Habiskan Cuti Sekolah Dengan Promosi Year End Holiday

Alamak.. 2 minggu lagi nak cuti sekolah…!

Fuuh.. Hari ni agak ketat aktiviti aku sekeluarga. Pagi tadi awal-awal lagi kami dah keluar daripada rumah. Destinasi kami hari ni adalah ke KL Tower Kuala Lumpur. Hari ni aku bersama ahlis Kelab Blogger Ben Ashaari ada aktiviti di sana. Kami melawat KL Tower Mini Zoo. Aku baru tau yang kat KL Tower pun ada zoo. Hahaha.. Lama dah tak datang sini sebenarnya.

kl-tower-mini-zoo-family

Lebih kurang pukul 1 gitu habis program di sana. Kami bergegas balik sebab aku perlu menghantar anak sulung aku ke asrama pulak.
Sekolahnya terletak tidak jauh daripada salah satu tempat pelancongan yang menarik di Selangor iaitu Sekinchan.

So, paling lewat pukul 4 aku kena bertolak ke sana. Sebabnya perjalanan daripada rumah aku di Shah Alam ke Kuala Selangor tu akan mengambil masa selama 1 jam. Dan pukul 5.30 petang adalah waktu terakhir aku dibenarkan menghantar anak.

Masa aku salam dengan anak tadi, dia ada bagitau:

“Papa, 2 minggu daripada sekarang datang jemput tau.. dah cuti sekolah”..

“Ok..” jawab ku pendek.

Nak ke mana ek cuti sekolah ni…!

Dalam perjalanan pulang, aku terfikir. Aku dah kena rancang percutian untuk musim cuti sekolah nanti. Kalau tak, kelam kabut aku. Isteri aku pun dah bagitau yang dia akan ambik cuti panjang selama seminggu sempena cuti sekolah nanti untuk luangkan masa yang lebih berkualiti bersama anak-anak.

Haaaa.. pening jugak kepala untuk buat perancangan ni. Memang aku lemah sikit buat perancangan kalau bab-bab percutian gini. Aku ni jenis yang malas buat research. Yang suka dan pandai buat perancangan adalah isteri aku. Haaa.. aku mesti kena bincang dengan dia ni…!

Tapi apa-apa pun aku sebenarnya dah ada sedikit gambaran untuk percutian nanti. Pada awalnya aku nak jelajah pantai timur jer. Nak ke ke Kota Bharu Kelantan. Singgah di Kuantan dulu. Bermalam di situ dahulu untuk mencari tempat makan dan tempat menarik untuk disinggahi.

Kemudian aku akan ke Kuala Terengganu. Makan Nasi Dagang dan Keropok Lekor. Sambil menikmati pantai-pantai di Terengganu yang terkenal dengan keindahannya.

Pantai Batu Buruk

Pantai Batu Buruk

Selepas itu akan terus ke Kota Bharu untuk menetap di Hotel Perdana dan melawat kembali tempat-tempat yang aku pernah jelajahi dalam jelajah Perdana. Rindu aku dengan Kedai Kopi Din Tokyo, Nasi Ulam cikgu dan lain-lain tempat yang menarik di sana.

kedai-kopi-din-tokyo-1

Teh Halia Telur Puyuh, salah satu menu rare yang ada di Kedai Kopi Din Tokyo

Teh Halia Telur Puyuh, salah satu menu rare yang ada di Kedai Kopi Din Tokyo

Musim tengkujuh

Tapi kemungkinan besar aku terpaksa membatalkan hasrat aku ke pantai timur. Ini adalah kerana hujung tahun amat tidak bijak kalau aku ke Pantai Timur. Waktu ini adalah musim tengkujuh! Bahaya! Selain daripada aktiviti kami akan terbatas dek hujan, kemungkinan besar bahaya banjir juga menanti kami. So aku kena tukar hasrat.

Pilihan aku samada aku ke utara semenanjung ataupun aku ke luar Malaysia untuk ke negara jiran seperti Singapura dan Indonesia. Cuma ke utara aku dah selalu sangat pergi. Kali terankhir masa bulan Jun tempohari. Kami pergi ke Penang dan Perlis. Takkan kali ini nak pergi lagi.

Ke negara jiran

Hmmmm… pergi ke negara jiran ok jugak ni…! Passport aku baru renew sebelum aku ke Kyushu dan Phuket bebaru ni. Passport anak-anak aku si Iffah dan Ifza baru buat awal tahun hari tu. Yang perlu diselesaikan adalah passport isteri aku yang dah tamat tempoh dan passport anak sulung aku iaitu Iqbal yang masih belum pernah dibuat.

Pergi ke Singapura best jugak ni. Universal Studio dalam kepala aku. Dah lama jeles tengok kawan-kawan pergi sana.

Universal Studio Singapore

Universal Studio Singapore

Baca review blogger yang pernah ke sana rasa macam nak pergi jugak jer. Tempat-tempat seperti Cloud Forest, Gardens By The Bay, National Orchid Garden, Night Safari Zoo an lain-lain seakan-akan memanggil aku ke sana.

Hmmm.. Banyak yang aku fikir kalau ke sana. Yang paling utama adalah kos. Ringgit Malaysia di dalam keadaan yang amat teruk sekarang. Kalau aku ke sana memang confirm banyak duit aku habis.

Rate sekarang (pada masa entri ini ditulis) adalah SGD1 bersamaan dengn RM4. Fuuh hampir 4 kali ganda mahalnya duit singapura.

Faktor ini macam menjadi halangan utama aku ke sana.

Ke Indonesia? Bagus juga kalau aku bawak keluarga shopping di Bali. Cuma sekali lagi. Kos menjadi halangan. Walaupun duit Rupiah tidaklah melambung naik berbanding dengan duit Ringgit Malaysia, tetapi aku macam rasa sayang jer nak belanjakan duit.

Aku kena berjimat cermat. Aku tengok ekonomi Malaysia dan makin teruk dah ni. Lebih baik aku berjimat cermat. Waktu ekonomi merudum nanti cash amat penting untuk survive.

Boleh jimat rupanya…!

Kemudian aku teringat akan Traveloka. Sebuah laman sesawang percutian yang memudahkan kita membuat dan memilih hotel ataupun tempat penginapan di tempat pilihan kita untuk menghabiskan cuti. Laman ni biasanya ada diskaun yang ditawarkan.

Laman Sesawang Traveloka

Laman Sesawang Traveloka

Terus aku buka laman sesawang Traveloka dan mencari promosi di sini.

Promosi Traveloka

Seperti yang diwarwarkan kepada aku, memang benar ada diskaun hebat di sini. Ada dekat-dekat 100 buah hotel yang boleh dapat diskaun jika membuat tempahan melalui Traloka. Ini boleh membantu aku menjimatkan kos melancong aku..!

Korang kalau nak tau berapa dapat diskaun atas tempahan korang, boleh klik sendiri link yang aku beri tadi.

Satu lagi yang aku suka dengan laman sesawang Traveloka ni ialah, ialah semacam one stop center yang menawarkan penyelesaian kepada pemgembara. Kat sini juga ada ruangan untuk booking hotel dan booking flight. Canggih dan senang!

Korang boleh ke sini dan explore sendiri.. Nanti kata aku nak promote lak..

Laman Sesawang rancang percutian

Berbincang adalah cara yang terbaik

Hmmm kena diskas dengan isteri jugak ni. Biar dia pilih berdasarkan kos penjimatan di Traveloka. Nanti malam aku akan bincang dengan isteri tengok dia pilih dan komen apa.

22 comments

  1. ema 17 November, 2016 at 11:01 Reply

    Aah kat pantai timur skrg musim tengkujuh.. Tak seronok nak bercuti sana…lainlah mmg anak Kelantan…time tu ramai nak balik..nak main air bah….hehehe..

    Plan sebaiknya utk bawa anak-anak bercuti kan bro Hoq.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: