Penyakit stress adalah penyakit akhir zaman. Mungkin terlalu banyak memikirkan masalah tuntutan dunia moden kini, semakin ramai manusia mengalami stress. Menurut sumber, 1 orang daripada 6 orang menjadi gila kerana penyakit ini.
Penyakit ini terjadi kerana terlalu banyak dan asyik memikirkan tentang perkara-perkara yang perlu dibuat ataupun masalah-masalah yang perlu diselesaikan. Perkara-perkara ataupun masalah-masalah tersebut terlalu membebankan mereka sehingga terus terlupa Allah ada bersama mereka. Bukankah Allah telah berfirman:
Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)
Al-Mawardi mentafsirkan “zikrullah” dengan maksud ketaatan, balasan dan janji Allah SWT.
Sementara Ibn Asyur mengatakan “zikrullah” bermaksud perasaan takut dan menjaga diri dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangan. Ia juga bermaksud al-Quran dan zikir dengan lidah.
Ringkasnya, “zikrullah” bermaksud kita menguatkan hubungan dengan Allah SWT dengan tunduk dan patuh kepada agamaNya dan pengertiannya tidak tertumpu hanya kepada maksud zikir dengan lidah sahaja.
Boleh dikatakan, kebanyakan manusia yang mengalami tekanan jiwa atau sakit jiwa disebabkan hubungan mereka dengan Allah SWT amat jauh. Oleh kerana itu, umat Islam jarang sekali yang menghadapi tekanan jiwa, sebagaimana yang berlaku kepada umat manusia moden hari ini, kecuali gaya hidup umat Islam tidak jauh bezanya dengan orang bukan Islam. Allah SWT berfirman:
Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada).
Ibnu Abbas mengatakan kalimah “sakinah” dalam al-Quran ditafsirkan dengan “tama’ninah” (ketenangan ).
Tabiat atau fitrah jiwa manusia akan merasai ketenangan:
- Ketika ia bergantung dan berhubung dengan kuasa yang Maha Agung Allah SWT.
- Ketika ia mengetahui kehidupan di dunia untuk menikmati nikmat Allah SWT
- Ketika ia meyakini ia akan kembali selepas kematian bertemu dengan Penciptanya
- Ketika ia meyakini kerugian mengikut kacamata dunia akan diganti pada hari akhirat
- Ketika ia mengetahui Allah SWT akan menolongnya dalam setiap situasi, sama ada kesenangan bagi menambahkan kebaikan atau kesusahan untuk menyelamatkannya.
Allah SWT berfirman:
Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah: “Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan”. (Yunus 57)
Ada satu doa yang pernah dibacakan oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika orang kafir menakut-nakutkan baginda tentang tentera bersekutu yang akan menyerang Nabi s.a.w. Doa ini juga adalah doa Nabi Ibrahim A.S sejurus sebelum baginda dicampakkan ke dalam api oleh Raja Namrud. Doa ini dikatakan boleh mengurangkan atau menghilangkan penyakit ini jika diamalkan secara istiqamah.

Selamat mengamalkan doa untuk hilangkan ini iaitu penyakit STRESS!
Wallahu a`lam….
[…] kepada posting terdahulu aku pasal stress. Ini adalah keratan akhbar yang aku copy daripada Facebook Fanpage Busuk. Terima […]
[…] Allah melalui solat dan doa. Inilah yang akan memelihara kita daripada stress disamping amalan doa untuk hindari stress. Share this Anda Mungkin Juga […]
[…] 5. Hilangkan Stress Anda Dengan Amalkan Doa Ini […]
semoga dg amalan dzikir itu dpat menghilangkan stress
ameen…
insyAllah akn di cuba ~
cuba dan istiqamahlah.. insyaAllah berhasil
terima kasih atas perkongsian ini tuan.
daddydee recently posted..Petanda Anak Sudah Besar
sama-sama tuan moga kita sama-sama mendapat manfaatnya
Asslmualaikum. . . Hmm boleh saya share tips hilangkan stress ini tuan punya blog. . ?
blh.. dipersilakan.. letak la backlink ke blog ini..
Terima kasih atas perkongsiannya
sama-sama. moga sama-sama dpt manfaat
Xnk jadi gila.. huhu.. kena amalkan doa ni.. thanks sharing..
amalkan secara istiqamah, insyaAllah
terima kasih semoga bermanfaat
ameen
Terima kasih infonya …. Memang stress adalah penyakit zaman skrng …. Sebagai tanbahan dari saya banyak2 lah bersukur dgn apa yang telah diberikan Allah kpd kita … Insya Allah hidup akan jadi lebih tenang , damai dan terhindar dari stress…..
Oyong Ilham recently posted..Perjalanan Terberat Itu Adalah ke Mesjid, Benarkah ??? –
ya betul tu tuan
Betul gan… dzikir/baca al-qur’an adalah obat hati/qalbu
Semoga istiqomah…
Alhamdulillah. semoga bermanfaat
Panduan Malaysia recently posted..Permohonan Program Asasi Sains UMK MARA 2017
Terima kasih Tuan, sangat bermanafaat..
moga sama2 mendapat manfaat tuan
Perkongsian yang sangat bermanfaat tuan kepada saya.
Lately saya selalu stress. Mungkin kerana terlalu banyak bekerja dan banyak masalah.
Terima kasih atas tulisan ini.
Ok moga bermanfaat. X mo stress2 k
alhamdulillah terima kasih share doa ni.. abg hoq
Doa pendek. Senang nak hafal.. amalkan secara istiqamah InsyaAllah