Dua Hari Berkursus BAMC

Alhamdulillah. Hari ni tamatlah Module 2 setelah dua hari berkursus BAMC.

Dua hari ini aku tak berkesempatan untuk menerbitkan entri blog aku ni.

Hari ini aku mendapat mesej Whatsapp daripada consultant di dalam agensi aku yang memberitahu beliau mahu berhenti sebagai consultant. Dan aku langsung tidak terkejut. Memang aku sudah jangka.

Consultant ini mempunyai visi tetapi visi tersebut aku rasa sukar untuk beliau laksanakan. Ini adalah kerana dengan perancangan sahaja matlamat tidak akan dicapai. Ia mestilah datang bersama dengan tindakan kita. Ramai yang mempunyai pelan tetapi tidak ramai yang sanggup membuat tindakan.

Perancangan sahaja tanpa usaha adalah sia-sia. Firman Allah:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka” (Surah Ar-Rad: 11)“SesunggSesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

Terlalu bergantung kepada leader juga akan menjadikan tangga kejayaan sedikit sukar untuk didaki. Leader hanyalah menyumbang 20% daripada kejayaan consultant. Selebihnya adalah kehendak dan usaha consultant itu sendiri. Sikap sentiasa positif, rajin mencari ilmu, rajin membuat aktiviti bertemu prospek, dan tidak menyalahkan keadaan sekeliling adalah punca utama kejayaan seorang consultant.

Aku tanpa prejudis menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka tanpa sedikit pun rasa terbuku di hati. Aku percaya dengan rezeki Allah. Mesti ada hikmahnya disebalik semua yang terjadi. Dan aku berdoa semoga yang hilang itu Allah gantikan lagi dengan consultant lain yang lebih hebat.

Mungkin rezekinya bukan dalam bidang ini. Aku berdoa semoga beliau berjaya dalam apa jua bidang yang akan beliau ceburi selepas ini. Cuma pesan aku supaya jangan cepat berputus asa dalam apa jua bisnes yang diceburi.

IMG-20120725-WA0005

Mungkin ada kelemahan aku dalam menangani masalah ini. Tapi aku juga manusia biasa. Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada diri aku sendiri sebagai insan yang lemah disisiNya. Yang baik itu semestinya daripadaNya yang maha bijaksana.

Ameen.

14 comments

    • sohoque 12 May, 2013 at 23:01 Reply

      hehehe.. sebenarnya kebanyakan orang yang menyerah kalah itu tidak mengetahui bahawa mereka hanya selangkah sahaja lagi utk menemui kejayaan. jd consutant ni sebenarnya senang jer. kita hanya menuruti jalan orang yg telah berjaya di dalam industri ini. tak perlu buat formula baru utk berjaya. namun yang berputus asa tak ada semangat utk belajar dan berjaya seperti mentor mereka

    • sohoque 13 May, 2013 at 12:20 Reply

      sebab itulah aktivity recruiting new consultant kena sentiasa buat. gunanya ialah utk menggantikan consultant yng dah give up dengan new blood.. 😉

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: