Fatwa Mufti Besar Al-Azhar: Wajib Bunuh Bashar Al-Assad

Pemerintahan kuku besi rejim Al-Assad di Syria yang diketuai oleh presidennya Bashar Al-Assad telah mengundang para ulamak dunia Islam membincangkan konflik Syria dengan lebih serius sehinggakan keluarnya fatwa dari Ulama besar di Al-Azhar yang  menyeru pembunuhan terhadap Presiden Syria Bashar Al-Assad atas kematian ribuan orang awam yang menentang regim diktatoriannya.

“Bashar Al-Assad adalah pembunuh dan harus dibunuh,” kata Nasr Farid Washil, bekas Mufti Mesir, kepada akhbar milik Parti Kebebasan dan Keadilan yang merupakan sayap politik Ikhwanul Muslimin, hari Rabu 14 Mac.

“Dia yang menaburkan peluru terhadap rakyatnya adalah perbuatan terkutuk dan penjahat perang yang wajib dihukum.”

Lebih dari 8000 orang Syria telah terbunuh dalam tindakan keras membunuh yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Assad pada protes menuntut diakhirinya 11 tahun pemerintahan Assad.

Ulama besar Al-Azhar itu menyeru pembunuhan ke atas Assad atas pertumpahan darah orang awam yang terjadi tiap hari di Syria.

“Membunuh Bashar Al-Assad adalah suatu kewajipan setelah ia menumpahkan darah rakyatnya dan memperkosa wanita mereka,” kata Dr Hashem Islam, ahli Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar.

Dia menekankan bahawa Islam melarang pembunuhan manusia.

“Kejahatan yang dilakukan oleh pembunuh Bashar dilarang oleh Islam dan tidak akan mencapai keselamatan,” katanya.

Sheikh Abdel-Moneim Al-Bari, bekas pimpinan ulama Al-Azhar sangat bersetuju dengan pembunuhan ke atas Bashar.

“Presiden Syria Bashar Al-Assad perlu dibunuh kerana membantu pembunuhan kejam yang dilakukan terhadap orang awam yang damai di Syria,” katanya.

Al-Bari, bekas anggota Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar, mengatakan bahawa kejahatan Assad melanggar semua hukum agama dan adat manusia.

“Dia layak mendapat hukuman segera.”

Ikuti laporan penuh tentang ini di sini.

Ikuti posting tentang konflik di Syria yang pernah di terbitkan di blog ini di sini.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: