oishi-green-tea

Hidup Tak Lengkap Tanpa OISHI Green Tea

Green Tea trend terkini

Green Tea ataupun Teh Hijau memang agak popular sekarang. Di mana-mana terutama di kopitiam dan restoran yang menjadi tumpuan ramai, pasti ada ditawarkan menu minuman ini.

Apa yang aku suka tentang green tea ni adalah rasanya. Rasanya agak lain daripada rasa teh asli. Dan rasa inilah yang menjadikan ia sebagai antara minuman feveret aku. Kalau pergi minum dan tak de idea nak minum apa mesti aku akan order green tea ni.

Antara banyak-banyak menu minuman green tea ni aku suka ice blended green tea. Rasanya yang unik dengan kesegaran ice blended memberi aku feel yang berlainan. Ia boleh merubah mood aku. Ia bisa membantu aku menghasilkan entri-entri yang “berjiwa” di dalam penulisan blog aku. Ia membuatkan aku terasa rileks…

Hadiah yang tak disangka

Baru-baru ini aku menerima pakej “Bento Box” daripada OISHI Green Tea. Seperti pucuk dicita ulam mendatang, aku terima hadiah ini dengan penuh kegembiraan. Ya la… Siapa yang tak suka kalau minuman kegemaran tiba-tiba dihantar kerumah, ya tak?

hadiah-oishi-green-tea

OISHI Green Tea “unboxing”

Dalam pakej bento box OISHI tersebut terdapat 1 botol 380 ml green tea berperisa asli (original) dan 3 tin 300 ml masing-masing berperisa Genmai, Honey Lemon dan Asli. Sungguh teruja perasaan aku ketika membuka pakej bento tu.

Satu lagi perisa iaitu Lemon Black Tea tidak disertakan di dalam pakej bento tersebut.

antara perisa OISHI Green Tea

antara perisa OISHI Green Tea

Apa yang bestnya dengan tin 300 ml dan botol 380 ml ni, saiznya memang ngam-ngam. tak kecil dan tak besar. Boleh diletakkan di poket backpack laptop aku tanpa bersusah payah.

Memang ngam-ngam saiz 300ml ni dengan poket beg laptop

Memang ngam-ngam saiz 300ml ni dengan poket beg laptop

OISHI Green Tea dalam botol 380ml jug enang untuk dibawa ke mana-mana

OISHI Green Tea dalam botol 380ml jug enang untuk dibawa ke mana-mana

OISHI Green Tea peneman waktu berkerja

kalau bercakap tentang minuman peneman waktu berkerja, memang green tea lah jawapan aku. Macam aku cakap kat atas, kalau berkarya tanpa minum green tea ini rasa macam kurang lengkap. Kalau dapat pekena green tea memang terasa nyaman dan rileks. Idea seperti datang mencurah-curah.

sambil berkarya memang best minum OISHI Green Tea

sambil berkarya memang best minum OISHI Green Tea

Sama juga ketika memandu kereta ke event-event blogger ataupun berjumpa klien. Minum green tea sambil memandu memang mengasyikkan. Mengantuk pun boleh hilang dek kesegarannya terutama jika diminum ketika sejuk.

tips-memandu-kereta

minum OISHI Green Tea sebelum memulakan pemanduan

Dengan tin 300 ml ni memang senang untuk diminum. Tarik saja penutup tin dan minum. Semudah tegukannya juga nanti.

Rasa yang lebih baik

Setelah seminggu meminum OISHI Green Tea, aku dapat membuat konklusi bahawa rasa green tea ini lebih baik daripada green tea yang aku minum sebelum ini.

OISHI Green Tea ini mempunyai rasa green tea yang lebih asli. Kesannya lebih terasa daripada green tea yang pernah aku minum sebelum ini.

Selama ini aku ingat green tea ni sama je rasanya. Hanya jenama yang membezakannya. Namun sangkaan aku salah sebenarnya. Setelah aku meminum Osihi green tea secara kerap, aku dapat rasakan ianya lebih kaya dengan rasa green tea. Dan feelnya lebih terasa ketika menikmati green tea daripada jenama ini.

Setelah aku buat sedikit research baru aku tau kenapa rasanya lebih baik daripada rasa green tea lain yang terdapat di pasaran. Osihi Green Tea ini kehadapan daripada green tea yang lain kerana cara pembuatannya.

Ia dihasilkan daripada 100% daun teh organik yang tumbuh di ladang organik yang diperakui dan ia hanya menggunakan bahan-bahan asli di dalam pembuatannya. Cara pembuatan inilah yang membawa kepada kualiti rasa yang berbeza!

Komen Sohoque.com

Rasa green tea ini memang lain daripada green tea biasa. Tambahan pula tin 300 ml yang baru ini memang mudah untuk dibawa kemana sahaja. Sangat senang untuk dijadikan teman ketika berkerja.

oishi-green-tea

Sejak aku dapat bento box seminggu yang lalu, aku rasa green tea ini adalah minuman green tea pilihan aku. Selepas ini aku nak buat stok dalam peti ais rumah aku. Senang untuk minum di rumah dan untuk dibawa ke tempat kerja.

Oh ya, kepada anda yang inginkan pengalaman seperti aku, tak kiralah anda memang penggemar green tea sebelum ini ataupun tidak, anda bolehlah dapatkan green tea ni di kedai-kedai berhampiran anda ya.

Kepada yang belum mencuba green tea ni, eloklah anda mencuba selepas ini. Manalah tau anda akan jatuh cinta dengan rasanya yang segar dan lazat.

Selamat mencuba ya!

10 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

You might be interested

%d bloggers like this: