Hati-hati Guna Plug Eletrik Di Restoren Mamak

Bagi orang yang kerja mobile macam aku ni, restoren mamak sering menjadi tumpuan untuk membuat temujanji dengan bakal pelanggan, pelanggan sedia ada dan juga untuk melepak sambil menghilangkan dahaga.

Di sini juga tempat aku update blog dan balas komen pembaca sementara menunggu temujanji (appointment) yang seterusnya. Ini adalah kerana kebiasaannya restoren mamak menyediakan perkhidmatan wifi untuk pelangannya. Jadi senang lah untuk membuat kerja-kerja yang melibatkan penggunaan internet seperti update status pelaburan pelanggan, cek emel, blogging dan sebagainya. Bukan kerana Celcom broadband yang aku sedang gunakan sekarang tidak mampu buat itu semua, tetapi hakikatnya wifi di restoren mamak lebih mantap dan laju.

Di restoren mamak juga ada menyediakan plug eletrik untuk mengecas bateri laptop atau smartphone yang biasanya tidak dapat bertahan seharian jika selalu digunakan. Namun pesanan aku, hati-hati jika hendak menggunakan perkhidmatan plug untuk mengecas gajet anda.

Sesetengah restoren mamak mengenakan caj untuk sebarang kegunaan plug eletrik di restorennya. Kadar caj adalah di sekitar RM1 hingga RM3. Jadi hati-hati guna plug eletrik di restoren mamak.

Aku pernah terkena… Pada suatu hari tu aku terpaksa “melepak” selama 3 jam di salah sebuah restoren mamak di Shah Alam ni. Ini adalah kerana aku terpaksa menyiapkan satu laporan pelaburan unit trust yang diminta dengan kadar segera oleh pelanggan ataupun pelabur sedia ada. Jadi memandangkan di sebelah petangnya ada satu lagi temujanji di sekitar kawasan tersebut, aku telah membuat keputusan untuk melepak sambil menyiapkan laporan pelaburan di restoren mamak tersebut. Dan aku menggunakan plug eletrik di restorennya untuk mengecas laptop dan tablet ku. Bila semua kerja sudah disiapkan dan di emel kepada pelabur, aku ke kaunter untuk membayar. Alangkah terkejutnya aku pada masa itu kerana caj tambahan sebanyak RM3 telah ditambah ke atas bil aku. Bila ditanya pekerja restoren tu memberitahu bahawa caj tambahan tersebut adalah untuk kegunaan  plug eletrik selama 3 jam. Haaa… kan dah terkena!!!

Sebenarnya RM1 untuk kegunaan selama 1 jam bukanlah caj yang tinggi sangat. Tetapi yang menjadi kurang seronok bila kita tidak mengetahui akan caj tersebut dan hanya diberitahu semasa hendak membayar makanan sebelum beredar.

So lain kali jika anda ke restoren mamak dan berhasrat untuk mengecas smartphone ataupun gadjet anda di sana, fikir 2 kali. Ataupun panggil pelayan kedai dan tanyakan terlebih dahulu tentang caj untuk kegunaan plug eletrik.

Hati-hati guna plug eletrik di restoren mamak…

 

Posted from WordPress for Android

11 comments

  1. sutera pelangi 19 December, 2012 at 20:05 Reply

    memangla kena bayar,kawan..mana ada benda free skg ni..masuk toilet kat low yatt pun kena caj rm1 sekali masuk..

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: