GT Dollar Dan GT Robot Bakal Menambahkan Kerancakan Industri Internet Dan Robotik Malaysia

Dulu kalau nak tengok robot yang betul-betul hidup, kita tengok dalam filem jer. Tu pun belum tentu ianya robot betul. Entah-entah ada orang kat dalam kostum tu.. Hehehe.

Tapi kini penciptaan robot dah jadi berita yang biasa. Robot yang dicipta tu pulak ada dah sampai tahap macam manusia. Hebatnya teknologi sekarang kan?

Berita yang paling best aku dengar ialah sedikit masa lagi Malaysia bakal ada kilang membuat robotnya sendiri. Kilang tersebut bakal dibina di Melaka ataupun Negeri Sembilan. Syarikat yang bertanggungjawab membawa teknologi tersebut adalah GT Group, sebuah syarikat dari Singapura yang berkerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk membuka kilang dan membawa teknologi penciptaan robot ke sini. Syabas kepada yang terlibat!

Baru-baru ni telah pun diadakan majlis pelancaran besar-besaran di Sime Darby Convention Centre oleh GT Group. Produk yang dilancarkan adalah GT Dollars dan GT Robot. Majlis gilang gemilang ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Y.B Datuk Mas Ermieyati Bin Samsudin.

Apa itu GT Dollar dan apa itu GT Robot?

GT Dollar

Ia adalah satu aplikasi telefon (apps) pintar yang menghubungkan penjual ataupun penyedia perkhidmatan dengan pembeli dengan hanya di telefon pintar. Apps ni ibarat satu market place ataupun pasaran yang mana pembeli hanya perlu melihat di dalam aplikasi dan mencari barangan ataupun perkhidmatan yang diperlukan. Di situ terdapat ribuan penjual yang bersedia memenuhi keperluan pembeli.

Dah jumpa apa yang dikehendaki, boleh buat pembayaran online dan pilih option penghantaran ke rumah jika tidak mahu ke premis penjual. Jadi semua urusan mencari produk keperluan dan kedai menjadi sangat senang. Ini akan bertambah meriah apabila aplikasi ini bakal mendapat sambutan yang hangat sedikit lagi.

Untuk pengguna yang baru install dan register, korang akan dapat RM300 (virtual money). Duit ni boleh korang guna untuk dapat diskaun jika ada diskaun ditawarkan dalam apps ni. Sebagai contoh, jika restoran ABC menawarkan diskaun 50% untuk menunya Nasi Ayamnya. Nasi ayam tu harganya RM20. Korang beli guna virtual money tu. Maknanya nanti kat restoran tu korang bayar RM10 jer la. yg lagi RM10 yang dia bagi diskaun tu sebenarnya dia potong daripada virtual money tu.

Haaa yang ni ramai yang tak paham. So sila paham elok-elok ya. Virtual Money tu boleh ditambah tau. Salah satu caranya ialah korang main game kat apps ni. Game tangkap lebah tu. Hurmmm korang kena install dan explore dulu apps ni. Nanti baru paham. Tak paham nanti sila tanya kat ruangan komen ok…

GT Robot

Ya robot. Robot yang tu la.. Yang macam korang tengok kat TV tu. Robot ni bukan setakat bergerak-gerak biasa jer tau. Dia boleh berinteraksi dua hala dengan manusia. Robot ni ada banyak saiz. Yang sama besar dengan manusia pun ada. Yang ditunjukkan masa majlis pelancaran bebaru ni hanyalah prototaip.

Robot-robot ni dicipta untuk membantu tugasan manusia mengikut yang diprogram.

Kilang robot ni lah yang akan dibina di Malaysia tidak lama lagi. Mengikut perancangan awal, kilang pertama akan dibina di kawasan di antara Melaka dan Negeri Sembilan. Tapi itu semua tertakluk kepada perbincangan dan kelulusan antara kedua-dua belah pihak. Kita tunggu jer nanti.

GT Group juga ada produk telefon pintarnya sendiri. GT Mobile namanya. Di majlis pelancaran tersebut GT Mobile turut diperkenalkan.

Ia adalah telefon pintar pertama yang dikeluarkan oleh Singapura. Aku mendapat satu set telefon pintar GT-888. Melihatkan spesifikasi di atas kertas, telefon pintar ini berada di kelas pertengahan dari segi performancenya.

Aku baru sempat guna GT-888 ni dua hari lepas. Masih duk explore lagi ni. Nanti dah habis explore aku akan terbitkan satu entri tentang telefon pintar ni. Tungguuu..

Komen Sohoque

Aku lihat ini perkembangan yang sangat positif. GT Dollar jika dibuat dengan perancangan yang rapi boleh berjaya. Sebabnya lebih banyak syarikat yang berkerjasama dengan GT Dollars, lebih besar market place untuk GT Dollar. Ini akan menyenangkan pengguna untuk memilih keperluan mereka di situ.

Pembukaan kilang GT Robot bakal membawa teknologi robot ke Malaysia. Ia juga akan membuka peluang perkerjaan buat rakyat Malaysia. Moga kerjasama ini akan berjalan lancar.

GT Mobile, jika harga dan kualitinya dijaga, ia mampu memberi saingan kepada pemain industri yang lain. Ini akan memberi lebih pilihan kepada pengguna seperti kita.

Syabas GT Group dan kerajaan Malaysia atas kerjasama bijak ini…!

8 comments

  1. SyakirinTech 28 January, 2017 at 15:42 Reply

    Takpayah la susah2 nak bina kilang robot untuk negara lain. Dh ramai pelapis2 muda yg bole bina robot sendiri. Ambil je bakat muda kat malaysia ni

    • sohoque 28 January, 2017 at 16:51 Reply

      Dah ada kilang robot boleh la pelapis muda gunakan bakatnya kat kilang tu bro. Nak harap pelapis muda buat kilang x mungkin depa mampu. Salah satu nak tlg pelapis muda la tu bro… adeeeh hang ni.

      Lagi satu, benda boleh wujudkan peluang pekrjaan untuk anak2 muda…

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: