FF7

Fast and Furious 7 Yang Tak Best…?

Filem Fast and Furious 7 membosankan? Tak best!

Siapa cakap…? Yang cakap tu dah tengok ke?

Ya. Aku akui. Filem ini memang tak best. Sangat tak best kalau tak tengok cepat-cepat. Mana tahan telinga ni asyik dengar orang cerita je kan.

Jadi, jom layan review aku dulu.

FF7

Fast and Furious 7

Sinopsis Fast and Furious 7

Selepas berjaya mengalahkan Owen Shaw dan ahli kumpulannya dalam sequeal filem Fast and Furious 6, Dominic Toretto, Brian O’Conner dan kru yang lain dibenarkan pulang ke Amerika Syarikat dan menjalani kehidupan biasa semula seperti mana yang mereka idamkan.

Namun kehidupan seperti orang biasa mereka tidak lama. Mereka telah diancam oleh abang Owen iaitu Deckard Shaw, seorang pembunuh bekas ejen perisikan yang terlatih (Special Forces) yang telah bersumpah untuk menuntut bela atas kejadian yang telah menimpa adiknya.

Satu persatu ahli kumpulan Toretto ingin diburunya. Han, yg berada di Jepun telah berjaya dibunuh untuk memberi mesej kepada Toretto dan kumpulannya. Luke Hobbs, ejen benteras jenayah kerajaan berjaya dicederakan. Rumah Toretto dimusnahkan dengan bahan letupan.

Jadi untuk mengelakkan mereka terus diburu, Toretto dan kru yang lain telah bersatu kembali untuk memburu Deckhard Shaw. Dibantu pula oleh Frank Petty, ejen perisikan kerajaan, mereka kemudiannya menjejaki seorang ejen perisikan yang cukup hebat dan terlatih.

Deckard Shaw memang sukar untuk dikesan tempat persembunyiannya. Kepakarannya memang sukar ditandingi. Hanya satu alat yang boleh mengesan dengan tepat persembunyiannya iaitu the the God’s Eye. Alat pencarian istimewa ini dicipta oleh Megan Ramsey.

Eh macam terlebih cerita pulak. Heheheh. Kepada sesiapa yang belum tengok filem ini, dipersilakan ke panggung wayang berdekatan anda. Memang best cerita ni…!

Saksikan bagaimana Toretto dan ahli kumpulannya mencari dan merampas The God’s Eye. Memang banyak aksi-aksi hebat yang tak terfikir dek fikiran dipertontonkan di dalam filem ini.

Yang tak best dalam filem ini

Permulaan agak perlahan. Saya lebih suka permulaan yang gempak yang boleh menarik minat saya dahulu. Kemudian boleh la nak perlahankan kembali plotnya. Filem ini membuatkan saya menunggu agak lama sebelum ada aksi yang saya harapkan.

Beberapa adengan yang memaparkan perempuan yang terlebih seksi dan aksi bercium membuatkan saya terfikir untuk tidak membawa anak-anak saya menonton filem ini.

Yang best dalam filem ini

Aksi yang dipaparkan memang terbaik! Adengan kejar mengejar di tepi lurah gaung yang curam memang best. Begitu juga aksi kereta terjun daripada kapal terbang menggunakan payung terjun.

gambar-roman

Tej (kiri) dan Roman (kanan) banyak menghidupkan sequel ini dengan dialog-dialog yang lucu

Dialog yang kelakar juga menghidupkan filem ini. Dialog yang poyo daripada Roman memang lawak. Begitu juga dialog-dialog sindiran yang ditujukan kepada Roman oleh rakan-rakan. Memang menghiburkan.

Trailer FF7

Barisan pelakon FF7

Kebanyakan pelakon masih dibarisi oleh pelakon dari sequel terdahulu. Hanya Paul Walker yang melakonkan watak Brian O’Conner tidak sempat menghabiskan lakonannya kerana telah terlibat dalam kemalangan maut.

Disebabkan kematiannya, filem ini terpaksa diubah sedikit jalan ceritanya. Perubahan tersebut adalah untuk mematikan watak Brian O’Conner tanpa mencacatkan sequel seterusnya di masa akan datang.

Sebab itulah dalam sequel ini Brian O’Conner digarap wataknya dengan lebih menumpukan perhatian kepada keluarganya. Ini mungkin menjadi sebab watak Brian O’Conner tiada lagi di sequel FF7 akan datang.

Tempat mendiang Paul Walker untuk scene-scene yang belum sempat beliau lakonkan digantikan dengan adiknya Caleb dan Cody.

Inilah barisan pelakon yang menjayakan filem ini:

  • Vin Diesel sebagai Dominic Toretto
  • Paul Walker sebagai Brian O’Conner
  • Dwayne Johnson sebagai Luke Hobbs
  • Michelle Rodriguez sebagai Letty Ortiz
  • Jordana Brewster sebagai Mia Toretto
  • Tyrese Gibson sebagai Roman Pearce
  • Chris Bridges sebagai Tej Parker
  • Lucas Black sebagai Sean Boswell
  • Jason Statham sebagai Deckard Shaw
  • Elsa Pataky sebagai Elena Neves
  • Kurt Russell sebagai Frank Petty
  • Tony Jaa sebagai Kiet
  • Ronda Rousey sebagai Kara
  • Nathalie Emmanuel sebagai Megan Ramsey
  • Djimon Hounsou sebagai Jakande
  • John Brotherton sebagai Sheppard

Rating

Filem Fast and Furious 7
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.5

Selamat menonton Fast and Furious 7…!

22 comments

  1. Shaima 15 July, 2015 at 11:36 Reply

    first time tengok (yang tak pernah follow movie Fast Furious ni) plot cerita agak laju (macam cut2 )tanpa jalinan setiap scene. yang paling best, action2 dan part last yang agak touching. pandai editors buat ending yang fit dengan situasi yang dialami.
    Shaima recently posted..Resipi Buih Susah LetupMy Profile

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: