Entri Aku Lesap Begitu Sahaja..!

mood kelaut

entri dah kelaut!

Salam Ramadhan…

Entri aku lesap… Ya begitulah adanya. Ia lesap dalam enjin carian google.com.my. Ada tapi entah page ke berapa..

Alkisahnya aku masuk contest anjuran akmaomar.com ni. Niat di hati nak tengok sejauh mana entri aku boleh pergi berbanding dengan Abam Pakar SEO ni. Dan nak dedahkan eXplorasa kepada contest. Di samping membuat beberapa pemerhatian tentang kesan Domain Authority, Backlink, trafik dan beberapa faktor lain lagi terhadap keputusan ranking di enjin carian (SERP).

Contest duit raya Casa Ombak

Contest duit raya Casa Ombak

Awal-awal entri aku ok la… lepas publish terus ke page 2. Besoknya terus ke page pertama. Pernah 2-3 hari selepas tu aku dapat tempat ke-2. Sikit lagi tu nak potong brader Hasrul Hassan. Heheheh.

Kemudian aku dijemput ke iftar Casa Ombak tu. Lepas tu aku buat lah satu entri pasal pengalaman berbuka puasa kat Casa Ombak tu. Siap dengan link ke entri contest tu.

antara blogger yang dijemput ke iftar anjuran Casa Ombak

antara blogger yang dijemput ke iftar anjuran Casa Ombak

Tup tup selepas tu entri contest aku jatuh mendadak. aku ingatkan itu adalah proses kemaskini biasa google untuk meletakkan ranking entri yang lebih mesra google di atas. Tapi sehari selepas tu terus entri contest aku tu menjunam teruk. Sampai tak ada dalam 10 page terawal google. Aduuus…!

Panik jugak aku. Dan terus semangat untuk melobi entri contest supaya kekal berada di tempat ke 3 terbaik padam. Sekarang aku boleh tengok je la entri rakan-rakan naik dan turun di SERP.

Apa punca entri tu menjunam teruk ya..? Siapa tahu? Aku rasa aku tak buat apa-apa dah kat entri contest tu… Aku syak benda ni terjadi mungkin sebab aku buat entri pengalaman berbuka puasa (entri selepas tu) dengan optimise keyword yang sama kot. Satu guna exact keyword. Yang satu lagi guna long tail keywords. Ke ada sebab lain kenapa entri aku dilempang begitu sekali oleh google.com.my.

Nak kata aku buat kesalahan besar kalau kat enjin carian google.com, entri contest tu masih lagi berada di page pertama.

Apa-apa pun ini adalah pengalaman yang aku dapat daripada menyertai contest ini. Benda ni aku akan elakkan di lain masa. So untuk contest ni aku dah tak ada apa-apa dah. Good luck kepada yang masih berlumba-lumba menaikkan entri masing-masing. Terutama kepada HH dan juga eyriqazz yang sedang mengejar rapat.

8 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: