Elakkan Menulis Blog Tentang Politik Dan Perkauman

16
1549
blog niche politik
elakkan dari menulis blog tentang politik dan perkauman jika nak memancing perhatian pengiklan

Tips supaya disukai Nuffnang seterusnya ialah elakkan menulis blog tentang politik dan perkauman. Aku maksudkan yang keterlaluan. Sikit-sikit yang tidak menyinggung pihak lain tak apa kot.

Pengiklan akan cuba bersikap nuetral dalam politik. Sebarang kecenderungan sokongan kepada mana-mana pihak akan menyebabkan pihak lain tidak berpus hati. Ini pastinya akan merugikan pengiklan itu sendiri.

Jadi sikap tidak menyebelahi mana-mana pihak adalah langkah terbaik yang diambil oleh pengiklan.

Dikhuatiri jika iklannya diletakkan di blog yang pro politik pembaca akan tersalah anggap seperti syarikat itu menyokong ataupun pro kepada parti politik tersebut. Jadi blog sebegini akan dijauhi oleh pengiklan.

Jadi untuk mendapat tugasan daripada Nuffnang yang mewakili syarikat pengiklanan tersebut, blog berniche politik sebegini haruslah dijauhi. Nuffnang akan keberatan untuk memilih blog berniche politik kerana itu adalah syarat-syarat yang biasa ditetapkan oleh syarikat pengiklanan.

Demikian juga dengan perkauman. Syarikat pengiklan mahukan supaya produk atau perkhidmatannya di beli oleh semua kaum. Bukan tertakluk kepada kaum tertentu sahaja. Jadi blog ber iche perkauman juga haruslah dijauhi jika ingin dipilih oleh Nuffnang untuk diberi tugasan berbayar.

Jadi elakkan menulis blog tentang politik dan perkauman.

Itupun kalau nak dapat tugasan berbayar la. Kalau blog untuk suka-suka tanpa sasaran tersebut, terpulang la pada empunya diri. Cuma jangan keterlaluan sudah la. Di samping mendapat dosa kering (jika ada fitnah dan sebagainya), undang-undang juga harus dipatuhi.

16 COMMENTS

    • ya betul tu.. tp yg dia kejar mesti la blog yg memenuhi kriteria dia. kalau kita nak jobs, kena la ikut kot. kalau nak dpt income dr blog la.. kalau tak ok jer ikut kepala kita.. heheheh

  1. Terima kasih di atas Tips yang diberikan… Blog saya ada juga bercerita tentang politik… Tapi takderlah banyak… Lepas ni kena kurangkan sedikit cerita bab-bab politik…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here