More

    GT Mobile GT-888 Berbaloi untuk dimiliki

    Dunia gajets sememangnya cepat berputar dan sengit saingannya. Smartphone adalah salah satu gajets yang paling cepat bergerak. Di kala syarikat-syarikat besar seperti iPhone, Samsung, Sony, Huawei dan lain-lain sibuk mempromosikan smartphone terbaru mereka, syarikat-syarikat smartphone yang lain juga turut menumpang dengan produk smartphone yang terkini.

    Syarikat-syarikat ini menumpang peratusan kecil perkongsian pasaran dengan menawarkan ciri-ciri yang tidak kurang menarik dengan harga yang lebih mampu milik.

    Yang terkini adalah syarikat smartphone yang berpengkalan di Singapore, GT Group. Di bawah anak syarikatnya GT Mobile, mereka memperkenalkan smartphone kelas pertengahan mereka GT-888. Ia dilancarkan bersama-sama dengan applikasi GT Dollar dan teknologi robot GT Robot baru-baru ini di Pusat Konvesyen Sime Darby.

    Alhamdulillah, sohoque.com diberi kepercayaan diantara orang yang pertama membuat review untuk smartphone ini. Dah lebih 2 minggu aku guna dan bermain dengan semua fungsi smartphone ini. Dan inilah hasil reviewnya…

    Impressi pertama GT Mobile GT-888

    Luaran

    Hmmm…ok. Solid jer. Nampak macam smartphone berjenama yang dah ada di pasaran. Rasa macam terbiasa pulak dengan saiz dan bentuk smartphone ni.

    Bila aku amati, bentuknya, saiznya, malah lengkungan bucu amat mirip dengan iPhone 6 Plus aku. Aku dekat dan rapatkan iPhone 6 plus aku dengan smartphone ni. Fuuuh memang sama besar saiznya. Cuma ketebalan ada beza sikit. Smartphone ni sedikit tebal berbanding dengan iPhone 6 Plus.

    sebelah kanan iPhone 6 Plus. Sebelah kiri GT Mobile GT-888

    Bila aku baca detailsnya memang benar, smartphone ni mempunyai saiz skrin 5.5 inci berdefinisi tinggi (Full HD 1280 x 720 pixels). Dan skrinnya dari jenis IPS OGS yang lebih nipis serta menggunakan Corning Glass 3 yang lebih keras dan lasak.

    Dari segi saiznya, smartphone ni dah menangi hati aku. Sebab sejak aku menggunakan smartphone bersaiz 5.5 inci ni, aku kalau boleh tak nak dah smartphone yang lebih kecil. Tak larat aku nak kebilkan mata membaca tulisan yang agak kecil. Faktor umur barangkali. Hehehe.

    Dalaman

    Spesifikasi (spec) GT Mobile GT-888

    Ok. Jom kita tengok spec smartphone ni pulak.

    Processor dan storan

    Smartphone ni didatangkan dengan cip pemprosesan Mediatek MT6735P dengan kelajuan 1 GHz dengan 4 kelajuan teras. RAMnya 2Gb dengan storan bersaiz 16Gb. Cukup la kalau pengguna nak install banyak apps. Penggunaannya pun jadi lancar.

    Kamera

    Seterusnya aku periksa kamera. Benda ni pada aku agak penting sebagai seorang blogger untuk aku rakamkan moment seterusnya memuatkan ke dalam penceritaan di dalam blog.

    Smartphone ni jelas memfokuskan pada kamera belakang. Ia dilengkapi dengan kamera 8MP dengan fungsi pemfokusan gambar selaju 0.3 saat. Ia juga mampu merakamkan video pada resolusi 4K.

    Ini adalah antara gambar-gambar yang diambil dengan kamera belakang smartphone ini. Ok la… Aku puashati!

    Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari

    Low light

     

    HD Mode

    Ok aku test swafoto pulak…

    swafoto dengan flash

    Ok la. Gambar cun jugak. Kamera hadapan ataupun kamera selfie smartphone ni ber-resolusi 5MP. Siap ada lampu flash…!

    Ni Video yang sempat aku test dengan kamera GT-888:

    Bateri

    Bateri smartphone ni boleh tahan. Aku guna dengan tidak mematikan data internet, boleh tahan sehari suntuk. Ok la tu kan..

    Ia menggunakan bateri lithium 2,550mAH dan boleh dileraikan daripada badan smartphone ini. Aku suka penutup bateri bahagian belakang. Penutupnya kemas tetapi senang untuk dibuka untuk menukarkan kad sim atau tukar bateri.

    menyokong fungsi quick charging

    Yang bestnya lagi, bateri smartphone ni boleh dicas dengan pantas. Ia ada teknologi fast charging. 35% bateri boleh dicas dalam masa 15 minit. Wow pantas! Tak perlu tunggu lama-lama.

    Dua kad sim

    sokongan dwi kad sim

    Smartphone ni menyediakan 2 tempat untuk melatekkan kad sim. Slot kad sim terletak di bawah compartment bateri.

    Rekaan

    Macam yang aku katakan tadi, bentuk rekaannya lebih kurang sama dengan iPhone 6 plus aku.

    Bingkainya diperbuat daripada logam dan dilengkungkan di setiap penjuru untuk menampakkan kualiti yang lebih premium.

    Butang On dan Off ada di sebelah kiri. Port untuk pengecasan ada di bahagian atas. Begitu juga dengan port untuk earphone. Bahagian belakang diperbuat daripada plastik kesat untuk menambahkan grip apabila dipegang dan ia anti cap jari.

    Fungsi terpenting untuk sesebuah smartphone iaitu butang Home dan Back ada di bahagian bawah muka depan seperti kebanyakan smartphone yang lain. Malah untuk smartphone ini ia ditambah lagi satu butang Navigasi Skrin bersama-sama butang Home dan Back tadi.

    Sedikit kekurangan pada 3 butang penting ini. Ia tiada backlight. So kalau dalam gelap agak sukar untuk mencari butang ni. Cuma kalau dah terbiasa guna mungkin secara otomatik pengguna tau kedudukan 3 butang ni dengan tepat.

    Sistem Operasi

    Smartphone ni menggunakan sistem Android 5.1 Lollipop. Ia bukanlah yang paling terkini tapi cukup lah untuk membolehkan penggunaan fungsi-fungsi terbaru Android.

    Ada dua applikasi yang sedia terbina di dalam smartphone ini iaitu GT Dollar dan GT Watch. GT Dollar untuk memudahkan pengguna menggunakan platform jual beli dalam GT Dollar marketplace yang sudah dilancarkan di Malaysia.

    GT Watch pula khas untuk selaraskan smartphone ni dengan gajet GT Watch.

    Selain itu, fungsi lain yang terdapat didalam smartphone ni pun agak menarik. Diantaranya ialah:

    HotKnot – Membolehkan pertukaran data apabila skrin menyentuh peranti lain.

    Scheduled power on & off – Auto off mengikut masa yang ditetapkan.

    Zero shutter delay – 0.3 saat fokus dan rakam gambar.

    Off-Screen Gesture (Fungsi ketika skrin terpadam)

    Double tap – Tekan skrin dua kali untuk menyalakan skrin.
    Swipe up – Leretkan jari keatas untuk unlock dan nyalakan skrin.
    Draw C – Lakarkan huruf C untuk menggunakan kamera.
    Draw V – Lakarkan huruf V untuk menggunakan kalkulator.
    Control Music – Leretkan jari ke bawah, kiri dan kanan untuk memainkan atau mengawal lagu yang dimainkan.

    Komen Sohoque

    Dah 3 minggu aku menggunakan smartphone ni. Terus terang aku katakan, aku amat selesa menggunakannya.

    Kelajuannya di tahap sederhana sudah cukup membantu aku meringankan banyak benda dalam kehidupan. Kameranya juga tida ketinggalan jauh. Gambar yang terhasil sedap mata memandang. Malah ia tidak pecah untuk aku gunakan sebagai bahan sokongan kepada entri di blog aku.

    Kebolehannya mengecas dalam masa yang singkat sagat relevan dengan kehidupan aku yang sentiasa online ni. Aku tak perlu tunggu lama untuk cas jika dah kehabisan kuasa bateri.

    Jika tanya aku ok ke tak menggunakan smartphone ni, aku cakap OK. Cuma setakat yang aku tahu, harganya SG368. Kalau convert duit Malaysia Lebih RM1K juga harganya. Pada aku untuk smartphone kelas pertengahan ni kalau dijual dengan harga di bawah RM1K akan lebih menarik ramai pembeli.

    Kalau korang berminat untuk memiliki smartphone GT Mobile GT-888 ni,korang boleh dapatkannya melalui laman web www.gtmobile.sg. Harga yang dijual adalah SGD368, bersamaan dengan RM1100+.

    Ringkasan Spesifikasi (Spec) GT Mobile GT-888

    [su_box title=”SPESIFIKASI GT-888 Model GT-888″]Model: GT-888 [su_spacer size=”10″ class=””]Colour: Metal Grey / Silk White [su_spacer size=”10″ class=””]Dimensions: 158.9×77.5×8.6mm [su_spacer size=”10″ class=””]Weight: 160g [su_spacer size=”10″ class=””]Operating system: Pre-install Android 5.1 Lollipop [su_spacer size=”10″ class=””]CPU: 64 Bit MTK MT6735P Processor Quad Core 1.0GHz CPU [su_spacer size=”10″ class=””]GPU: Mali T720-Mp1 600 Mhz [su_spacer size=”10″ class=””]RAM: 2GB / 1GB [su_spacer size=”10″ class=””]ROM: 16GB [su_spacer size=”10″ class=””]Battery: 2550mAh [su_spacer size=”10″ class=””]Charger: Quick Charging [su_spacer size=”10″ class=””]Size: 5.5 inch [su_spacer size=”10″ class=””]Resolution: HD1280*720pixels [su_spacer size=”10″ class=””]Type: IPS OGS [New 2.5D Arc Screen] [su_spacer size=”10″ class=””]Material: Gorilla Glass 3 [su_spacer size=”10″ class=””]Rear Camera: 8.0MP 4th Generation Camera OV8865 [su_spacer size=”10″ class=””]Front Camera: 5.0MP [OV5648] [su_spacer size=”10″ class=””]Video: 1080P, 2K, 4K [su_spacer size=”10″ class=””]SIM: Dual sim standby, Micro Standard SIM [su_spacer size=”10″ class=””]Bluetooth: Bluetooth 4.0 [su_spacer size=”10″ class=””]Positioning: GPS, A-GPS, GLONASS, Digital Compass, Hall Effect Sensor, Gravity Sensor, Ambient Light Sensor [/su_box]

    Latest articles

    Related articles

    10 Comments

    Leave a Reply to Bonde Zaidalifah Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge