Hero Yang Dilupakan (“Unsung Hero”) Di Sebalik Kejayaan Faiz Subri Memenangi Anugerah FIFA Puskas Award 2016

Masih belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan tahniah buat hero bolasepak Malaysia, Mohd Faiz Subri. Tika ini beliau belum pun sampai di tanahair tercinta ni selepas merangkul Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland pada pagi tadi (waktu Malaysia).

Hebat…! Kejayaan bersejarah ini telah akan mengangkat nama pemain Pulau Pinang Faiz Subri, 30 dan Malaysia di mata dunia. Apa tidaknya nama beliau kini terpahat bersama nama-nama besar dalam sukan bolasepak seperti Ronaldo, Neymar dan Zlatan Ibrahimovic.

Sepakan Faiz dipilih sebagai jaringan terbaik di dunia selepas menerima undian keseluruhan sebanyak 59.46 peratus dan menewaskan pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (22.86 peratus), wakil tunggal pemain bola sepak wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela. (10.01) peratus dan lain-lain (7.68 peratus)

FIFA PUSKAS Award

Tiba-tiba jer nama award ni disebut-sebut oleh ramai rakyat Malaysia. Aku yakin sampai saat ni pun masih ada yang belum mengetahui apa itu FIFA Puskas Award yang dimenangi oleh Faiz Subri ni.

Untuk itu aku terangkan serba sedikit tentang sejarah anugerah ini.

Anugerah Puskás FIFA telah diperkenalkan pada 20 Oktober 2009 oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA) semasa Sepp Blatter menjadi presiden. Anugerah ini diperkenalkan untuk mengiktiraf pemain bola sepak lelaki atau wanita yang menjaringkan gol terbaik atau “fantastik” secara tahunan.

Anugerah ini dinamakan sempena memperingati pemain dari Hungary, Ferenc Puskás, bekas penyerang Real Madrid pada lewat 1950an dan 1960an. Beliau juga sebahagian daripada pasukan gemilang Hungary pada 1950an.

Puskás dianggap secara meluas sebagai pemain bola sepak yang paling berkuasa di Eropah dengan menjaringkan 84 gol dalam 85 perlawanan antarabangsa. Beliau adalah salah satu daripada penjaring terbanyak pada abad ke-20 dengan 512 gol dalam 528 perlawanan.

Cristiano Ronaldo daripada Portugal merupakan pemain pertama yang memenangi anugerah ini pada tahun 2009 yang pertama kali diadakan di Switzerland.
~ Wikipedia

Biodata Mohd Faiz Subri

Haaa kepada yang bukan kaki bola, aku sediakan sikit biodata dan perihal Mohd Faiz bin Subri

  • beliau dilahirkan di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah pada 8 Nov, 1987
  • Mohd Faiz Subri mula mengenali dan bermain bola sepak di kawasan sawah padi di kampungnya di Ayer Hitam.
  • Minat Mohd Faiz dalam bola sepak dipupuk seawal usianya lapan tahun
  • impiannya untuk mewakili negeri tercapai pada usia 18 tahun apabila terpilih mewakili Kedah selama empat tahun pada saingan Piala Presiden.
  • Karier profesional selaku pemain bola sepaknya bermula pada 2010 setelah dipilih menyertai pasukan Perlis selama dua tahun bagi posisi pemain tengah
  • kemudian berhijrah ke Pantai Timur bagi pasukan T-Team pada 2012, dan Kelantan (2013-2014).
  • Setelah enam tahun beraksi dalam Liga Malaysia, karier Mohd Faiz berada di kemuncak apabila beliau menyertai pasukan Pulau Pinang sejak 2015 sehingga kini.
  • Jaringan tercantik oleh penyerang Pulau Pinang itu membolehkan beliau berada di bandar raya glamor itu bersama-sama penerima anugerah pada majlis berkenaan pada Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia) seperti bekas pemenang gol tercantik dunia, Cristiano Ronaldo (2009) dan Neymar pada 2012.
  • Biarpun masih belum menyarung jersi kebangsaan namun pencapaian pemain berusia 29 tahun itu lebih bermakna apabila muncul sebagai pemain pertama dari Asia menerima anugerah tersebut.
  • Beliau pernah dipanggil menjalani latihan bersama skuad kebangsaan pada 2012, 2013 dan 2015.
  • Mohd Faiz melakukan jaringan tersebut yang disifatkan ‘melanggar hukum fizik’ ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Feb tahun lepas.
  • Jaringan luar biasa beliau itu, antara yang dianggap paling menarik sepanjang tahun lepas, telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.
  • beliau seorang yang rajin berusaha termasuk berlatih bersendirian selepas tamat waktu latihan
  • Beliau mendapat pendidikan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tunku Laksamana Hitam sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai, kedua-duanya di Ayer Hitam dan seterus ke sekolah teknikal di Arau, Perlis.
  • Mohd Faiz mempunyai dua cahaya mata iaitu Akif Fayyadh berusia lima tahun dan Muhammad Aqil Zayyan, lapan bulan, hasil perkahwinan dengan Norzawanis Hashim, 29.
  • jaringan Mohd Faiz menjadi motivasi kepada semua lain dalam skuad Harimau Kumbang untuk menempa nama seperti pemain itu.
  • Fenomena yang melanda Mohd Faiz membuka mata semua pemain bahawa sesiapa sahaja boleh menyinar ke peringkat tertinggi dengan usaha berterusan.

Video jaringan gol rembatan anti fizik Faiz Subri

Inilah video jaringan tercantik 2016 Faiz Subri yang dikatakan melawan hukum fizik sehinggakan dikaji oleh pakar-pakar sains sukan di seluruh dunia:

Ini pula video senarai gol-gol tercantik yang pernah memenangi anugerah ini sebelum ini:

Gambar-gambar Faiz di majlis anugerah ini

swafoto bersama Ronaldo

 

bersama Roberto Carlos dan lain-lain

 

bersama Sir Alex Ferguson

Insan di sebalik kejayaan Faiz Subri

Kalau tidak kerana insan ini, jaringan tersebut tidaklah nampak sehebat itu. Mungkin beliau juga akan naik nama. Nama insan tersebut adalah Nasril Nordin penjaga gol Pahang yang melepaskan gol daripada jaringan tersebut. Hahahaha.

Nasril Nordin, penjaga gol Pahang

Dengan sebab beliau tidak menyelamatkan bola tersebutlah gol tersebut kelihatan tersangat dahsyat.

Sepatutnya beliau juga diberikan anugerah…!

Yang ni aku gurau jer. Saja tak nak bagi serius sangat.

Komen Sohoque

Jaringan tersebut adalah bertaraf dunia. Pada aku Faiz Subri memang layak mendapat anugerah ini. Lagipun anugerah ini hasil daripada undian orang ramai dari seluruh dunia.

Syabas dan tahniah sekali lagi Faiz Subri. Kejayaan ini pun adalah sumbangan kepada negara. Moga anugerah ini mampu memberi semangat kepada pemain lain untuk membuat “sesuatu” untuk mengharumkan nama Malaysia.

11 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: