More

    Five Rams Statue Guangzhou

    Tugu kambing guangzhou
    Tugu 5 ekor kambing

     

    Group E2 di depan 5 Rams Statue

     Jika bertandang ke Guangzhou rasanya tak sah kalau orang tak melawat tempat ni. Five Rams Statue atau Tugu 5 Kambing. Hahahaha. Kalau kat Malaysia ada Tugu Negara dengan patung pahlawan negara, Guangzhou pulak ada tugu kambing.

    Tugu ini terletak di taman terbesar Guangzhou iaitu Wu Yue Xiu Park yang bersaiz 860,000 meter persegi (212.5 ekar).

    Tugu ini adalah salah satu tugu yang terkenal di Guangzhou. Ia menjadi lambang bandaraya Guangzhou. Berketinggian 10 meter, keseluruhan tugu dibina dengan menggunakan 130 keping batu marmar.

    Sebenarnya ada cerita di sebalik pembinaan tugu ini. Mengikut cerita rakyat, 2000 tahun dahulu, Guangzhou dilanda kemarau. Rakyatnya walaupun kuat berkerja tetapi masih dibendung kemiskinan. Suatu hari 5 dewa-dewi yang berpakaian 5 warna telah turun ke bumi Guangzhou dengan menunggang 5 ekor kambing. Kambing-kambing tersebut masing-masing membawa sebekas benih padi di mulut mereka. Dewa-dewi tersbut telah meninggalkan benih padi tersebut untuk penduduk Guangzhou, seterusnya memberikan rahmat kepada bandar itu dan naik semula ke langit. Kambing-kambing tadi bertukar menjadi batu dan bandar Guangzhou menjadi kaya dan terkenal. (Hahahaha, macam lawak je cerita ni)

    Daripada kaki bukit ke tugu tersebut, ia mengambil masa 5 minit berjalan kaki. Tidak lah sukar untuk sampai ke tugu tersebut kerana jalan telah dibina dengan baik menjadi sebahagian daripada keindahan taman yang dikelilingi oleh pokok yang menghijau sesejuk mata memandang.

    Jalan berbukit ke Tugu Kambing

    Apa-apa pun datang ke tempat ini menjadi kenangan yang tak akan dilupakan buat aku dan group aku iaitu Group D2.

    Latest articles

    Related articles

    2 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge