Syarikat Kecil Bernilai USD 1 Billion Hanya Dalam Masa 18 Bulan…!

insta 300x225 Syarikat Kecil Bernilai USD 1 Billion Hanya Dalam Masa 18 Bulan...!Menurut laman web Forbes, Facebook telah membeli Instagram dengan nilai pemilikan sebanyak USD1 bilion. Instagram adalah sebuah aplikasi perkongsian gambar yang dibangunkan oleh dua orang anak muda iaitu Kevin Systrom, dan Mike Krieger.

Ia adalah satu pelaburan yang besar dalam sejarah pemilikan syarikat teknologi maklumat yang baru hanya 18 bulan beroperasi. Namun untuk syarikat seperti Facebook, ialah adalah satu pelaburan yang bijak untuk masa hadapan.

Kevin dan Mike membangunkan Instagram pada bulan Oktober 2010. Semenjak itu mereka hanya mempunyai 9 orang pekerja sahaja.

kevin mike insta Syarikat Kecil Bernilai USD 1 Billion Hanya Dalam Masa 18 Bulan...!

Foto pemilik Instagram, Kevin Systrom dan Mike Krieger.

Tujuan asal mereka menghasilkan Instagram ini ialah untuk mewujudkan sebuah applikasi yang membuatkan penggunanya teruja untuk menggunakannya setiap masa. Syarikat kecil itu kini sudah menjadi milik 100% kepada Mark Zuckerberg dengan nilai USD 1 Billion.

Instagram ini sudah menjadi satu trend. Kalau dulu hanya iOS (Apple) sahaja yang menggunakannya, tetapi kini Android pun turut menggunakannya. Pada 4 April lalu pengguna android mula mendapat email dan berita tentang Instagram yang kini boleh didapati di Google Play (Online store untuk pengguna Android). Sejak dilancarkan di Android, jumlah pengguna Android yang muat turun aplikasi Instagram dalam telefon pintar mereka melebihi 5 juta dalam tempoh kurang daripada 1 minggu.

Mengapa Facebook sanggup menghabiskan sehingga USD 1 Billion untuk membeli Instagram ini?

Menurut Forbes, pembelian ini membantu memberikan kredibiliti segera kepada Facebook dalam bisnes mobile. Instagram mempunyai ruang untuk lebih maju. Ia akan menambahkan cengkaman kepada produk mobile Facebook, meningkatkan perkongsian foto Facebook dan memberikan pengguna mudah alih Facebook suatu kelainan.

Dari satu sudut lain, pengambil alihan ini akan membantu menaikkan lagi IPO Facebook. Sebelum pengambil alihan, potensi pelabur yang menunggu IPO Facebook yang dijangka dilancarkan pada bulan Mei 2012 nanti agak bimbang tentang strategy mudah alih (mobile) Facebook. Walaupun Facebook mempunyai 800 juta pengguna, tetapi ia tidak mempunyai kedudukan yang dominan di dalam segmen mudah alih berbanding dengan pesaing-pesaingnya seperti Google, Twitter dan lain-lain lagi.

Sebelum ini kedengaran juga bahawa Apple juga berminat untuk membeli Instagram. Ini adalah untuk menyokong pelancaran iPhone 5 dan iOS 6 nya di masa akan datang. iOS baru nanti akan mempunyai ciri-ciri pengambilan dan perkongsian gambar. Ciri-ciri ini akan menjadi lebih mantap jika Apple menggabungkannya dengan Instagram. Jadi pembelian Instagram ini juga menjadi usaha awal Facebook untuk memintas hasrat Apple tersebut.

Ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa Facebook akan menghasilkan telefon Facebook pada masa akan datang. Setakat ini Facebook hanya bergantung semata-mata dengan platform sedia ada iaitu  iOS dan Android. Jadi pembelian Instagram akan melancarkan proses pengeluaran telefon facebook jika hasrat itu diteruskan.

Pada iOS khususnya, Facebook perlu mempunyai aplikasi perkongsian foto yang sekurang-kurangnya sebaik applikasi foto sebenar. Ini adalah kerana gambar foto adalah sebahagian besar daripada sebab orang menggunakan Facebook. Secara ideal, applikasi ini lebih baik daripada applikasi Apple untuk membuatkan pengguna menggunakan applikasi Facebook berbanding dengan hanya berkongsi secara terus daripada applikasi foto iOS. Jadi tindakan membeli Instagram akan menolong langkah itu juga.

Apa-apa pun tindakan daripada Facebook, yang untungnya adalah 2 orang anak muda iaitu Kevin Systrom dan Mike Krieger. Bayangkan hanya dalam masa 18 bulan sahaja syarikat kecil milik mereka yang hanya mempunyai pekerja 9 orang telah meningkat nama secara mendadak sehingga melonjaknya nilainya kepada USD 1 Billion. Sungguh hebat bukan..?

379 total views, 1 views today

Trackbacks

  1. [...] melalui karya mereka di blog-blog dan updates mereka di media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, dan [...]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam