Five-Star Messi

Beliau adalah pemain pertama dalam sejarah Liga Juara-Juara yang menjaringkan 5 gol dalam satu perlawanan.

Pemain yang berasal dari Argentina ini telah menjaringkan 29 gol dalam pertandingan Eropah.

Messi, di sebalik persembahan mantapnya, merendah diri selepas perlawanan itu dengan berkata: “Perkara yang paling penting adalah kita menang, itulah apa yang kita mahu”

Leo Messi memakai nombor 10 pada belakang jersey beliau, tetapi terhadap Bayer 04 Leverkusen petang ini, beliau memperlihatkan prestasi Bintang Lima. Pemain berasal dari Argentina itu menjaringkan lima gol; dua pada separuh masa pertama, tiga gol lagi di separuh masa kedua. Persembahan cemerlang itu telah memecahkan rekod Eropah yang dipegang sekian lama. Tetapi Messi, di sebalik prestasi hebat tersebut, tetap merendah diri.”Perkara yang paling penting adalah bahawa kita telah menang, itulah apa yang kita mahu,” katanya apabila dia diberitahu bahawa ini adalah kali pertama dalam pemain yang berjaya menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan.

Berikut adalah fakta-fakta menarik dan statistik mengenai Leo Messi di pertandingan peringkat antarabangsa:

  • Messi adalah pemain pertama dalam sejarah Liga Juara-Juara UEFA yang menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan

 

  • Beliau adalah pemain pertama dalam sejarah Piala Eropah (dalam semua format) yang menjaringkan lima gol pada peringkat ini

 

  • Pemain ini telah menjaringkan 12 gol dalam edisi Liga Juara-Juara ini, jumlah gol yang sama dijaringkan oleh beliau musim lalu (beliau adalah penjaring terbanyak musim lalu)

 

  • Ianya genap setahun (Mac 8, menentang Arsenal) sejak Messi menjaringkan gol di Nou Camp dalam Liga Juara-Juara

 

  • Messi adalah pemain kedua Barca dalam sejarah Kelab yang menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan Eropah (Zaldúa melakukannya pada 6 Oktober, 1965)

 

  • Dengan 5 gol yang dijaringkannya itu, Messi hanya memerlukan 7 gol lagi dari menjadi penjaring terbanyak sepanjang masa Kelab (235)

 

  • Beliau adalah pemain pertama yang pernah menjaringkan lima gol dalam Liga Juara-Juara bagi pasukan yang bermain dalam Liga Sepanyol

 

  • Messi adalah pemain ke-11 yang menjaringkan lima gol dalam perlawanan Liga Juara-Juara (pemain lepas adalah Lerby, yang bermain dengan kelab Ajaz, pada tahun 1979, melakukannya semasa menentang Omonia)

 

  • 49 gol Messi dalam pertandingan ini menyamakan beliau setaraf dengan Alfredo Di Stefano sebagai penjaring gol keenam tertinggi di dalam sejarah pertandingan

 

  • Daripada 49 gol dalam Liga Juara-Juara, 25 gol telah dijaringkan di Nou Camp, dan 22 gol di tempat lawan. 2 daripadanya telah dijaringkan dalam final

 

  • Beliau telah menjaringkan 54 gol dalam pertandingan antarabangsa: 49 dalam Liga Juara-Juara, 4 dalam Piala Dunia Kelab dan 1 dalam Piala Super Eropah

Ikuti video perlawanan antara Barcelona dan Bayer Leverkusen:

http://youtu.be/_kqJf634AzY

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: