Fatwa: Pelaburan Emas Genneva Tidak Sah Dari Pandangan Syarak

Ummat Islam dilarang menyertai skim Pelaburan Emas Genneva. Keputusan ini dibuat pada Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bermula pada hari Rabu yang lalu selama 3 hari yang meneliti laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas syarikat itu. Ini disahkan sendiri oleh pengerusi muzakarah, Prof Emeritus Tan Sri Abdul Syukor Husin.

Kata beliau, operasi syarikat tersebut didapati tidak mengikut sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas seperti yang teah diperakui oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal agama Islam Malaysia kali ke 96 yang berlangsung pada 15 Jun yang lepas.

Ummat Islam dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transkasi jual beli dan pelaburan emas oleh mana-mana pihak baik syarikat dari dalam negara maupun dari luar negara yang bertentangan dengan prinsip jual beli emas yang telah digariskan oleh syarak dan undang-undang negara.

Transaksi yang dimaksudkan hendaklah memenuhi kesemua rukun jual beli menikut syarak. Sekiranya salah satu rukun jual beli tersebut tidak mengikut syarak, maka transaksi tersebut di kira TERBATAL. dan tidak sah.

Beliau menmbah lagi, transaksi juga hendaklah bebas daripada 3 unsur asas berikut:

  1. Ia ada unsur-unsur riba,
  2. Perjudian
  3. Gharar yang berlebihan dan Kezaliman.

katakan tidak pada skim pelaburan emas

Sumber

Komen sohoque: orang Malaysia ni suka sangat la skim-skim macam ni. Bila duit dah lesap barulah semua nak kecoh dalam suratkhabar.

3 comments

  1. LANA AZMI 12 July, 2012 at 14:10 Reply

    Untuk makluman semua, tidak ada lagi orang yg kehilangan wang bila membeli emas dari Genneva bahkan semua pembeli diberi pula hibah setiap bulan di antara 1.5%-2.5% bergantung pada berat emas dan promosi. Jadi di mana yg dikatakan Genneva ni tak bagus. BAFIA/AMLA compliance dan ada panel syariah lagi.

    • sohoque 12 July, 2012 at 16:05 Reply

      wallahua’lam. saya hanya huraikan sedikit hasil Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bermula pada hari Rabu yang lalu selama 3 hari yang meneliti laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas syarikat itu. Ini disahkan sendiri oleh pengerusi muzakarah, Prof Emeritus Tan Sri Abdul Syukor Husin.

      dalam mencari rujukan hukum muamalah Islam saya lebih suka berpegang kepada muzakarah mereka. wallahua’lam

  2. Harga Malaysia 17 October, 2012 at 09:13 Reply

    Bagi mereka yang telah melabur disini Kami membeli emas Genneva, emas lama, rosak patah, pamp suisse, emas pelaburan, untuk mengetahui harga emas terkini, boleh layari laman web hargaemas … atau hubungi saya shahrul 012-2864232

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: