444

Dua Hari Selepas SBB2014

logo takaful malaysia

Setiap syarikat ada kelemahan dan kekuatannya sendiri. Begitu dengan STMB

Hari ini isnin. Dua hari selepas SBB2014. Banyak sangat kerja nak kena buat hari ni. Ada temujanji bisnes di BNM. Ada nak jumpa bisnes partner untuk bagi personal coaching Unit Trust dan nak kena siapkan entri-entri yang masih terhutang yang.berlambak ni. Ada entri MSMW 2014, event Google Meet Up, sponsored post nuffnang, Kidzania, TitanWall, review gajet, entri perancangan kewangan untuk caknawang, entri food review Mee Tarik untuk eXplorasa, dan lain-lain.

Namun perancangan Allah mengatasi segalanya. Pagi tadi kereta rosak di tengah jalan. Enjin mati dan tak boleh dihidupkan kembali. Dah telefon woksyop yang biasa aku servis kereta dan pomen dah datang cek tapi memang tak boleh start juga. Sekarang terpaksa tunggu lori tunda sampai. Sementara tu, aku hasilkan entri ini. Masa amat berharga.

lori tunda

Lori tunda (gambar hiasan)

Oh ya. Peringatan penting untuk anda. Sepatutnya kalau jadi breakdown macam ni kita hanya perlu telefon syarikat insurans/Takaful kita saja. Diorang biasa ada perkhidmatan percuma towing kereta yang menggunakan insurans/takaful dengan syarikat mereka. Pengalaman aku sebelum ni dengan Takaful Ikhlas dan Takaful/Etiqa, keduanya ada servis ini.

Tahun ni aku tukar kepada Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB. STMB tiada perkhidmatan sedemikian. Terkejut juga masa aku telefon pusat perkhidmatan pelanggan STMB tadi untuk meminta bantuan lori tunda. Hanya kereta yang terlibat kemalangan saja yang diberi perkhidmatan towing percuma kata pusat perkhidmatan pelanggan. Untuk kerosakan biasa ia tidak termasuk di dalam perkhidmatan percuma. Jika aku mau juga boleh. Tapi aku kena bayar sendiri kos penundaan tersebut. Aku meminta nombor telefon panel lori tunda. Setelah aku telefon didapati kosnya melebihi RM200. “Adus, mahal jugak tu”, getus hatiku.

Kemudian aku cuba ikhtiar lain dengan meminta nombor telefon lori tunda daripada pengusaha woksyop tadi. setelah berbincang, beliau hanya meminta RM70 sahaja daripada aku. Terus la aku setuju.

Aku rasa perkara ini adalah satu kelemahan STMB. Tahun depan memang aku tukar ke takaful lain semulalah jawabnya. Biasalah setiap syarikat ada kelemahan dan kekuatan dia. Terpulanglah kepada pelanggan untuk memilih yang terbaik bagi mereka. Cuma aku rasa kelemahan ini harus segera dibaiki oleh STMB.

gambar kereta matrix rosak

Keretaku selamat sampai di bengkel

Menyesal juga aku dengan keadaan ini. Tapi memang salah aku kerana aku tidak selidik betul-betul masa nak sertai takaful kenderaan ini dulu. Ini adalah kerana aku menyangkakan perkhidmatan percuma ini sudah standard untuk semua syarikat takaful dan insurans.

Jadi selepas ini memang STMB bukan pilihanku dalam perkhidmatan takaful kenderaan. Sehingga ia setanding dengan takaful lain dalam perkhidmatan lori tunda ini. Sangat tidak kompetitif aku rasa jika sesebuah syarikat takaful kenderaan tiada perkhidmatan ini. Maaf STMB. Saat ini, dengan satu kekurangan ini aku merasakan rebet 15% setahun yang diberi tersebut tiada erti pada aku.

Aku tidak menyalahkan takaful malaysia dalam perkara ini. Dah memang ia tidak tawarkan perkhidmatan itu. Kenapa aku tidak selidik dulu masa aku nak ambil takaful kenderaan dulu. Jadi kesalahan memang aku letakkan di atas batu jemala aku sendiri.

Jadi kepada rakan pembaca, sila periksa polisi insurans/takaful kenderaan anda. Jangan sudah terhantuk baru terngadah. Periksa segera. Jika tak puashati tahun depan tukar kepada syarikat yang lebih baik dan sesuai dengan kemahuan kita.

Kepada STMB, pertimbangan untuk menambahkan perkhidmatan ini aku rasa akan dapat mendorong lebih ramai pelanggan untuk menyertai pelan takaful kenderaannya. Lagipun perkhidmatan ini menampakkan keperihatinan pihak pengendali takaful kenderaan terhadap pelanggannya.

Terima kasih. Entri ini sementara menunggu trak penunda sampai.

Show Comments

15 Comments

  1. fazrol March 10, 2014
    • sohoque March 10, 2014
      • Azrai December 26, 2016
        • sohoque December 26, 2016
    • Azrai December 26, 2016
  2. Hazman Fadzil March 11, 2014
  3. suriaamanda March 11, 2014
  4. aaron January 12, 2015
    • sohoque January 12, 2015
  5. zuLHadi November 21, 2016
    • sohoque November 21, 2016
  6. Nizar February 24, 2017
    • sohoque February 24, 2017

Leave a Reply

%d bloggers like this: