Ekonomi Dunia Gawat?

Pasaran saham asyik merudum sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Nilai matawang utama dunia juga turun. Harga minyak pula naik. Malaysia juga tidak lepas daripada situasi ini.

Peniaga pasaran saham

Adakah ekonomi dunia gawat atau akan gawat dalam masa terdekat?

Apakah ini tanda-tanda ekonomi dunia gawat? Ataupun akan gawat dalam masa terdekat?

Aku tinggalkan jawapan kepada soalan di atas kepada pakar-pakar ekonomi. Aku tidak layak untuk memberikan jawapan. Sekadar pandangan boleh la.

Sebenarnya keadaan ekonomi ini sukar untuk diramalkan. Pakar-pakar ekonomi pun hanya membuat ramalan berdasarkan ilmu-ilmu teknikal yang mereka kuasai. Tetapi tiada seorang pun yang bisa meramal dengan tepat. Jika ada diantara pakar-pakar ekonomi ini yang boleh membuat ramalan tepat, mesti mereka sudah menjadi kaya raya hasil daripada perniagaan saham.

Jadi jika mereka tidak membuat ramalan tepat, siapakah aku insan biasa ini untuk membuat ramalan.

Untuk peniaga pasaran saham, mereka kena ambil tahu berita-berita sebegini. Kerana kebanyakan mereka berniaga dan objektifnya adalah keuntungan dalam JANGKA MASA PENDEK. Mereka membeli dan menjual saham untuk membuat keuntungan. Prinsip yang biasa dipegang ialah beli pabila harga rendah, dan jual ketika harga tinggi.

Jarang peniaga pasaran saham yang aku kenal membeli saham dan pegang untuk jangka masa panjang seperti yang dibuat oleh Raja Saham Warren Buffet. Warren Buffet  membeli saham syarikat yang betul-betul berpotensi setelah dibuat kajian secara menyeluruh. Kemudian beliau akan pegang saham tersebut untuk jangkamasa yang panjang.

Walaupun semua tahu akan teori tersebut, tetapi masih ramai peniaga pasaran saham (mungkin golongan yang kurang faham dan terikut-ikut dengan orang lain) yang berniaga saham dengan elemen takut dan panik. Natijahnya mereka membeli ketika harga tinggi dan mereka akhiri dengan menjual dengan harga yang lebih rendah kerana takut harga pasaran akan berterusan turun.

Untuk menjadi pelabur ataupun peniaga saham, seseorang perlu tahu ilmu saham sekurangnya perkara asas. Jika tidak anda hanya terikut-ikut orang sekeliling sahaja. Akhirnya mereka buat untung, anda pula kekeringan kantong.

Untuk pelabur unit trust, anda tidak perlu panik sampai begitu sekali. kitaran ekonomi naik dan turun ini adalah asam garam dalam ekonomi.

pembeli unit trust tidak perlu panik dengan ekonomi dunia gawat

Pelabur unit trust tidak perlu terlalu panik dengan keadaan ekonomi gawat kerana pelaburan mereka berjangka masa panjang dan waktu gawatlah peluang mereka menambah unit pelaburan mereka

Fokuskan kepada objektif JANGKA MASA PANJANG anda. Ini kerana anda bukanlah peniaga unit trust, tetapi anda sedang membina assets anda. Anda di dalam proses membuat perancangan kewangan.

6 langkah perancangan kewangan

6 langkah-langkah di dalam membuat perancangan kewangan

Kekalkan disiplin menyimpan anda. Jika ada lebihan wang (cashflow), beli unit (unit trust) lebih pada masa harga turun. Ini akan membuatkan unit (assets) anda bertambah. Ia akan menyebabkan nilai simpanan dan pelaburan anda bertambah di dalam jangka masa panjang.

Ingat wahai pelabur unit trust. Anda bukan berniaga dengan unit trust tetapi anda sedang membuat perancangan kewangan. Anda sedang membina dana yang anda perlukan di dalam jangka masa panjang. Dana persaraan dan dana pendidikan memerlukan masa panjang untuk dibina.

membina dana persaraan

Dana persaraan sesuai dibina melalui pelaburan unit trust

bina dana pendidikan dengan unit trsut

pelan pendidikan anak yang mengambil masa yang lama sesuai dibina dengan pelaburan unit trust

Usah cepat panik. Ianya sesuatu perkara yang bagus untuk mengambil tahu tentang keadaan ekonomi tetapi ia bukanlah untuk membuat kita panik.

Unit trust dijaga, dikawal selia dan diuruskan oleh pasukan yang amat professional. Pengurus dana unit trust adalah mereka yang pakar dalam pasaran saham dan pelaburan. Mereka tahu kerja mereka. Pengalaman mereka lama di dalam industri. Biarkan mereka membuat kerja mereka. Kerja kita hanya perlu mendisiplinkan diri untuk terus membuat simpanan demi OBJEKTIF kita yang dirancang sewaktu memulakan perancangan kewangan dengan unit trust.

apakah unit trust

gambarajah konsep unit trust

Yang paling penting, hubungi Unit Trust Consultant anda. Bincangkan dengan mereka langkah-langkah yang perlu diambil.

Masa seperti ini juga memberi anda ruang untuk kenal Unit trust consultant anda. Adakah dia “ada ilmu” unit trust atau tidak. Adakah perkhidmatannya pada anda menepati piawaian anda.

Bincangkan dengan unit trust consultant anda tentang sudah berapa lama anda melabur, berapa purata keuntungan tahunan yang telah dana anda buat, apakah perlu lakukan switching, alokasi assets dan sebagainya.

Jika betul ekonomi dunia gawat, harapan semoga peniaga pasaran saham boleh mengambil langkah segera untuk mengurangkan kerugian dan membuat keputusan tepat memilih masa untuk memasuki pasaran semula nanti.

Jika betul ekonomi dunia gawat, harapan semoga yang membuat perancangan kewangan tetap kekalkan disiplin melabur mereka untuk menghasilkan dana yang mereka rancangkan.

Wallahua’lam.

1 comment

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: