Hebat Lagi Perancangan Allah

Alhamdulillah.. Itu perkataan yang pertama yang terlintas di benak aku selepas menerima mesej Whatsapp dari client aku memberitahu appointment aku terpaksa dibatalkan. Beliau terpaksa bergegas balik ke kampung isteri beliau kerana menerima panggilan telefon yang nenek isterinya sakit. Yang bestnya mesej tu sampai sejurus selepas aku menarik handbrake keretaku di tempat yang telah dijanjikan iaitu di Oldtimer Kopitiam Bandar Baru Bangi.

Sesungguhnya apa yang berlaku sudah semestinya terbentang satu hikmah yang amat besar disebaliknya. Begitulah seadanya kita ini. Sehebat mana pun perancangan kita, hebat lagi perancangan Allah. Subhanallah…! Dan Alhamdulillah.. Aku bersyukur kerana masih mampu bersyukur lagi kepadaNya sekurang-kurangnya.

So aku lepak je la di Oldtimer Kopitiam ni sorang-sorang sambil merangka strategi seterusnya. Pukul 4 nanti aku ada lagi satu appoinment di Bandar Baru Bangi ni. So, lebih bijak jika aku stay di sekitar Bangi je sehingga petang ni. Itu lebih kos effektif. Sementara tu boleh la aku buat phone call lagi.

Begitulah kerja yang melibatkan sales ni. Yang paling penting ialah ability/kebolehan kita menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Kena selalu ada back up plan.

Alhamdulillah. Aku suka kerja aku!!! Sekurang-kurangnya niat untuk terus educate client dengan Islamic Financial Planning telah terpahat di fikiran aku hari ni. Moga niat ini pun akan diganjariNya.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: