Fahaman-Fahaman Sesat Dalam Unit Trust – Part II

Berikut adalah satu lagi fahaman yang salah yang biasa dipegang oleh orang ramai yang tidak begitu memahami unit trust:

  • Kalau hendak memilih dana, tengoklah prestasinya yang lalu.

Tanggapan di atas adalah tidak begitu tepat dalam memilih sesuatu dana untuk memulakan pelaburan. Jika kita membaca prospectus, ada penekanan di dalam prospektus yang mengatakan “prestasi lampau tidak menjamin prestasi masa hadapan”. Cuma kadangkala tulisan ini di tulis dengan saiz font yang sedikit kecil.

Perkara ini kadangkala bukan orang ramai sahaja yang kurang faham malah ramai juga consultant yang membuat promosi dana dengan menunjukkan rekod-rekod pencapain ataupun keuntungan yang lepas.

Mengapa dikatakan bahawa pencapaian lampau tidak menjamin keuntungan di masa hadapan? Ini adalah kerana data yang diambil untuk tujuan ini hanya menunjukkan perubahan pada luaran sahaja. Perubahan dalaman yang berlaku biasanya tidak disedari oleh pelabur. Antaranya:

  1. Pengurus dana yang meletakkan jawatan secara tiba-tiba
  2. Pengurus dana yang “terpaksa” menukar gaya pelaburan dana
  3. Struktur pemegangan saham (shareholding structure) dapat berubah
  4. Pengurusan atasan dapat diubah secara senyap
  5. Proses dan prosedur dalaman kemungkinan mengalami rombaka

Jadi, adakah kita langsung mengabaikan prestasi dana semasa hendak memilih sesuatu dana? Jawapannya ialah “tidak juga”. Prestasi boleh juga diambilkira untuk melihat sejauh mana kepakaran pengurus dana menguruskan sesuatu dana. Cuma ia bukanlah faktor utama untuk diambilkira.

Situasi ini boleh diibaratkan seperti kita hendak beli kereta. Adakah kita terus membayar cash ataupun buat permohonan pinjaman dari bank semata-mata selepas melihat prestasi kereta? Tidak bukan.. Kerana kita perlu juga mengambil masa untuk mempertinmbangkan harganya, ciri-ciri keselamatannya, warnanya, sistem audionya dan citarasa keluarga kita.

Perkara yang sama kita amalkan dalam memilih dana. Jangan biarkan hanya prestasi lampau yang mempengaruhi kita tetapi kita boleh jadikannya sebagai panduan. Faktor-faktor yang kita perlu tekankan semasa memilih dana ialah, di antaranya:

  1. Proses pelaburan yang digunapakai oleh pengurus dana
  2. Mengenali pasukan pengurus dana
  3. Kekuatan organisasi yang teribat dalam pembentukan dana
  4. Harga dan darjah perubahannya (volatility)
  5. Yuran pengurusan
  6. Nisbah perbelanjaan

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: