman pula disediakan secara percuma di situ.

gambar burger liverpool

burger liverpool

gambar sandwich liverpool

Sandwich Liverpool

Oh ya, turut hadir bersama pada malam tadi ialah Geng Blogger Penyokong Liverpool iaitu blogger Wan Gerard, Melastik Bintang dan Bean Moreno. Terima kasih kepada Bro Wan Gerard kerana sponsor tiket kami pada malam tadi.

gambar taiyuddin bakar

Pelakon Hantu Bonceng, Taiyudin Bakar pun ada. Peminat Liverpool jugak rupanya

Memang seronok dapat menyaksikan perlawanan pasukan Liverpool secara beramai-ramai dengan peminat – peminat yang lain. InsyaAllah jika ada perlawanan penting yang melibatkan pasukan Liverpool FC aku akan ke sini lagi di masa akan datang.

19 comments

  1. Bean Moreno 18 March, 2014 at 13:47 Reply

    next game kita layan lagi…aku biasa sensorang je layan kalau ada geng sedap skit share pendapat…apapun sorrylah aku tgk bola mulut memang teruk skit hihih

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: