Hairuddin Omar Catat Sejarah Ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia Kali Ke 5

Hairuddin Omar

Hairuddin Omar atau nama timangannya Hai-O, ialah pemain kelahiran Terengganu. Beliau pernah menyarung jersey negeri Terengganu, Negeri Sembilan, Kelantan dan juga pasukannya yang terkini iaitu ATM. Pernah juga menyarung jersey pasukan negara.

Yang menariknya Hairuddin Omar telah mencatat sejarah apabila dapat beraksi di perlawanan akhir Piala Malaysia untuk kali ke 5 berturut-turut dengan 4 pasukan yang berbeza. Pasukan-pasukan tersebut adalah:

  1. Terengganu – 2001
  2. Negeri Sembilan – 2009
  3. Kelantan – 2010
  4. N.Sembilan – 2011
  5. ATM – 2012

Malam tadi Hairuddin Omar dengan bangganya mewakili pasukan ATM sebagai ketua pasukan. Walaupun tidak menjaringkan gol, sentuhannya yang masih berbisa tetap menjadi ancaman kepada pasukan lawan. Dalam perlawanan tersebut ATM telah berjaya menempah tempat ke perlawanan akhir dengan menewaskan Singapore Lions 5-4 dalam penentuan tendangan penalti.

Posted from WordPress for Android

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: