Honda Civic 8th Gen – Masa Untuk Tukar Air Cond

Sebulan dua ni air cond Honda civic aku ni kejap sejuk kejap tak sejuk. Time sejuk, sejuk sungguh!. Time tak sejuk haaa kau rasalah bahan kepanasannya. Kena pulak time jem kat tengah KL nun. Azab wooo!!!.

honda-civic-8th-gen-1

Yang kesiannya kalau anak bongsu aku Ifza ada sekali masa air cond tak jalan tu. Memang sedih la tengok dia. Menggaru sana sini. Sebab Ifza ni ada Eczema. Dia memang alah dengan suasana yang panas.

So hari ni ada masa dan wang sikit, aku bawak jer la dia datang jumpa doktor dia kat Selayang ni. Bengkel ni yang terletak di Bandar Baru Selayang ni memang bengkel kereta yang aku percaya. Kalau rosak kereta, nak servis tukar minyak hitam ke, mesti aku bawa datang ke bengkel ni. Walaupun tempat tinggal aku kat Shah Alam. Bukan dekat tu…

Servis bengkel ni aku puashati. Yang bestnya bengkel ni akan bagi nasihat yang betul. Kalau tak der bajet, diorang akan bagitau yang mana perlu tukar jer dulu. Tak macam kedai lain. Diorang ni akan suruh tukar baru je biasanya. Yang sakitnya kita yang terpaksa keluarkan kos-kos tu semua. Diorang nak senang dan nak untung diorang memang suruh tukar yang baru jer.

Aku sebenarnya ada niat nak buat review bengkel ni sebagai info untuk pembaca. Dah ambil gambar semua dah. Cuma belum sempat nak up entrinya. Nanti la aku up kan dan link ke entri ni.

So hari ni, bila cek air cond kereta aku, memang compressornya dah rosak. Kalau ikutkan kena tukarla seketul compressor tu. Bukan murah wooo harga seketul compressor tu. RM1500 tak kurang…! Dah bearing pun aku nak kena tukar sebab dah berbunyi kasar semacam dah kalau bawak laju. Kipas air cond pun rosak satu. campur semua tu mau RM2K lebih jugak kos dia.

inilah compressor air cond yang rosak tu

inilah compressor air cond yang rosak tu

So aku bincang dan tanya alternatif lain. Dia cakap dia boleh cuba baiki compressor tu. Kasi elok. Then boleh pakai lagi. So, bila kira kos, semua tu – compressor + kipas air cond + bearing… Tak sampai pun RM1500. Dalam RM1350 jer. So ok la. Boleh la jimat kat situ.

compressor air cond yang dah siap dibaiki

compressor air cond yang dah siap dibaiki

Berkira aku ni kan? Memang aku berkira. Nak-nak dekat-dekat nak raya ni. Baju raya anak-anak belum habis beli lagi ni. Baju raya aku tak per lah. Pakai jer yang mana ada. Ada bajet lebih aku beli yang baru. Tak der aku pakai jer TShirt KBBA9. Hahaha…

So now, tunggu diorang pasang balik compressor yang dibaiki dan semua yang perlu ditukar tu. Harap-harap sempat la siap sebelum pukul 6. Sebab nak kena bersiap-siap untuk berbuka puasa pulak. Malam ni berbuka puasa kat Cafe Cerita Kambing Shah Alam. Nak pekena Nasi Beriani Kambing antara yang terbaik di Shah Alam.

enjin-honda-civic

Komen Sohoque

So siapa yang nak servis kereta terutama yang pakai Honda Civic, boleh la datang cek kesihatan kereta anda kat bengkel ni. Sebabnya nasihat dia terutama untuk pengguna Honda Civic memng bagus. Sebab tauke dia pun pakai Honda Civic. Bagi aku ini adalah bengkel kereta untuk servis Honda Civic dan kereta lain yang boleh dipercayai dan murah di KL ni!!!

13 comments

  1. anuar 25 June, 2016 at 17:24 Reply

    Dekat tempat saya ada bengkel kereta yg boleh bagi harga lbh murah untuk tukar compressor aircond.
    Owner bengkel tu sebelum ni pernah jadi vendor warranty aircond untuk Proton dan Kia.. setelah berbelas tahu jadi vendor dkt 2 company ni, dia ambil keputusan utk buka bengkel sendiri.. servis memang puas hati..
    anuar recently posted..Senarai Pemenang Giveaway Carian Homestay MalaysiaMy Profile

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: