Harga Saham Felda Global Ventures Jatuh Merudum, Syarikat Tidak Bagus Ke?

carta saham fgv

carta ihsan daripada Pak Di

Baru-baru ini harga  saham Felda Global Ventures jatuh merudum sehingga di bawah harga tawaran pemulaannya pada RM4.55.

Ramai yang panik. Yang tak beli saham ini pun bercakap pasal penurunan berterusan ini apatah lagi yang membeli. Di pihak bank yang memberi pinjaman untuk pembelian saham ini, dengar ceritanya mereka telah beberapa kali meeting dengan pihak FGV untuk penjelasan hal ini. Mereka juga di dalam mode berjaga-jaga untuk membuat call margin iaitu satu cara pemberi pinjaman (untuk beliaan saham) untuk secure value pinjaman yang mereka berikan. Ini berlaku apabila saham (securities) yang dibeli (dengan pinjaman) berkurangan nilainya. Biasanya disebabkan oleh penurunan harga saham. Pemberi pinjaman ini biasanya akan menyuruh pihak peminjam menambah lebih banyak wang ke dalam akaun pinjaman.

Di sudut politik pula ada pihak yang bertepuk tangan dan ada pihak yang “berpeluh”. Di pihak pembangkang ini adalah isu yang boleh diketengahkan kepada masyarakat. Di pihak kerajaan, satu jawapan yang kemas perlu disediakan untuk menjawab soalan tentang penurunan harga saham Felda Global Ventures jatuh merudum ini, terutama daripada pembeli-pembeli yang cetek ilmu saham.

Namun adakah harga saham Felda Global Ventures jatuh merudum disebabkan oleh fundamental syarikat yang lemah?

Sebenarnya tidak! Penurunan harga saham Felda Global Ventures jatuh merudum adalah disebabkan oleh penurunan harga minyak kelapa sawit. Banyak syarikat-syarikat besar berkaitan minyak kelapa sawit juga turut terjejas. Antara syarikat di sektor itu yang terjejas adalah Sime Darby, IOI, Genting Plantations dan KL Kepong.

Bursa Malaysia mempunyai indeks khas mengenai perkara ini iaitu FTSE Bursa Malaysia Palm Oil Plantation Index.

Untuk penerangan lanjut yang kemas dan jelas sila klik SINI.

Entri saya ini bukannya menyebelahi mana-mana pihak parti politik. Juga bukan nasihat untuk membeli atau menjual saham. Tetapi lebih kepada penekanan bahawa ilmu saham amat penting untuk menceburi bidang jual beli saham ini.

Untuk yang malas belajar tentang perniagaan saham, ataupun tiada masa ataupun tidak minat untuk belajar, ataupun tidak cukup modal untuk menceburi perniagaan saham, AKAN TETAPI ingin juga membeli saham, maka alat pelaburan paling sesuai untuk mereka yang jatuh dalam kategori ini ialah Unit Trust (amanah saham).

Unit Trust amat sesuai untuk golongan ini kerana adanya pengurus dana profesional yang mengkaji syarikat yang dibeli sahamnya dan menjaga pelaburan kita dengan strategy-strategy tertentu. Cuma potensi keuntungannya mungkin tidak menyamai potensi keuntungan yang bakal diperolehi daripada belian secara langsung saham di Bursa Malaysia. Potensi keuntungan melabur dengan unit trust adalah lebih rendah. Namun potensi risikonya juga adalah rendah berbanding dengan belian secara langsung saham syarikat di Bursa Malaysia. Ini bertepatan dengan falsah pelaburan:

semakin tinggi potensi risiko sesuatu pelaburan itu, maka semakin tinggi potensi keuntungannya. Begitu juga sebaliknya…”

Bak kata kawan lama saya sewaktu sama-sama belajar di universiti dulu:

“Bab keuntungan ini seperti kita makan la.. Ada yang dah kenyang hanya dengan makan roti, ada yang makan nasi goreng kampung dengan telur mata sekurang-kurangnya baru kenyang. Ada yang nak makan nasi beriani baru kenyang. Ini semua bergantung kepada masing-masing punya level”

Komen saya, ada betulnya juga perbandingan ini. Cuma dalam menentukan tahap keuntungan yang kita mahu ini kena ambil juga aspek inflasi. Jika kadar keuntungan sedikit sedangkan kadar inflasi agak tinggi maka kadar keuntungan sebenar adalah lebih kecil. Dan cukupkah kita dengan gaya hidup kita sekarang dengan keuntungan yang sedikit itu..?

Sebagai contoh:

  • Kadar keuntungan: 5%
  • Kadar Inflasi: 3%
  • Jadi kadar Keuntungan Sebenar (real return): hanya 2% (cara pengiraan: 5%-3% = 2%)

Renung-renungkan… Dan selamat melabur!!! 😆

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: